Saya merupakan seorang yang sangat menyokong usaha untuk menyusukan anak, walaupun dengan air susu dari ibu lain. Namun, perkara ini sebenarnya adalah satu benda yang menjadi debat sekian lama oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.. kerana bimbangnya menjadi anak susuan yang putus hubungan dan terkahwin dengan saudara susuan sendiri.
Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya tentang hukum ini.. lebih2 lagi dengan penubuhan Human Milk for Human Babies (HM4HB) yang menggalakkan ‘perkongsian’ susu ibu dengan anak ibu lain. Beberapa ibu yang risau tentang hal-hal terkahwin ni nampaknya tak berapa setuju dengan HM4HB, apa lagi kalau cakap tentang bank susu.
Bila saya cerita tentang seorang jururawat berhati mulia yang menyusukan seorang bayi yang ketiadaan ibu pun mendapat banyak respon, ada yang tidak setuju dengan tindakan tersebut kerana ia membabitkan pertalian susuan.
Jadi sambil-sambil sibuk dengan kerja, saya ada buat sedikit research di internet. Maka penemuan ilmu baru yang menggembirakan hati saya, menunjukkan betapa penting dan utamanya susu ibu untuk bayi-bayi kita.
Oh sebelum tu, ‘petanda’ bahawa susu ibu adalah amat penting ialah rukhsah puasa yang diberikan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak. Jadi ibu yang menyusu sebenarnya tak perlu nak risaukan susu kering pada bulan puasa.. kerana kalau ada kerisauan tu maka boleh ambil kelonggaran yang diberikan – berbuka puasa (tak puasa la senang cakap). Ataupun boleh cuba juga dengan tips yang saya tulis dalam entry Tips Banyakkan Susu Ibu Untuk Bulan Puasa ni.
OK saya ambil snapshot dari blog2 tersebut:
http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2009/08/tabung-susu-aka-bank-susu.html
– walaupun ia tentang bank susu tapi apa yang kita nak tengok ialah tentang hukum susuan tu.
Dan lagi entry dari blog-blog lain yang membicarakan tentang hal ini.
untuk lihat lebih jelas :
“Adapun sifat penyusuan yang mengharamkan (perkahwinan) hanyalah yang menyusu dengan cara menghisap tetek wanita yang menyusui dengan mulutnya. Sedangkan orang yang diberi minum susu seorang wanita dengan menggunakan bejana atau dituangkan ke dalam mulutnya lantas ditelannya, dimakan bersama roti atau dicampur dengan makanan lain, dituangkan ke dalam mulut, hidung, atau telinganya, atau dengan suntikan, maka yang demikian itu sama sekali tidak mengharamkan (perkahwinan), meskipun sudah menjadi makanannya sepanjang masa. Alasannya adalah firman Allah Azza wa Jalla: ‘Dan ibu-ibumu yang menyusui kamu dan saudara perempuanmu sepersusuan …’ (an-Nisa’:23)
lebih jelas:
Dengan demikian, al-Qaradawi melihat bahwa pendapat yang menenteramkan hati ialah pendapat yang sejalan dengan zahir nash yang menyandarkan semua hukum kepada irdha’ (menyusui) dan radha’/ridha’ (menyusu). Hal ini sejalan dengan hikmah pengharaman kerana penyusuan itu, iaitu adanya rasa keibuan yang menyerupai rasa keibuan kerana nasab, yang menumbuhkan rasa kekanakan (sebagai anak), persaudaraan (sesusuan), dan kekerabatan-kekerabatan lainnya. Maka sudah dimaklumi bahwa tidak ada proses penyusuan melalui bank susu, yang melalui bank susu itu hanyalah melalui cara al-wujur (menuangkan ke mulut –bukan menghisap dari tetek– dan menelannya), sebagaimana yang dikemukakan oleh para fuqaha.
SUMBER: http://www.mindamadani.my/content/view/105/5/
Secara amnya pendapat Yusof Qadrawi dirumuskan sebagai:
- Minum susu dan proses penyusuan adalah berbeza. Minum susu tidak mendatangkan perasaan kasih, belas dan sebagainya, sedangkan bila menyusu di payudara, ibu-anak susuan diikat dengan perasaan kasih kerana ibu susuan itu akan memegang anak susuannya.
- Bila menyusu susu ibu lain dari botol/syringe/cawan, ia tidak mendatangkan perasaan apa2 kepada si anak dan ibu.
- Jadi ia tidak menjadikan anak/saudara sepersusuan dengan cara begitu.
Dikatakan sekiranya alasan terjadinya darah daging dari susu tersebut yang menjadi sebab susuan, maka pemindahan darah (blood transfusion) itu lebih2 lagilah menjadikan sabit mahram sebab dah jelas2 darah orang lain yang dimasukkan ke dalam badan baby tersebut (untuk some case yang memerlukan blood trasnfusion).
Walau bagaimanapun, dalam entry yang sama, dinyatakan dalam Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 – 28 Disember 1985 (lama dah, kalau ada sesiapa tahu fatwa terbaru Majlis ini silakan kongsi ya) – menyatakan bahawa apa sahaja cara susu tersebut diminum, direct atau EBM, maka tetap menjadi anak susuan, sekiranya cukup syarat2nya.
Sementelah lebih baik kita yang kurang ahli dalam bidang ni mengambil pendapat dah fatwa majoriti, namun apa yang saya nak katakan di sini adalah banyak pendapat ulama tentang penyusuan ni. Malah ada ulama yang berpendapat bahawa menyusu anak dengan susu ibu adalah WAJIB. Namun, semua mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan ilmu mereka yang tinggi dan juga background masing-masing. Di pihak kita pula, menilailah dengan ilmu yang kita ada, dan dapatkan bantuan dari mereka yang lebih pakar dalam bidang percanggahan pendapat ini.
Namun bagi saya, di zaman teknologi ni rasanya tak menjadi masalah.. untuk putus hubungan. Dengan telefonnya.. FaceBooknya, Twitternya…blog-blognya… Amerika pun rasa macam sebelah rumah saja. Masalah ibu-anak susuan lebih kepada persepsi. Namun ia tetap perlu mengikut lunas-lunas yang ditetapkan, misalnya mendapat izin dari suami, kedua2 pihak. Tapi kalau takut nak mempunyai anak susuan atas sebab takut anak-anak terkahwin sesama sendiri, itukan sesuatu yang kita boleh diuruskan.. manageable…
Sekarang ni ibu-ibu yang dikatakan ‘obses’ dengan susu ibu mungkin tak perlu risau2 lagi tentang “terpaksa beri susu formula” sebab dah ada HM4HB yang boleh membantu kita 🙂 Tapi sebaik2 cara, pilihlah sumber makanan anak tu dari yang baik2 – carikan ibu susu yang baik2, insya-Allah.
Suami saya pun selalu kata “You tak perlu nak risau sangatlah kalau susu tak cukup.. mintak je dari diorang yang susu berlebih2 sampai kena buat mandi susu tu…” Boley???
Budak yang 3 bulan saya susukan. Suka sangat gambar ni! Danny sekarang dah boleh pusing, menyarap dan gelak-gelak. Cumil sangat! Rasa sekejap sangat. Lepas ni sedar2 Danny dah merangkak, berjalan…
Psstt.. kalau anak yang kita lahirkan tu takde masalah dgn susuan, sama ada dia disusukan oleh kita ke, minum susu orang lain ke, atau susu botol, dia tetap anak kita ya… tak perlu nak susukan sampai 5 kali kenyang untuk jadikan anak sendiri sebagai anak susuan…
Leave a Reply