Jogging di Lembah Kiara setiap hujung minggu adalah sangat menenangkan lagi membuatkan kaki krem kerana tidak biasa memanjat bukit.
Kami merancang untuk berkelah bersama2 tapi sampai sekarang belum tertunai lagi.
Bila panjat bukit yang lalu sebelah kondo Kiara View tu, rasa sungguh beroksigen. Ada monyet yang berloompatan di atas pokok yang berbentuk kanopi membuatkan saya nak cepat2 jalan sebab takut dia lompat atas kepala saya. Hehe.
Aktiviti fizikal macam ni sangat sesuai untuk golongan bekerja 8-5 (ke, 6.45-7???) macam kami. Hari2 cuma tunjal pedal kereta je, jadi hujung minggu ni kena la guna untuk jogging sikit2.
Leave a Reply