Saya selalu dengar keluhan mak-mak ni.. tentang party pack atau door gift yang diterima anak masing-masing setiap kali kawan-kawannya menyambut hari lahir, samada di rumah atau di taska. Mana taknya kebanyakan ibu bapa menyediakan party pack yang diisi dengan gula-gula, cikedis, coklat dan sebagainya. Tidak semua ibu bapa yang ‘membenarkan’ anak masing-masing menikmati junk-food (makanan ringan ni). Sudahnya party pack tu samada dibuang atau disorok dari anak-anak. Membazir kan? Lagipun, kesian la kat empunya majlis kalau buat macam tu.. bukannya beliau dapat free pun benda2 tu…
Berinspirasikan taska anak-anak saya yang mengharamkan makanan ringan di tempatnya, saya ingin kongsikan idea untuk membuat party pack yang lebih berkhasiat dan memberi manfaat kepada anak-anak, bukan semata-mata seronok makan gula-gula. (Anak saya tak pandai makan gula-gula, Hafiy pernah melalak bila diberi gula2 oleh seorang makcik, sebab dia tak pandai makan :P).
Idea Party Pack 1 : Alatulis
Sekarang ni ada banyak alatulis yang berkonsepkan watak2 kartun kegemaran anak-anak kita. Kalau nak murah, di pasaraya macam Tesco, Giant, Carefour, Kedai Runcit Ahmad… kalau nak mahal sikit di Toys’R’Us dan sebagainya. Ataupun beri pensel sebatang dengan buku ‘latih tubi’ yang banyak dijual di Tesco tu.
Idea Party Pack 2 : Buah
Bagi epal sebiji seorang, jauh lebih baik dari beri cikedis berpeket2 seorang.
Idea Party Pack 3 : Handkerchief
Mungkin boleh buat embroider kalau nak tinggalkan kenangan.
Idea Party Pack 4 : Mainan
Kereta Hot Wheels sebiji seorang?
Idea Party Pack 5 : Zabit, kurma…
Ini adalah item yang ada dalam party pack yang baru diterima anak-anak saya. Musim2 nak puasa ni orang mula jual kurma, zabit dan sebagainya. Bagus kan? Ia bukan saja bagus untuk otak budak2 tapi boleh digunakan oleh keluarganya di bulan Ramadhan nanti.. buat buka puasa 😀
Idea Party Pack 6 : Party Stuffs
Belon, mask, dan segala macam barangan untuk party. Budak2 pun suka, boleh join sekali dalam party tu.
Idea Party Pack 7 : Makanan ringan2 tanpa MSG dan gula yang tinggi
Biskut, kerepek, keropok ikan dan sebagainya..
Idea Party Pack 8 : Kuih-muih
Biasa tak pergi derma darah ke, perhimpunan rakyat ke.. masing2 dapat air kotak dengan kuih-muih untuk dibawa balik. Tak salah kan kita adapt konsep ini?
Idea Party Pack 9 : Cenderamata
Cenderamata kenang-kenangan dari majlis anak kita..
Saya pun tak pasti dari mana datangnya idea bahawa budak-budak sukakan gula-gula, cikedis dan pelbagai makanan rapu ni. Anak2 kecil selalu saja ‘digula-gulakan’, padahal kita semua tahu masa tu lah giginya baru nak menumbuh, masa tu la dia tengah belajar menjaga gigi dan sebagainya.
Mungkin ibu bapa prihatin boleh membuat perubahan.. dengan memperkenalkan konsep ‘sihat’ dalam party pack untuk birthday anak-anak kita. Ye lah, masa depa kecil-kecil punyalah memperjuangkan ‘penyusuan ibu’ untuk kesihatan berpanjangan, alih-alih bila besar sikit, tak kisah pula dengan segala macam makanan rapu. Kalau boleh, biarlah berterusan penjagaan pemakanan anak-anak ni kan. Yang penting, ia halal!
Leave a Reply