Review Filem Haq

admin Avatar

Dari preview awal tentang filem Haq ni dikatakan filem ini revolusi baru filem Melayu dan sebagainya… tapi membuat saya tertanya-tanya sebab kutipan filem Haq ni tak adalah memberangsangkan sangat.. dalam tempoh wajib tayang FINAS, filem ni bukan je tak balik modal, tapi sangat jauh berbanding belanja yang dikeluarkan kira-kira RM2.4 juta. Kutipan filem Haq tak sampai RM1 juta pun.

poster haq

Mungkin juga sebab kedatangan filem Haq tak kena pada masanya. Masyarakat kita mahukan hiburan ringan seperti Hantu Kak Limah balik rumah yang mengutip RM7 juta as per bulan Januari lepas, dan juga filem Ngangkung yang dikatakan mengutip RM 10 juta (?).

Tapi filem Haq ni satu ‘percubaan berani’. Unsur-unsur dalam filem ni lebih kurang yang kita biasa tonton dalam filem-filem Hollywood, ataupun filem-filem dari Hong Kong. Rasa macam tengok filem Don pun ada. Tapi kelemahan memang banyak terutama dari segi penceritaan. Jalan cerita dah OK, ada flashback semua tapi macam ‘longgar’ gitu. Susah nak cakap tapi kalo longgar ni kan tak berapa best lah. Kena makan alfalfa ni.

Tapi serius sepanjang movie ni rasa teringat pada movie Don lakonan Shah Rukh Khan. Memang saya suka sangat filem tu, sangat penuh dengan kejutan, sangat suka sampai berkali2 saya tonton filem tu di AstroMaxx satu ketika dulu. (Adi Putra katanya berlakon bersama Shah Rukh Khan dalam Don 2) Mungkin kesan khas yang digunakan dan watak Adi Putra yang antagonis tu ada sedikit similiariti di situ. Tapi gaya cakap cara orang sakit tekak sangat tak sesuai dengan Adi Putra. Tak nampak natural, nampak sangat dibuat-buat. Lagi bagus kalau Adi Putra cakap macam biasa saja. Tak perlu dibuat-buat sifat melankoli macam tu, sebab dari muka dan gaya dah ada kat situ… suara macam mak nyah pun tak apa.

adi putra haq

Haq mengisahkan Haq (Zulhizaimi) dan Bad (Adi Putra) yang bersaudara (sepupu sepapat gamaknya). Bad sejak dari awal dengki dengan Haq, oleh kerana keistimewaan yang dimiliki Haq (superpower). Bila ayah Bad meninggal,  Bad menganggap ayah Haq sebagai menyebab kematian ayahnya. Dia juga menganggap ibunya menyebelahi Haq dan ayah Haq. Lalu Bad membawa diri dan berazam untuk membalas dendam ke atas Haq dan ayahnya (selepas kena lempang dengan emaknya).

Haq membesar sebagai seorang usahawan muda yang bijak, baik hati, jujur manakala Bad menjadi seorang ‘don’. Kedua-dua mereka memiliki kuasa super power ala-ala superman macam tu lah. Dari mana Bad dapat superpower tu tak tahu pula, tiba2 aje.

adi putra

Bad akhirnya pulang dengan misi balas dendam terhadap Haq. Padanya Haq telah merampas semua yang dia miliki termasuk kasih sayang ibunya, dan kini Bad kembali untuk merampas semua yang dimiliki Haq.

adi putra haq

Bermula dengan membunuh ayah Haq, Bad meneruskan misinya untuk menyusahkan hidup Haq. Di akhir cerita, selepas bergaduh2 ala-ala Dragon Ball akhirnya Bad menemui ajal (tak sure la tapi macam meninggal je gayanya) selepas dibelasah oleh Haq.

Saya tercari-cari di mana unsur-unsur yang dinyatakan dalam trailer dan poster filem Haq; seperti kuasa, tamak, superpower… OK superpower tu memang ada tapi tak jelas sangat, mungkin sebab ia digunakan dalam skop yang agak kecil. Tamak pun tak berapa jelas sangat. Yang sangat jelas ialah tentang dendam dan hati yang hitam. Bila hati dah hitam sehitam cermin mana hitam, datang lah apa pun memang tak jalan.

Menurut produksinya, filem Haq akan diteruskan, dibuat dalam bentuk drama bersiri pula. Bagus! Filem ni best sebenarnya (kecuali beberapa scene yang tak perlu pun, tak payah jadi Mat Salleh..), cuma mungkin garapan yang kurang kemas. Kalau dibuat dalam bentuk sequel mungkin ia akan lebih diperjelaskan lagi. Saya akan menunggu Haq the Series walaupun tak mungkin dapat tengok pun 😀 (Kalaulah dapat swap karakter si Adi Putra dengan Zulhuzaimi best jugak. Saya rasa Zul lagi sesuai melakonkan watak Bad tu).

Yang kelakarnya, keseluruhan filem ni, saya dibayangi filem Hindustan, taktaula kenapa ya. Unsur2 filem Hindustan nampak sangat banyak (pada pandangan saya ler). Contohnya watak Zahra (Nanu) macam typical awek penjahat dalam filem Hindustan… semasa dengan Hero Jahat, dialah materialistik, dia lah penggoda.. bila dah jumpa Hero Baik, tiba2 rasa insaf dan “inilah lelaki yang patut aku jadikan balak”. HeHe. And, yang tak tahannya asyik duk cakap Bad handsome, handsome… Cakapla bijak ke, licik ke.. nampaklah jahat sejati sikit. Yela memangla dia handsome tapi handsome bukan ciri2 seorang penjahat. Tak handsome pun boleh jadi jahat, tak jahat pun handsome juga.

Banyak scene yang boleh diperkemaskan lagi, terutama part Bad bercakap. Adi Putra awatla sora hang macam gitu. Buat suara natural boley tak?

Skrip pun ala-ala nak hancur jugaklah.

Peranan kameraman sangat2 penting. Banyak scene yang boleh ‘memainkan’ penonton dengan shot2 yang lebih suspens.

Banyak scene2 yang boleh dipotong saja.. dan banyakkan scene pergolakan emosi dalam diri Bad. Saya tau Bad mengalami masalah dalaman (dengki yang membawa padah) tapi tak cukup dapat mendalami masalah jiwa si Bad ni. Ni macam ada kuasa lain pulak yang mengawal dia. Kuasa apa? Entah hanya dia je yang tahu.

Raja Farah memang comel dalam filem ni. Watak Aina sesuai dengan dia. Innocent.. manja.. Aha, bila Bad bersama dengan Aina jadi natural sikit. Mungkin suara dia dah jadi OK. Dah makan Strepsil gamaknya.

haq the movie

Ape2 pun, katanya produksi mereka gembira dengan filem Haq ni walaupun tak balik modal. Harap2 ada pembaharuan nanti 🙂

*tapi rasanya Haq lagi sesuai dikelaskan 18SG kot. Macam ‘horrible’ je aku nak tengok filem ni dengan anak-anak.

admin Avatar

2 responses to “Review Filem Haq”

  1. knv Avatar
    knv

    sungguh tak keruan cerita ni. superpower konon? apakejadah superpower entah. i only watch for the first 20mins. lepas tu dah nyesal besau. terus bagi kat bibik je. buang duit aii 8 hengget tau!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mujo ada abang hensem so i tak kisah. hehehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge