Baby Danny Baru 3 Minggu Lah…

By | April 8, 2011

Tiap2 minggu (sejak minggu lepas) selama 3 hari Opah Nurul datang rumah urut, tungku kan Mommy dan mandikan Baby Danny. Opah kata badan Danny dah keras, dah kuat. Danny paling suka mandi dengan Opah.. diam aje, siap kepak2 kaki swimming. Siap suka sendiri2 tuka posisi.

Bila letak di bawah, dia geliung geliat, dari tengah tilam sampai ke tepi.

Kata Opah “Kuat betul anak kamu ni, tengok tu dia kalihkan badan dia sendiri”

Sekarang ni Mommy kena hati2 bila letakkan Danny di katil. Pernah sekali Pak Uda cakap “Kak Long letak Danny kat mana?”. Mommy jawab “Atas katil la”. Pak Uda sambung “Tengok tu dia kat mana”. Waduh dah di hujung katil rupanya!

Baby Danny! Kamu tu baru 3 minggu lah!

baby danny

Danny kuat menggeliat dan buat bunyi2 ukk ekkk urghhhh~~~ Orang tua2 kata meneran daging. Tanda nak membesar. Memang pon. Dah bulat. Socks newborn dah tak boleh pakai.. lalu dipakaikan sock Abang Fahry. Tapi jadi kahwinlah… sebelah lain T_____T Apo nak buek…

Baby Danny suka minum susu. Minum minum minum… sampai tersedak. Muak susu pun banyak. Biasalah baby memang macam gitu. Poo-poo, pee-pee tak usah cakaplah.

Mommy pun baru mula membuat stok susu untuk Baby Danny. MASALAHNYA (yuk kita highlightkan part masalah), peti sejuk kita dah TAK BERAPA MUAT. Mari kita sama2 lobi Abiy untuk dibelikan sebiji DEEP FREEZER. Alah.. Abiy kan kaya (dengan kasih sayang), takat deep freezer beberapa ratuih je Biy.. hehehe.

deep freezer

kok dapat yg ni bestnyerrr hehe

Baby Dannydan abg2… abg2 ni tak sabo nak main sama2 Danny. Cikgu2 pulak tak sabo nak jaga Danny. Okeh je, bulan May kang kita join taska yaaa.

Danny nakgi BF gathering & GCDC, arap2 Abiy lepas la ye?

Category: Danny Tags: , , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

8 thoughts on “Baby Danny Baru 3 Minggu Lah…

  1. zuhaini

    wah.. pandainya Danny!

    Saya pun duk survey2 deep freezer nih.. tapi nampak gayanya macam kena tunggu a few months kot baru dapat.. sebab ibu Alia & Ariff ni tak berapa nak kaya.. hihihi 🙂

    saya tgk kat JJ aritu, brand ELBA, harga RM700++…

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      yg 700 tu upright freezer ke chest freezer Zu?

      Reply
  2. arin

    No 3 arin pun lelaki.Sebelum ni dpt pompuan je. sekali dah dpt lelaki baru tau yg baby boy ni kuat susu, and mmg betul, muak pun byk .. 🙂
    arin´s menulis tentang ..Perangai Anak No 2My Profile

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      tak boleh compare lagi sebab belum ada gegirl hehehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge