,

Islam Nak Kita Miskin Atau Kaya?

admin Avatar

Bila menyebut tentang Islam nak kita miskin atau kaya, biasanya ramai yang menolak perkara kedua. Ada banyak faktor yang menyebabkan ramai di kalangan kita yang takut untuk menjadi kaya. Salah satunya kerana mungkin takut menerima pembalasan seperti Qarun yang kufur atas nikmat hartanya yang banyak.

orang miskin

Apa perasaan anda bila melihat gambar macam di atas?

Saya biasa mendapat email yang dihantar oleh teman2.. tentang kemiskinan, kebuluran, kesusahan masyarakat di seluruh dunia. Biasanya terdapat komen-komen dari pengirim2 sebelumnya (email forward), seperti “Kita kena hidup sederhana, ingatlah orang tempat lain yang menderita”, “Bersyukurlah dengan apa yang kita ada”, “Usahlah kita kejar harta dunia, mereka ni apa pun tak ada” dan sebagainya. Betulkah sepatutnya begitu?

Di dalam Usul ‘Isyrin, (Usul 20) Imam Hassan al-Banna menyebutkan bahawa, dalam prinsip pertama, iaitu kesempurnaan Islam, antara ciri-ciri Islam ialah tsarwah (harta yang banyak), kasb (usaha mencari rezeki) dan ghina’ (kekayaan).

Menurut Iman Hassan, tsarwah tersebut adalah segala benda yang Allah cipta dan tundukkan bagi manusia untuk dimanfaatkan dan dimakmurkan, sekaligus menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah. Ghina adalah kekayaan yang menjadi lawan kepada kemiskinan.

Berbalik kepada gambar di atas, menurut Imam Hassan al-Banna lagi, umat Islam perlu jadi kaya untuk saling bantu-membantu sesama manusia. Di dalam Islam, perkara yang bersangkutan dengan usaha dan harta ni terlalu luas dan telah diterangkan satu persatu. Bukan semata-mata jadi kaya bina istana sahaja. Islam dah tetapkan dari bab pencarian harta dan cara untuk menggunakannya. Islam tak suruh cari harta sampai lupa Tuhan, lepas tu makan sorang-sorang.

Namun sifat semulajadi manusia memang cintakan harta, tamak, kedekut, dan sebagainya. Kerana itu diturunkan panduan untuk kita ikut dalam mencari dan menggunakan harta.

Islam menggariskan pengedaran harta yang harus kita semua ikut, supaya harta yang kita cari tak terkumpul dalam simpanan kita (dan kedai-kedai kegemaran kita je). Kerana itu Islam mewajbkan zakat, yang termasuk dalam 5 rukun Islam dan menggalakkan infak (sedekah dan sebagainya). Sebab itu umat Islam kena jadi kaya supaya kita dapat mengurangkan asnaf (penerima zakat) dan menjadi golongan pemberi zakat.

Dalam Islam, usaha ada 3 tahap:

  1. Wajib – untuk memenuhi keperluan diri dan tanggungannya, seperti beri makan, bayar hutang, hantar sekolah dan sebagaunya.
  2. Sunat – mencari yang lebih dari keperluan, iaitu sampai dia boleh tolong orang lain, buat kebajikan, etc.
  3. Boleh – mencari yang yang lebih dari itu, iaitu harta yang lebih banyak, pangkat yang tinggi, kehidupan yang nikmat tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, kehormatan diri, dan sebagainya.

Beberapa sabda Rasulullah SAW berkenaan usaha:

“Cukuplah seseorang itu dikatakan berdosa jika dia mengabaikan tanggungannya (membiarkan menderita)” (HR Abu Daud)

“Tiada seorang pun yang lebih baik daripada orang yang makan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud makan dari hasil penat lelahnya sendiri” (HR Bukhari)

Jadi Islam tu menggalakkan kita berusaha supaya kita dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu orang lain. Dalam surah az-Zukhruf ayat 32 Allah berfirman:

“Apakah mereka yg membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan di antara mereka penghidupan mereka dengan kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian itu dapat menolong sebahagian yang lain. dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”.

Allah telah menjadikan manusia ni tak sama dalam soal rezeki. Macam dalam gambar di atas, ada orang yang hidup dalam keadaan miskin, daif, tak ada makanan.. dan itulah sebenarnya hikmah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang lain, supaya dapat berusaha saling menolong golongan tersebut, bukan sama-sama hidup miskin macam mereka.

Oleh itu Islam lebih mengutamakan harta berada di kalangan orang Islam (Islam yang betul lah, bukan Islam celup2 atau ‘nama je Islam’), agar manfaatnya dapat disalurkan ke jalan yang betul, bukan bina kelab malam ke, rumah urut ke, atau pusat2 perjudian ke.

Sempena tahun baru Maal Hijrah 1432, marilah kita sama-sama memperbaharui minda dan azam kita.

kebuluran

Bila melihat gambar-gambar seperti di atas, katakan kepada diri “Aku mesti berusaha lebih gigih agar dapat mengelakkan ahli keluargaku dari kesusahan hidup, dan dapat membantu mereka-mereka ini”, bukan lagi merendahkan pemikiran dan berusaha sedang-sedang saja, orang lain ramai yang miskin dan derita… Syukur itu bukan bermakna kita kena berhenti berusaha atau cukup-cukuplah dengan apa yang ada, tak payah nak cari lebih2 lagi. Malah telah menjadi perbahasan di kalangan ulama sekian lama tentang ‘mana yang lebih baik? sabar dalam kesusahan atau syukur dalam kesenangan?’.Ramai ulama yang mengambil perkara yang kedua.

Kalau kita sama-sama miskin (atau cukup-cukup makan), siapa nak bantu mereka yang lebih miskin/susah?

Dipetik &diubahsuai dari Syarah Usul ‘Isyrin by Abdullah ibn Qaim
Pic from MuslimDaily & HuffingtonPost.

admin Avatar

13 responses to “Islam Nak Kita Miskin Atau Kaya?”

  1. knv Avatar
    knv

    we knew the answer well i guess..

    kaya dan beriman adalah the best position to be in. insyaallah banyak kebaikan dengan segala harta yang boleh kita infaqkan. i think manusia2 yang syukur dalam senang adalah besar jihadnya. menahan diri tatkala mampu. tak semua orang boleh buat gitu kan? it is indeed a wonderful feeling, when you can sedekah freely without having to worry that your cash might depleted :). when you can give freely without thinking about yourself.

    that’s syukur.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yepp

      Pokok pangkalnya iman. Susah dgn iman mendorong utk sabar, senang dgn iman mendorong utk syukur.

      Ramai org yg gunakan kemiskinan/kekayaan dia sebagai tiket utk membuat benda2 yg dilarang Allah. So kena renew iman setiap hari so that kita tak termasuk dlm golongan tu. Smg semua lepas ujian-Nya.

  2. mommy icha Avatar

    ISLAM nak kita kaya.

    Jika kita singkap kembali sejarah perjuangan Rasulullah saw, kebanyakkan sahabat yang terlibat adalah terdiri daripada golongan kaya-raya. Dan, kerana kekayaan tersebut lah mereka mampu menginfaqkan harta benda mereka di jalan ALLAH. (kalau x rasanya macam nak start cerita pasal infaq kalau semuanya tak berharta?). Perjuangan bukan sekadar bermodal air liur, tapi perlukan harta dan wang untuk bergerak dan menyusun strategi.

    Malah, baginda Rasulullah saw sendiri bukanlah daripada keturunan miskin, baginda adalah cucu kepada pembesar Makkah, di mana kalau nak disamakan dgn zaman skrg, cucu kepada pemimpin negara. Miskinkah? Dan kelahiran baginda sendiri disambut secara besar2an dan meriah .. which is, cuma org kaya je mampu sambut kelahiran cucu macam tu. Berapa ekor unta dikorbankan?

    ISLAM adalah agama yang menggalakkan umatnya kaya sebenarnya. Dgn kekayaan kita mampu bersedekah, berzakat, meringankan beban dan derita mereka yg dalam kesusahan. Dgn menjadi kaya, umat ISLAM menaikkan martabat diri mereka sekaligus ISLAM. barulah ISLAM boleh tertegak semula ..

    Kepada yg takut nk jd kaya, fikirlah semula.. kita ni sebenarnya terlampau bnyk dimomokkan dgn fahaman songsang agenda orientalis barat. ISLAM kena miskin, ISLAM agama magic dan ISLAM cukup dgn 5 perkara.. pdhal kalau dikaji semula sirah Rasulullah SAW, ISLAM adalah agenda menegakkan agama ALLAH di muka bumi. Bukan pentingkan diri sendiri.

    Time to change 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Well said Hadha!

      Masalahnya most of us nmpk kekayaan as individu, sedangkan kekayaan individu hanya sekadar kecukupan & kemandirian keluarga, yg lain2 utk membantu ummah.

      Tp bila nak sedekah/zakat pun sayang (bg yg mampu lah), how could we think more than that?

  3. Zala Wajik Avatar

    kejar dunia dahulu atau kejar akhirat dulu? jawapannya; biarlah seiring. Sambil mengejar akhirat, kita berbakti di dunia. Jangan berat sebelah, nanti stress pulak. 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      “Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.”(Al-Qasas, ayat 77)

      Terdapat satu hadis (atau kata2 shbt? Sory lupa matannya) yg mengatakan kalo kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita.

      Perkara akhirat bukan semata2 solat, puasa, zikir & sgla mcm amalan mcm tu, kalo kita semak al-Quran & hadis byk disebut ttg jihad, sdekah, mmbuat kebaikan, daya usaha, etc. Kalo betul2 mendalami semua itu, nampak lah kesyumulan Islam, bkn terletak pada amalan kerahiban smata2 utk meraih akhirat.

  4. fid Avatar

    kalau kita kaya elakkan hina yang miskin…
    tapi kaya dan miskin itu tetap UJIAN daripadaNYA

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sbb itu kita perlukan org kaya yg beriman. Supaya bukan saja tak hina org miskin, tp boleh sediakan sarana utk membantu mereka. Selain dr sedekah&zakat, juga dari segi membuka peluang pekerjaan, pendidikan, bisnes & sbgainya.

      Kalo yg kaya2 semuanya org yg xde iman or org Islam yg Islam pada nama je & org Islam yg beriman taknak jadi kaya, siapa nk take charge bantu mereka2 yg memerlukan tanpa sebarang agenda tersembunyi?

  5. transformed housewife Avatar

    topik yg bagus utk difikirkan oleh semua umat islam.

  6. fiqri91 Avatar

    sangt setuju dengn point ney…
    orng Islam banyak slah faham…

  7. Cinta Super Avatar

    ramai ke yg tak puas ati dgn lyna pasal bab cari duit ni? bersederhana yang islam tuntut tu bukan bermaksud cari duit sekadar ada. ia bermaksud cari duit byk2 utk berbakti dan bersikap tak tamak. contoh, dia pakai stroller sweet cherry je walaupun mampu beli stroller combi 3 biji. saya rasa itu wasatiah. dia mampu beli tapi dia tak beli pun. ikut nafsu ni ferrari 3 biji pun takkan cukup.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Erk, ada ke yg tak puas hati?

  8. puan im Avatar
    puan im

    satu pandangn yang cukup hebat..so, KAYA itu satu keperluan
    p/s: mohon izin untuk share tulisan yang hebat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge