Sebenarnya dah berminggu-minggu rumah kami ni tak berkemas 🙁 kisahnya, saya buat housekeeping seminggu sekali gitu. Maklumlah, tak ada pembantu yang nak tolong mop rumah hari, lap habuk hari-hari.. rutin harian cuma buat mana yang ‘wajib’ ajelah. Masak, cuci pinggan, cuci baju, jemur baju keringkan baju, lipat baju, iron baju, kemas baju… sapu2 & kemas2 mana yang minor je lah. Kenapa macam tu? Sebab hari minggu tak lekat di rumah. Ceritanya… 🙂
Entah kenapa sejak sekarang ni dah tak ambil tahu tentang cuti kelepasan am. Tau-tau ohhh rupanya Isnin cuti in lieu Awal Muharam (kantoi tak follow tahun Hijrah! Hah, tak payah tahun Hijrah, tahun tak Hijrah pun tak ingat berapa haribulan). Jadi kami tukar plan, off to Kuantan 😉
Tujuan utama ialah untuk berjumpa ‘anak-anak’ dan ‘cucu-cicit’ di Kuantan, di samping bawa budak-budak ni ‘swimming di hotel’. Dah jadi acara wajib tiap-tiap minggu ajak swimming di hotel. Oh, rasanya diorang bukan tahu pun hotel tu apa, asalkan swimming pool selain dari kat school, dah cukup hotel lah tu.
Hari pertama, memang looking forward nak terjun kolam semua orang. Lagi-lagi bila check in je, satu hotel tu tak ada power.
Masuk-masuk air je, excited bagai nak rak lah budak2 ni especially Hafiy dengan Fahry. Danny pulak siap tertidur lagi dalam pelampung.. Hayoooo
Tapi… ‘tulah’ Kuantan, hehe. Sekali lagi Fahry terkoyak dagu, tapi cepat-cepat bawa dia nak atas dan tekap Basic H. Vita-E pulak pegi tinggal kat rumah TT___TT Bijak..
Alhamdulillah tak besar mana koyaknya. Last time sampai berjahit bagai, tapi kali ni dengan Basic H dah OK.
Malamnya ingat nak dinner seafood Tanjung Lumpur, tapi jangan haraplah kalau dah keluar bilik pun pukul 8.30 malam. Jawabnya melopong je lah tengok ramainya umat… Nak singgah mana2 restoran tepi jalan je, sudahnya hujan lebat tiba-tiba turun. Sudahnya… Old Town White Coffee juga yang jadi pilihan, uhuk uhuk.
Lagi best, pegi tinggal bekas makanan Danny kat situ. Nasib baik murah :–P
Esoknya, pagi-pagi lagi si Hafiy dah terjun kolam. Fahry dah kena kuarantin, takutlah pula jadi makin melarat.
Yang Fahry-nya tak habis-habis minta kebenaran nak turun swimming pool. Sorry, sayang, Better safe than sorry.
Dah siap mandi semua, kemas-kemas kat bilik sebelum check out. Ada resepsi perkahwinan hari tu… Kenduri kat Hyatt tu 😀 Best pula tengok pengantin. Rasa nak bersanding lagi sekali HeHeHe.
Siap check out semua, kami lunch di Rasa Kampung, sebelum ke rumah Linda, ‘anak’ saya di Kuantan untuk sesi personal business coaching. Sanggup turun jauh-jauh 😀 Mungkin inilah jawapannya kenapa saya hold semua tahun ni – WoHoWo Workshop, Adsense101… sebab nak fokus pada ‘anak-anak’ saya ni. Tiap2 minggu saya turun ke tempat mereka untuk personal business coaching.
Hyatt tu.. OK lah, cuma parking dia macam tak berapa menarik. Budak2 suka lah.. poolnya banyak. Mereka ni janji ada swimming pool, lain2 belakang kira.
Walaupun saban minggu tak lekat di rumah, tapi bonus untuk anak2… sebab saya bawa mereka bersama. Lebih seronok sebab ala-ala bercuti juga.
Cuma rumah tak berkemas ni haiii 😀
Leave a Reply