Terima kasih kerana sudi menyertai contest iPad MySuperKids ni. Dengan artikel yang berkualiti, saya kira persaingan jadi semakin sengit saban hari. Juga sangat terima kasih kepada yang dah siapkan beberapa entri untuk sesi audition ni. The more you write, you’ll find yourself progress bila you look back at previous artikel.
Dan lebih cepat anda progress, jadi lebih bersedia la anda nak jadi finalis contest iPad MySuperKids ni; dan makin cerahlah peluang nak menang iPad! Kalau tak menang pun, I hope you enjoy and bangga bila dapat cecah level kematangan dalam menulis.
Hari ni, ingin saya kongsikan beberapa artikel yang boleh dikaji akan strategi penulisan mereka,
1. Saya Mahu Tunjuk Ajar Dari Blog Cikgu Ahmad Humairi – Oleh SahromNasrudin. I must say gaya penulisan yang touching dengan lenggok bahasa melayu gaya perumpamaan. Dan Cikgu Ahmad Humairi memang boleh jadi Usman Awang la.
2. Aku Nak Buah Delima Dari Syurga – Oleh Ameer. Gaya penulisan ala-ala cerita negara arab dari Indonesia. Penuh kata-kata nasihat dalam bahasa agama. TAPI, blog ni hutang tak letak link yang diperlukan. Jom disqualified-kan dia ok tak?
3. Saya Mahu PANGKAH MANTOT Dari Blog Cursing Malay – Oleh Fara. Orang lain tulis apa yang dia suka tentang sesuatu blog tapi Fara mengutuk blog tersebut. Boleh cuba kutuk blog yang bagus pulak tak? Baru hangat lagi kontroversi!
4. Saya Mahu Adaptasi Tips Dari Blog RajaKamil – Oleh zuls. Walaupun strategi orang lain terbukti berkesan, tak semestinya kita ikut bulat-bulat. Kita perlu kreatif bagaimana nak sesuaikan teknik yang dipelajari dengan identiti & matlamat kita.
5. d_tieah. So far blog yang paling banyak artikelnya; ada 7 entri kesemuanya, and show no sign of slowing down! I admire ur determination. Dan saya baru tahu akan kewujudan blog Fatin Liyana yg macam lagi femes daripada Hanis Zalikha.
Banyak lagi artikel yang bagus-bagus tapi tak sempat nak review kat sini. Semua blog yang review di atas belum tentu lepas audition, so tolong jangan tiru bulat-bulat. Ambil yang jernih & buang yang keruh. Bak kata Zuls, adaptasi itu lebih penting & bermakna. Teruskan usaha! Sebelum menyesal tak dapat iPad FREE!
Leave a Reply