Biasanya kita mendengar tentang hak pengguna, tapi jarang yang membicarakan tentang hak peniaga. Malah menjadi “mantra” bahawa ‘customer is always right’. Statement ini kadang2 digunakan oleh pelanggan yang buta mata hati untuk menghentam peniaga seadanya, terutama peniaga yang jenis ‘baik-baik’.
Betul ke customer is always right? Betul ke peniaga kena selalu ikut kehendak pelanggan hanya sebab “pelanggan adalah boss”. (Pelanggan sememangnya boss dalam perniagaan, tak ada pelanggan, tak ada lah bisnes..).
Pernah tak minta kawan2 yang buat bisnes tolak harga modal je kepada kita. Kita sebagai pelanggan mungkin rasa sungguh best sebab dapat harga modal daripada peniaga = kawan kita. Tapi sebagai peniaga, kawan kita tu sebenarnya dinafikan haknya dan dianiaya…
Keuntungan ialah hak peniaga. Malah Rasulullah berniaga dengan keuntungan yang berpatutan. Kalau semua tolak harga modal, mana nak datangnya “wang saraan” sehari-hari? Ini bukannya nak berniaga tapi jadi “welfare” pulak.
Sungguhpun ramai yang merasakan pelanggan ada “hak” untuk dapat barang murah atau paling tak boleh blah ialah nak dapat barang free, cubalah semua letakkan diri dalam kasut peniaga2 ni terutama peniaga kecil-kecilan macam saya. Terutamanya ni yang baru nak cuba2 berbisnes.
Lagi satu pengguna orang kita suka sangat “tanya dengan orang lain, beli dengan orang lain”. Misalnya nak tahu sangat tentang barang A daripada peniaga X, lepas si peniaga X terangkan serba sedikit akhirnya mengambil keputusan untuk “Beli dengan Y ajelah, tolong member”. Member tak member, dalam hal ini kita dah berlaku zalim terhadap peniaga X. Sebagai peniaga X memanglah tak rugi apa2 & tak untung apa2.. tapi bayangkan masa yang digunakan oleh X untuk explain pada kita tu, tapi sebenarnya kita dah niat takmo beli dengan dia. Lagi2 kalo X adalah ejen insurans ke unit trust ke, MLM ke.. jauh2 datang, buat appoinment, akhirnya kita sign up dengan orang lain, “kawan kita”.
Kalau tak jadi beli, itu lain. Ini memang tak beli, nak sign up tapi cuma memperalatkan orang lain saja. Misalnya barang di kedai ZZ lebih murah, tapi kita dapatkan konsultansi di kedai YY, sebenanrnya memang nak beli dengan ZZ. Kalau awal2 memang niat nak beli barang murah dengan ZZ, awal2 lagi refer kepada ZZ.
Sebagai pengguna memang tak salah langsung kita pilih yang terbaik, misalnya compare kedai A, kedai B dan kedai C. Itu tak apa.. tapi bukan sengaja kenen2 dengan pemilik kedai A, sebenarnya memang nak beli dengan kedai B.
Peniaga memang ada hak ke atas keuntungan, meskipun tak ada modal besar dikeluarkan atau stok yang diambil, misalnya penjual ebook. Bayaran yang dikenakan ke atas ebook adalah sebagai ‘upah menulis’ kepada si penjual. Begitu juga dengan konsultan2 yang “jual air liur”. Memang depa jual air liur, so kalo taknak bayar toksah berurusan dengan depa. Cari je konsultan2 free yang berlambak lagi ni haa.
Keuntungan dalam Islam tidak ada dikenakan had, kecuali bila berlaku penganiayaan, maka pemerintah boleh mengenakan had dan syarat2 terhadap pengambilan untung. Harga barang yang dikenakan mesti sama dengan market price, walaupun katanya dah untung 5000%. Harga barangan mesti sama dengan market price untuk mewujudkan daya saing.
Bila beli barang, kita ada hak untuk minta harga terbaik, tapi jangan sampai menzalimi peniaga. Kalau kita sebagai pengguna rasa mereka tak patut ambil untung, bayangkan kalau majikan kita tak mahu bayar gaji… macam itulah juga pada mereka ni.
Sebagai peniaga, jalankan perniagaan dengan jujur dan mengikut lunas syariat, begitu juga dengan pengguna.
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (2:180)
Leave a Reply