Isteri Curang – Tak Puas atau Balas Dendam

by admin on April 10, 2010 · 22 comments

Baru2 ini dalam paper diberitakan tentang seorang ustazah yang ditangkap kerana berasmaradana dengan lelaki yang bukan suaminya. saya tak mengikuti kes itu tapi ia adalah satu perkara serous untuk dibincangkan.

Pertamanya kerana orang itu adalah ustazah, tak kirala dia cuma ustazah pada nama atau ustazah sandaran ke, ujian utk dia ke whatever tapi sedikit sbanyak golongan begini memberi imej buruk kepada mereka2 yang berperwatakan ustazah Dan ustazah yang sebenar.

“alah ustazah bukannya baik”
“Nama je ustazah ntah2 belakang kita lagi hantu dari yang tak tutup aurat”
etc.

Yang kedua ialah dia seorang isteri yang patut tahu tanggungjawab isteri.

Tapi saya tak salahkan dia. Bila seorang wanita tu curang dengan ekstrem, maksudnya sampai sanggup buat hubungan tidak halal dengan jantan lain (bukan sekadar calling2, keluar dating makan2 je), pasti ada sesuatu yang tak normal dalam rumahtangganya.

1. Suaminya menghadapi masalah batin.
2. Suaminya pun main perempuan so dia nak balas dendam.
3. Memang jenis tak reti bersyukur Dan tak sedar diri.

Kes pertama itu fenomena biasa sebenarnya. Ramai isteri yang pura2 puas bila bersama suami, mugkin tak reti nak cakap takut jatuh maruah suaminya. Yela kalau isteri kata dia lemah batin ada lelaki tak boleh terima.

Penting sebenarnya bagi suami untuk memuaskan isteri, kerana pesan Nabi supaya suami menggauli isteri dengan sebaik2nya. Dari segi adab, tempat, masa dan juga kepuasan isteri tak boleh diambil mudah. Mungkin pasangan perlu lebih bersikap terbuka untuk berbicara soal seksual dan tidak menerima ‘kelemahan’ sebagai sesuatu yang menjatuhkan maruah sebaliknya memperbaiki ‘kelemahan’ tersebut.

Sekarang pun ramai lelaki yang mengamalkan urutan, makanan kesihatan seperti tongkat ali Dan sebagainya untuk menjaga kesihatan batin. Tak kurang juga yang mengambil ubat moden seperti Viagra etc. Kebanyakan orang memandang ini sebagai taboo, kerana masyakat kita ala2 malu2 nak membicarakan soal seks secara terbuka. Tapi buat seks haram tak segan2 pula….

Lelaki mungkin anggap kepuasan wanita tak penting, sebab mereka tak jelas bila klimaknya. Kalau lelaki tu tahulah kan bila ada itu maka dah settle lah bahagian dia. Isyarat bila isteri dah puas tu perlu difahami oleh suami. Takkan nak tunggu isteri cakap “OK cukup! Dah!”. Mungkin perbualan selepas berhubungan boleh menyingkap pengalaman seksual isteri.

Bab membalas dendam, ya memang sakit bila diduakan. Apa lagi bila suami curang senyap2, dengan wanita itu ini. Seperti kata Rossa “hey ladies, jangan mau dibilang lemah, kita jua mampu permain dan menduakan.. Bila wanita sudah beraksi dunia hancur!”. Bila semua isteri fikir macam tu, harula jadinya kan.

Membalas dendam ni tak mendatangkan faedah kepada sesiapa, malah mungkin mudarat pula. Fikirkan macamana anak2 bila ayah dan Mak keluar dating, tapi pasangannya lain2. Si suami tu memang taragunapunyaworang kalau dalam keadaan berumahtangga tu sanggup buat skandal. Susah2 sangat pakat nikah jela dengan skandal masing2.

Komunikasi berkesan sgt2 penting dalam hubungan suami isteri. Ini isteri ke laut suami ke bukit. Sorang nak Vios sorang nak BMW, last2 gaduh. Cakap pun nak marah2 je, macamana nak bahagia? Kalau suami tak curang pun, isteri yang terluka mungkin berlaku curang sebab geran dengan suami atau nak tunjuk yang “aku tak heran setakat Vios kau tu!”.

Apa ya sebab lain pasangan boleh curang?

Saya: Saban hari berdoa semoga hati2 kami diikat erat agar tugu cinta terbina hingga ke syurga.

Share Button

{ 22 comments… read them below or add one }