Sementara menunggu para juri membuat penilaian.. jom kita tengok apa yang dah jadi kepada peserta2 kita.
Ala-ala Diari AF gitew 😉
Sekarang kita boleh tengok ‘networking’ atau dalam bahasa biasa kita sebut ‘ukhwah’ (persaudaraan).
Buktinya, cuba klik di mana-mana link dalam entry [iPad MySuperKids] Senarai Penyertaan Untuk Direviu, kebanyakan komen yang diterima oleh penulis entry2 berkenaan adalah dari kalangan peserta juga. Mungkin ada yang dah dapat followers baru 😀
Bukan itu saja, peserta juga boleh kenal-mengenali antara satu sama lain. Buktinya ini:
Dipetik dari entry saya : Tips Door Gift/Party Pack Birthday Anak.
NUR adalah salah seorang peserta cabaran iPad MySuperKids, begitu juga Ayah Iman.
Dari entry cabaran #1 yang ditulis oleh Ibu Cergas (isteri kepada Ayah Iman), maka semua pembaca tahu Ayah Iman suka mengumpul kereta Hot Wheel, termasuklah brader NUR. So secara tak langsung kita dapat kenal dengan hobi Ayah Iman. Mungkin ada yang mempunyai hobi yang sama?
🙂
Saya sarankan bacalah entry-entry dalam link di atas sekali tu.. ada pelbagai perkongsian menarik dari para peserta. Ada yang ringkas, ada yang santai, ada yang berinformatif dan tak kurang yang meruntun perasaan.
Petikan komen dari entry Mommy Fara.
So lepas ni… bila para juri dah buat reviu, kita akan tengok sama ada.. adakah peserta cabaran #1 ni boleh meneruskan cabaran.. atau terpaksa bungkus barang bawa pulang (LOL, over~). Tapi cemanapun, pastinya pengalaman di setiap cabaran yang dilalui memberi sesuatu yang baru kepada para peserta…
***Apa yang saya komen di sini dan peserta yang disebut, tidak ada kena-mengena dengan sebarang penghakiman.
Leave a Reply