Hamba Duit, Atau Menjadikan Duit Sebagai Hamba?

admin Avatar

Biasanya bila bercakap tentang ‘hamba duit’ mungkin yang terbayang ialah orang yang memiliki kekayaan tapi masih mengejar lebih banyak harta dunia hingga melupakan hakikat dirinya sebagai hamba. Dan bila bercakap tentang ‘kebebasan kewangan’ mungkin terbayang seseorang yang memiliki banyak sangat harta, tak terbilang nilainya.

Hamba duit dan kebebasan kewangan adalah sifat-sifat yang berlawanan.

Orang yang jadi hamba duit tidak memiliki kebebasan kewangan, dan orang yang bebas kewangan tidak lagi menjadi hamba duit.

Hamba kepada duit, ialah bekerja untuk duit. Bekerja untuk mendapatkan duit. Tak kiralah dia miskin atau pun kaya… apa yang dilakukan untuk mendapatkan duit, samada banyak atau sikit. Tahap hamba duit yang paling rendah ialah sanggup berbuat apa saja kerana duit, termasuk melakukan perkara di luar batas syariat.

Hamba duit akan merujuk kepada tuannya dulu iaitu duit sebelum membuat apa-apa keputusan. Dan kalau dia tak dengar cakap duit, maka kebinasaan akan menimpa kerana tak ikut cakap tuan.

Contoh kejadian hamba duit ialah:-

Contoh I : Nak beli kereta. Tanya duit, “Apa yang aku boleh beli ni?” . Duit kata boleh beli Viva 660 BX. Maka belilah Viva itu. ==> hamba duit yang baik.

Contoh II : Nak beli kereta. Berkena pada Proton Inspira. Tapi duit kata boleh beli Viva 660 BX je. Tapi nak juga Inspira. Maka macam2 loan dibuat sebab nak mampukan beli Inspira. 5-6 bulan lepas tu kena kejar dengan macam2 jerung hutang. ===> Hamba duit yang… er… teruk!

Manakala orang yang memiliki kebebasan kewangan, bekerja untuk membina kerjaya, bukan mengejar duit. Keputusan dibuat pun bukan kerana duit.

Contoh kebebasan kewangan:

Contoh I : Nak beli kereta. Duit kata boleh beli Camry. Tapi objektif hidup cukup dengan Viva 660 BX. Maka, beli Viva. ==> Bebas dari pengaruh kewangan.

Contoh II : Nak beli kereta. Berkenan pada Viva. Check dengan duit, dia pun setuju dengan Viva. ===> Duit cuma memberi persetujuan bukan keputusan.

Hamba duit dan bebas kewangan boleh jadi pada sesiapa saja. Orang tak kaya yang bekerja untuk mencari pengalaman dan memantapkan kemahiran, tidak lagi jadi hamna duit, walaupun dia mengira-ngira duit gaji. Priority adalah untuk pengalaman dan kemahiran.

Orang banyak duit tidak semestinya bebas kewangan. Bak kata pepatah, besar periuk, besarlah keraknya…. Masa gaji RM1000, rumah flat dah OK, tapi kalau gaji RM100,000 takkan nak duk flat lagi. Makin besar rumah, makin besar hutang. Dah banyak duit, makan pun nak sedap, nak mahal. Kereta pun nak mewah-mewah. Semua tu bukannya datang percuma.

Jadi, definasi tentang ‘kebebasan kewangan’ sebagai ‘banyak sangat duit’ itu tidak tepat samasekali. Makin banyak duit, mungkin makin jadi hamba duit. Makin kaya, makin takut kehilangan duit, makin rasa nak menompok kekayaan. Tapi, orang tak berduit pun boleh jadi hamba duit. Buat kerja semata-mata sebab duit. Sanggup buat apa saja untuk duit. Hilang kawan, hilang saudara tak apa, asalkan dapat duit.

Justeru, kita kena jelaskan perkara ni dari peringkat awal. Jangan jadikan duit sebagai tuan, tapi duit sebagai hamba. Pandang duit sebagai sesuatu yang boleh menyampaikan kita kepada tujuan kita, bukan jadikan duit sebagai tujuan.

Oleh itu penting untuk mempunyai tujuan hidup, di dunia & akhirat. Bila duit ada di tangan, bukan di hati, kita tahu peranan dia sebagai pekerja kita, bukan kekasih kita.

admin Avatar

4 responses to “Hamba Duit, Atau Menjadikan Duit Sebagai Hamba?”

  1. kinna Avatar

    lama mommylyna tak cerita pasai financial…huhu

  2. kholja Avatar

    ingat persan orang2 tua….. ukur baju kat badan sendiri……

  3. Rina Avatar

    Jangan sampai kita hidup di dunia ini hanya untuk mencari duit saja tapi harus untuk hal lain yang lebih membuat hidup kita bermakna
    Ulasannya snagat mencerahkan

  4. Consuelo Avatar

    Very good article. I am experiencing many of these issues as
    well..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge