Isteri Curang – Tak Puas atau Balas Dendam

admin Avatar

Baru2 ini dalam paper diberitakan tentang seorang ustazah yang ditangkap kerana berasmaradana dengan lelaki yang bukan suaminya. saya tak mengikuti kes itu tapi ia adalah satu perkara serous untuk dibincangkan.

Pertamanya kerana orang itu adalah ustazah, tak kirala dia cuma ustazah pada nama atau ustazah sandaran ke, ujian utk dia ke whatever tapi sedikit sbanyak golongan begini memberi imej buruk kepada mereka2 yang berperwatakan ustazah Dan ustazah yang sebenar.

“alah ustazah bukannya baik”
“Nama je ustazah ntah2 belakang kita lagi hantu dari yang tak tutup aurat”
etc.

Yang kedua ialah dia seorang isteri yang patut tahu tanggungjawab isteri.

Tapi saya tak salahkan dia. Bila seorang wanita tu curang dengan ekstrem, maksudnya sampai sanggup buat hubungan tidak halal dengan jantan lain (bukan sekadar calling2, keluar dating makan2 je), pasti ada sesuatu yang tak normal dalam rumahtangganya.

1. Suaminya menghadapi masalah batin.
2. Suaminya pun main perempuan so dia nak balas dendam.
3. Memang jenis tak reti bersyukur Dan tak sedar diri.

Kes pertama itu fenomena biasa sebenarnya. Ramai isteri yang pura2 puas bila bersama suami, mugkin tak reti nak cakap takut jatuh maruah suaminya. Yela kalau isteri kata dia lemah batin ada lelaki tak boleh terima.

Penting sebenarnya bagi suami untuk memuaskan isteri, kerana pesan Nabi supaya suami menggauli isteri dengan sebaik2nya. Dari segi adab, tempat, masa dan juga kepuasan isteri tak boleh diambil mudah. Mungkin pasangan perlu lebih bersikap terbuka untuk berbicara soal seksual dan tidak menerima ‘kelemahan’ sebagai sesuatu yang menjatuhkan maruah sebaliknya memperbaiki ‘kelemahan’ tersebut.

Sekarang pun ramai lelaki yang mengamalkan urutan, makanan kesihatan seperti tongkat ali Dan sebagainya untuk menjaga kesihatan batin. Tak kurang juga yang mengambil ubat moden seperti Viagra etc. Kebanyakan orang memandang ini sebagai taboo, kerana masyakat kita ala2 malu2 nak membicarakan soal seks secara terbuka. Tapi buat seks haram tak segan2 pula….

Lelaki mungkin anggap kepuasan wanita tak penting, sebab mereka tak jelas bila klimaknya. Kalau lelaki tu tahulah kan bila ada itu maka dah settle lah bahagian dia. Isyarat bila isteri dah puas tu perlu difahami oleh suami. Takkan nak tunggu isteri cakap “OK cukup! Dah!”. Mungkin perbualan selepas berhubungan boleh menyingkap pengalaman seksual isteri.

Bab membalas dendam, ya memang sakit bila diduakan. Apa lagi bila suami curang senyap2, dengan wanita itu ini. Seperti kata Rossa “hey ladies, jangan mau dibilang lemah, kita jua mampu permain dan menduakan.. Bila wanita sudah beraksi dunia hancur!”. Bila semua isteri fikir macam tu, harula jadinya kan.

Membalas dendam ni tak mendatangkan faedah kepada sesiapa, malah mungkin mudarat pula. Fikirkan macamana anak2 bila ayah dan Mak keluar dating, tapi pasangannya lain2. Si suami tu memang taragunapunyaworang kalau dalam keadaan berumahtangga tu sanggup buat skandal. Susah2 sangat pakat nikah jela dengan skandal masing2.

Komunikasi berkesan sgt2 penting dalam hubungan suami isteri. Ini isteri ke laut suami ke bukit. Sorang nak Vios sorang nak BMW, last2 gaduh. Cakap pun nak marah2 je, macamana nak bahagia? Kalau suami tak curang pun, isteri yang terluka mungkin berlaku curang sebab geran dengan suami atau nak tunjuk yang “aku tak heran setakat Vios kau tu!”.

Apa ya sebab lain pasangan boleh curang?

Saya: Saban hari berdoa semoga hati2 kami diikat erat agar tugu cinta terbina hingga ke syurga.

admin Avatar

22 responses to “Isteri Curang – Tak Puas atau Balas Dendam”

  1. temp. housewife Avatar

    sebab lain mungkin tidak tinggal sebumbung. maksudnya mungkin terpaksa jumpa seminggu sekali je krn tempat kerja di negeri berlainan. ramai juga yg ada “long distance relationship” ni.
    .-= temp. housewife´s last blog ..Demi adik2 tercentha….(BM entry in Kelantanese dialect) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Zaman skg ni most couple tepaksa jalani idup cantu temasukla saya dulu huhu

      1. aidie Avatar

        we have the rite to choose and prioritize. when we are married, long distance relationship is not an option. If it means we have to sacrifice our work to save our marriage, then we have to choose.
        .-= aidie´s last blog ..Nadhirah with her new toy! =-.

  2. ajuera Avatar

    sblom kawen cr la psgn yg btol2 kita rse bleh hidup bsma ngn dia..klu rse x bleh jgn la kawen..dr ctu x kn jd la kes2 mcm ni..erm ye lah ssh nk ckp jgk zman skrg ni..mcm2 bleh jd..ape pon tawakal aje la..jaga diri jga keluarga kita..that’s is very important dr segala2nya..^_^peace no WAR~
    .-= ajuera´s last blog ..Mungkin Ini Yang Terakhir…Tiada Lagi Selepas Ini… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sblum kawen semua indah Je. Hehe tol tak?

      1. nanie khairani Avatar
        nanie khairani

        betul tu… sebelum kahwin memang indah… realiti sebenarnya hanya diketahui selepas berkahwin… apapun, solat istikharah minta petunjuk dari Allah adalah jalan yang terbaik.. sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang…

  3. Along Avatar

    Ooo..baru berapa hari x baca paper, macam2 scandal lak dah kluar. Hmm..IMHO, kalau ye la si isteri nak balas dendam..takyah la nak menjatuhkan martabat diri ngan ada affair ngan orang lain. The saying goes, “The best revenge is living a happy life”. Patut kita buktikan pada orang yang sakitkan hati kita…hei, what you did to me doesn’t matter, I’m stronger and I can live my life to the fullest without you. Maybe cakap senang but it’s a fact. Also it helps if we have family and friends supporting us.
    .-= Along´s last blog ..Getting Hot & Sweaty With Hubby =-.

  4. izan ishak Avatar

    masyaAllah…takut dgr kes2 isteri curang. saya pernah berhadapan dgn rakan yg curang gara2 xpuas dgn suaminya, tak pasti ianya masalah batin/bukan. bila dgr ceritanya saya yg jadi takut…

    **saya juga berdoa moga perkahwinan kita semua sampai ke syurga…amin…
    .-= izan ishak´s last blog ..TWINS tak sihat pula… =-.

  5. knv Avatar
    knv

    1. patut lah banyak iklan2 ‘malam jumaat’ sekarang ini. adakah itu salah satu cara halus untuk membincangkan tentang seks yang taboo itu? tapi ianya agak menjengkelkan. agak malu saya dengan orang melayu. (saya pun melayu :P)

    2. pasal dendam tu mungkin jugak. bila isteri sanggup curang, mestilah ada suami dibelakang yang meng’ignite’. ada ke pompuan tak pasal2 nak curang? kalau ada harus sumpah aje jadik toilet.

    3. oh pasal ustazah pulak. dah sah2 title langsung tak boleh dipakai kan? kalau ada takkan ada ustaz hebat pun keluar malam2 ngan anak dara orang sampai lupa isteri kat rumah. :P. tapi tak bererti kita kena skeptikal dengan ustaz dan ustazah. depa pun manusia jugak. cuma manusia dengan tanggungjwab sebagai ustaz ustazah 😛

    apa aje yang aku bebel nih? 😛
    .-= knv´s last blog ..hari membakar =-.

  6. ayuarjuna Avatar

    isu ini bukannya lapuk lebih2 lagi dalam situasi kekeluargaan hari ini…

    rata2 saya melihat sendiri berlaku dikalangan rakan-rakan yang sememangnya saya kenali…punca utama setiap permasalahan yang berlaku dalam hubungan -tidak pernah dibawa berbincang..dibiarkan berkudis sehingga tiada ubatnya..jalan keluar akhirnya-membuat sesuatu yang dapat memberi kepuasan diri, balas dendam…dengan kata lain cuba mencari jalan keluar dengan mudah…hmmm

  7. kbaitibrunei Avatar

    ntahle..ni pandangan je tau, tak semestinye betui.

    isu tittle ustazah tu–>
    rasanya le, apabila dah tau nak ambil kursus agama/pendidikan, kene insaf selidik dulu camana karektor seorang pendidik, jika tak mampu tanggung awal2 lg jgn jadi cikgu/ustazah. bahaya.. boleh membawa fitnah, biar sikit ustazah/pendidik tapi ada ‘roh’, ada batasan, ada pendirian, dan ada himmah yg tinggi.. daripada ramai tapi.. ehmm..

    apepon tak kisah le ustazah ke doktor ke surirumah ke semua tak boleh terlibat dgn skandal2 camni.. berdosa besar!

    soalan lyna tu ttg antara punca kecurangan –> tipisnya iman umat islam akhir zaman ini, lebih nipis dari kulit bawang.. so sesame kita usaha utk tingkatkan iman di dada.. wallahu’alam.
    .-= kbaitibrunei´s last blog ..@ ohh :apabila yang di atas ingin menguji.. =-.

  8. laila Avatar

    sbb pasangan curang? sekadar pendapat…
    1-tiada pegangan agama dan keimanan yg kukuh. <– plg penting rasanye..
    2-tiada belas ihsan terhadap pasangan biarpun kasihsayang/centa kononnya tinggi menggunung.

    moga2 kita semua dilindungi olehNYA…
    .-= laila´s last blog ..Sudah separuh perjalanan… =-.

  9. salzahari Avatar
    salzahari

    saya x mau komen byk psl hubungan suami isteri tp saya nak komen cara pemberita/ org suratkhabar highlightkan suatu skop. Kata 1 Malaysia, kenapa perlu dihighlight panggil nama ie. pekerjaan sesorg (ustaz/ usatazah-malukan org Islam), bangsa dsb. Kdg2 malu dgn bangsa sendiri sbb bila keluar berita, yg byk maksiat tulah Muslim, yg byk buang bayi tulah Muslim, yg byk rasuah tulah Muslim, yg byk rogol org tulah Muslim etc. Bila keluar bab kejayaan, yg Non Muslim tu laah keluar berderet2!

  10. Ealyie Avatar

    apa pun bole jadik punca masalah dalam rumahtangga, yang penting is ILMU.. bila ada ilmu, dan mau mengamalkan Insyaallah terlindung dari segala bencana yang datang menimpa.. 🙂
    .-= Ealyie´s last blog ..🙁 =-.

  11. Shareen Avatar

    I rasa, perempuan kalau happy dalam relationship dia, jarang cari makan ‘luar’. Selalunya, mesti ada sebab…
    .-= Shareen ´s last blog ..Presenting.. my gorgeous Snugg Mei Tai! =-.

    1. erine Avatar
      erine

      btul tu isteri curang kerana ada sbb,sama macam lelaki jg curang sbb mngkin isteri dah tak seperti waktu tengah bercinte dl..dah betahn2 dok sebumbung,dah hari2 jmpe,isteri dah tak secantik dl,walupun layanan yg isteri bagi semua sempurnah,tak satupun tanggung jawab di abaikan tp knp suami curang jg,itula terjadinya balas dendam yg membuatkan isteri jg makan luar…

  12. lisa Avatar
    lisa

    to tell you the truth, i kekadang ada perasaan nak curang. My hubby is a very good man, tapi kurang caring and romantic. I pulak ada income lebih baik dari dia dan my work menyebabkan i jumpa dgn ramai lelaki yg kdg-kdg lebih kaya, bergaya dan lebih menarik. dan ada yg openly puji i dan suka kat i. kadang-kdg syaitan menggoda..kadg-kdg i menangis sbb tak thn ujian dan kenapa i ada fikiran begini. I pergi haji umrah supaya i jadi lebih baik dan cuba perbaiki hubungan. Setakat ni cuma perasaan saje..i buat tak layan pada mereka yg menggoda walaupun kdg-kdg happy dapat keluar rumah jauh bekerja..teruk and feeling guilty. kdg2 solat minta allah ampun kan dosa setiap mlm dan siang. nak tinggalkan kerja i need the money sebb income husband tak cukup. kdg2 fikir duduk rumah dpt elak godaan. hrp Allah menguatkan iman i.

  13. lisa Avatar
    lisa

    mungkin ada org fikir i jahat..mmg i fikir i jahat fikir begitu. tp kenapa i jd begitu..i donno. tak bersyukur, maybe..syukur memang kita kena lihat dari sudut suasana sebenar. i dah kahwin 13 tahun dan mungkin age crisis. the need the be appreciated and recognized..i pendam rasa aje. kalau nak curang betul2 mmg dah buat lama. it’s just in my thought and sometimes i’m just flirting you know

  14. me Avatar
    me

    hi lisa..
    i ada kenal sorg perempuan age abt 37yrs old.. nick name lisa gak.. sama dgn nama u.. anak 3.. still isteri org yg sah.. but suami dia tersgt tua.. 60+ yrs old.. anak 3 org dah besar2.. suami dia chinese reverted.. suami dia tu mcm tak kisah sgt pasal bini kot.. perempuan ni dulu ex-gf kpd bf i.. dorg couple bertahun2.. dah mcm suami isteri.. (faham2 ajelah).. dulu.. ketika suami perempuan tu keluar outstation (keje dgn MAS) perempuan ni siap bawa bf dia balik rumah.. duduk kat rumah dia.. anak2 dia tahu akan skandal dia ni..
    actually klu nak citer panjang kisahnya camne i leh kenal mereka ni.. bf i ni pun satu hal gak.. masa kenal i.. dia byk bohong.. nak cover perbuatan dia la tu.. bgtau i kununnya ex-gf dia single la.. ex-stewardes la.. bla bla.. walhal tak pernah keja pun.. lom sempat ambik SPM lagi dah kawin..
    i pernah ler bergaduh dgn bini org yg tak sedar diri tu.. ceee… siap cakap i rampas bf dia.. pastu bangga plak citer apa yg dia buat.. walhal ada suami kat rumah tu.. apa punya perempuan ntah.. dia perasan dia cantik sgt.. siap kutuk i lagi.. ntah apa2..

  15. Max Avatar
    Max

    Kalau ustazah pun boleh kerja begini..apatah lagi yg lain..tak boleh nak cakap la benda-benda macam ni..boleh stop..stop..dah terbuat..nak buat camana

  16. rude_boy Avatar

    jgn nk salah ustazah..salah kn pada diri sendiri..

  17. Isteri yang takut Avatar
    Isteri yang takut

    Saya seorang isteri yang baik asalnya. tp setelah berkenalan dengan seorang anggota polis trafik ni di sebuah kursus, i fall in love at the first sight. Tp awalnya sy tak layan sgt perasaaan tu… setelah polis tu call sy (entah dr mana die dpt no fon saya), dia cakap die suke kat saya, sy jadi makin x tentu arah.
    Saya dah 26 thn, die 31 thn dah ade 3 org anak (duda). Saya ni wajah mcm budak2 sket, jadi agak ramai yg minat kat saya tp hati sy ni x pernah terbuka utk sesiapa sebelum ni, kecuali my husband.
    Pernah terfikir utk rahsiakan status yang sy ni da kahwin tp demi kebaikan saya, sy berterus terang walaupon tak sanggup nk lukakan hati die. Kami belum pernah keluar bersama, kerana saya masih sedar sy isteri orang, berdosa besar.

    Sy cuba nak halang diri drpd terus kontek dgn die tp x mampu. Semoga Allah jauhkan say daripada die.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge