Nampaknya saya dah kehilangan emosi untuk menulis dalam blog ni macam zaman dulu-dulu.. Entah kenapa ya? Mungkin kerana dah kurang masa untuk bloghop ke blog-blog rakan seperjuangan dulu? Atau kami sekarang dah rapat di FaceBook, jadi tak perlu sudah nak berblog-hopping lagi? Atau sebab microblogging (FaceBook, Twitter, Instagram, etc) lebih mudah dan cepat updatenya berbanding blog?
Atau mungkin juga sibuk dengan tugasan harian, yang hari-hari perlu memerah otak hingga hilang segala mood nak berblog?
Atau memang blog ni dah tak ada pembaca hingga nak menulis pun dah hilang selera… akibat aura pembaca yang dah luntur, LOL.
Walau bagaimana pun memang saya sayangkan blog ni, kerana di sinilah tempat saya meluahkan perasaan, idea, mendapat kawan-kawan baru, mengenal ramai orang… Walaupun takdelah famous sangat pun, tapi kira OK-lah kalau ikut standard blogger picisan. Hehe.
Walaupun sebenarnya saya masih gian nak berblog, masih mencari-cari idea yang baik-baik untuk dikongsi. Iyelah, nak menulis tu memang senang, tapi apa isi tulisan yang kita nak tuliskan, apa impak dia kepada pembaca dan kepada diri serta keluarga kita.. perlu diambil kisah. Atau mungkin saya agak paranoid untuk tidak terlalu bercerita tentang anak-anak. Semakin mereka membesar, semakin dirasakan hak privasi mereka harus saya jaga.
Teringat tatkala hari pertama persekolahan anak sulung saya, bila meneliti nama-nama yang tercatat dalam senarai nama tu.. terdetik hati “Ehh, nak tengok la anak-anak blogger lain ada ke tak sekolah sini?”. Ehhh, ada lah nama ni, ada lah nama tu… Tiba-tiba satu perasaan menyelubungi…. Tak sanggup pula saya kalau nama anak-anak saya diteliti oleh orang yang saya tak kenal T__T
OK, mungkin paranoid.
Saya sebenarnya taknak menulis tentang entry sebegini. Saya cuma berhajat nak tulis benda-benda berfaedah (faedah lah sangat kannnn) dan berguna untuk bacaan orang-orang yang sama macam saya. Β Tapi percayalah, entry ini bukan sekadar ‘asal update’, kerana saya lebih sanggup tak update apa-apa daripada entry asal update.
Mungkin nak mencari balik kawan-kawan yang sama berblog dulu… dan kawan-kawan blogger baru. Mungkin kerana hidup ada terasa agak sunyi sedikit, mungkin kerana saya dah tak bekerja, dah tak ada kawan-kawan di sekeliling. Blog to the next level belum mencapai maksudnya. Belum ke level mana-mana pun. Hihikkkk. Selepas ia ‘sakit’ akibat 2 kali attack virus satu masa dulu, ramai yang dah buang link ke blog ni… mungkin juga blog ni dah makin dilupakan.. (wah, ayat tak menahan).
Tapi takpe, selagi masa masih ada, saya akan terus menulis π
Semoga diberi idea yang bagus untuk menulis tentang perkara yang bagus-bagus.
Selamat Bercuti semua!
Leave a Reply