,

Great Cloth Diapers Change 2011 – Back to Basic

admin Avatar

Terujanya melihat anak-anak comel dalam cloth diapers. Kepada yang mendaftar pihak penganjur akan hubungi anda.

Semoga anak2 ini menjadi pejuang untuk DUNIA YANG LEBIH HIJAU 🙂

great cloth diapers change

Sekarang kita tengok dunia semakin balik kepada asal atau ‘back to basic’. Masih ingat lagi dulu, masa saya mula2 dapat anak pertama.. penyusuan susu ibu, atau breastfeeding rasanya masih agak baru. Masa tu tak ramai ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Dan tak ramai yang ada stok susu beku beratus-ratus botol. Sekarang ni, kalau baca blog mak-mak, kebanyakan (yang BF) akan cerita tentang breastfeeding ajelah. Sampai saya rasa ‘kalaulah semua ibu ada access ke internet, pasti lebih ramai yang akan menyusukan anak mereka’.

Kenapa susukan anak dengan susu ibu? Ada orang kata sebab nak jimatlah, sebab bagus lah dan sebagainya. Whatever the reasons, itulah makanan terbaik untuk bayi, sehingga umurnya 2 tahun (dengan tambahan makanan pejal jika perlu). Dan yang lebih penting ialah proses semasa menyusukan dan bonding antara ibu dan anaknya. Orang kata anak yang menyusu badan ni manja terlebih. Lantaklah… manja pun dengan mak dia bukan dengan pompuan lain 😛

Sekarang ni, cloth diapers atau lampin kain moden pula. Saya dan adik2 dulu memang dibesarkan dengan lampin kain, tapi jenis kain napkin tu. Adik bungsu saya je yang pakai pampers. Dulu2 boleh tahu lah kalau rumah yang ada banyak jemur lampin tu.. ada budak lah tu 🙂 Sekarang ni orang dah tak pakai (kot) kain lampin napkin tu, tapi kain lampin moden pula.

Dari pengalaman saya menyusukan anak, dan juga mereka yang obses cloth diapers (CD) ni, kalau dah obses tu takdelah jimat mana pun, tapi menyumbang sangat banyak kepada alam sekitar. Fair enough la kan?

Macam ibu menyusu… adakalanya perlukan deep freezer, pam susu dan sebagainya… CD pun bukan RM2 sekeping, berpuluh2 ringgit.. tapi.. tahan lama… boleh diwariskan kepada adik2nya… boleh guna semula… so tak adalah kena buang berplastik2 disposable diapers… lagi2 kalau ramai anak kecil2.

Sudahkan anda bertukar kepada cloth diapers?

Jom sertai kami 23hb April ni di Scriptory Box untuk acara rekod dunia ini!

admin Avatar

11 responses to “Great Cloth Diapers Change 2011 – Back to Basic”

  1. sya Avatar

    hehe…
    baru bercadang untuk bercloth diaper untuk baby kedua ni…
    harap2nya menjadi lah…. 😛

  2. naimulfirdaus Avatar

    susu ibu sangat bagus untuk tumbesaran bayi.kalau kita lihat sejarah, bangsa Arab sampai mengupah orang lain untuk susukan bayi mereka, semata-mata nak dapatkan susu ibu yang berkualiti..

  3. Hanz Avatar

    Thanks Lyna..promoting this..Untuk maklumat lanjut, boleh ke blog saya :
    http://thehoneybunch.blogspot.com/2011/04/wordless-wednesday-gcdc.html

  4. halen Avatar

    alaaa… comel2nya baby tu semua. bila la sy nk ada baby lg ni gerak tgk diaorg semua.

  5. juanita Avatar

    Saya da daftar, anda bile lagieee..

  6. nisa Avatar

    anak pompuan sy memang dah ber ‘cd’ sejak umo 6 bulan. Alhamdulillah dapat berkenalan dgn cd yg mesra alam nih. sekarang ni die tengah dalam proses toilet train. suke tengok ‘montot’ nye yg tergolek2 time pakai cd.cumel sungguh.

  7. lisa Avatar

    salam..camne nak daftar..anak2 saya pun dah berCD sejak bulan 8 2010..jimat…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam lisa,

      utk register email nama, nama anak, contact number & alamat email kepada Puan Dotty Latiff di gcdcmalaysia[at]gmail.com 😉

  8. kinna Avatar

    anak saya berCd kdg-kdg je..tapi saya ttp semangat nk join GCDC!

  9. juanita Avatar

    mesti bess bangattt!!!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      best sebab ada orang cantik kat event tu nanti

      muahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge