Kelas Google Adsense yang pertama ni, atau Bengkel Adsense 101 sebenarnya dah beberapa kali postpone. Kali pertama, kerana clash dengan Guangzhou 101. Kali kedua kerana tak dapat meet jadual dan akhirnya postpone kali ketiga dan berjaya dijalankan pada 26&27 Februari di Scriptory Box.
Sebenarnya kalau diikutkan nak postpone juga. Maklumlah saya dalam keadaan nak masuk 37 minggu yang ‘nak cakap banyak pun mengah’. Tapi memandangkan peserta dah tertunggu-tunggu, maka saya laksanakan juga, dengan ‘cut’ jumlah peserta. Terhad kepada 6 orang saja. Lepas tu saya minta bantuan suami saya. Syukurlah walaupun beliau super-busy tapi sanggup meluangkan hari minggu ni untuk membantu saya.
Itupun hampir-hampir tak dapat juga… kisahnya hari Jumaat sebelumnya hujan seamat lebat membasahi bumi tatkala kami mula melintas jalan nak ke parking selepas keluar dari office. Maklum ajelah, nak parking berbumbung bapak mahal 🙁 Maka bagi kami golongan marhaen ni mencarilah tapak parkir kereta termurah walaupun terpaksa jalan jauh sikit. Disebabkan kehujanan tu, suami saya mengadu badannya rasa tak sedap, kurang sihat, tekak mula rasa sakit dan kepanasan.
Lalu saya terus bancuhkan segelas Performance Drink Shaklee untuk beliau.
Performance drink ni memang sangat membantu tatkala rasa nak demam… fungsinya sama macam minuman isotonik. Cuma minuman isotonik yang dalam tin tu kandungan gulanya tinggi, yang ini cukup-cukup padan ajelah. Rasanya pun sedap.
Performance drink ni memang famous lebih2 lagi di bulan puasa. Memang habis sokmo kalau bulan puasa. Juga untuk bekalan ke tanah suci, terutama bagi warga emas. Ia bukan saja mengawal kehilangan air dalam badan, tapi juga memberi tenaga dan mengelak dehidrasi.
Selesema saya pun dah kurang sejak saya mula mengambil Performance Drink 😀
Jadi, bertitik tolak dari situ, alhamdulillah, Bengkel Adsense 101 yang pertama diadakan juga 😉 *kalau perasan ada air kaler oren atas meja speaker, itulah performance drink 🙂
Saya sangat gembira dengan penyertaan para peserta. Walaupun ada yang masih terlalu baru tentang blog, website, namun keinginan untuk belajar adalah tinggi. Malah yang otai pun excited dengan teknik2 Google Adsense yang kami ajarkan (siap ada video lagi, bukan testimonial palsu ya!).
Mujurlah ada suami saya… Saya sendiri memang tak boleh bertahan lama. Cakap kejap dah mengah, lebih2 lagi saya suka cakap cepat, gerak cepat2. Jadi saya banyak melepak aje. Suami saya pun nasihatkan saya rest sajalah, tengokkan budak2. Sebelum2 ini dalam program WoHoWo biasanya anak2 saya tinggalkan bersama suami di rumah. Tapi kali ni sebab kami berdua pun datang ke Scriptory Box, maka bawalah mereka bersama juga.
Saya harap diorang semua tak kisah. Janji apa yang nak kami kongsikan, sampai.
Kusyuk godek2 website
Dah siap research, bolehlah tarik nafas sikit
Anak-anak asyik dengan ikan di Scriptory Box
Untuk masa depan saya rasa kena kecilkan lagi bilangan peserta supaya lebih mudah beri tumpuan. Melainkan kalau yang dah advance tentang website dan WordPress, mungkin OK. Tapi saya akan terus memberikan follow up, especially untuk batch pertama ni. Haruslah saya nak tengok semua keenam-enam peserta ibu2 hebat tu berjaya dengan projek Adsense mereka. Dan saya percaya, saya pun akan banyak belajar benda baru dengan mengikuti proses perkembangan mereka (eceewaaaah).
Overall bagi saya, cukup puas hati. Walaupun ada dingdong sana sini tapi semuanya boleh diatasi. Dari pihak peserta.. selain dari ‘otak tepu’ (tu memang tak boleh buat apa lah kan)… kakak2 ada bagi feedback tak ada handout jadi susah nak refer. Eheh, mungkin saya terbawa2 dengan praktik di pejabat. Bila ada presentation, handout akan diberi selepas presentation tamat, dalam bentuk soft copy. Bagi saya, saya tak mau interruption, sekiranya dapat handout terlebih dahulu, peserta lebih cenderung nak baca handout dan mungkin berfikir “Alah, tak apa tak concentrate pun, nanti refer aje handout ni”. Bila takde handout, semua struggle menyalin step-by-step. Betul tak?
Tapi takpe, kira feedback lah tu. Kalau ramai concern tentang hardcopy handout, maknanya kami kena ‘ada’kan lah dalam bengkel yang akan datang. Lagipun ini bengkel Adsense 101 pertama saya bersama ibu-ibu hebat ni. Sudah pasti banyak benda yang perlu diperbaiki. Tapi saya tetap bangga sebab berjaya juga melaluinya 😀
Sebahagian peserta awal Adsense 101 – Nia, Kak Aida, Hadha & Lissa.. 2 orang (Kak Nur & Kak Ida) dah balik dahulu kerana kekangan masing2.
Walaupun tak sempat nak beramas mesra lama2 (kelas pack sangat!) tapi saya harap ukhwah yang terbina berkekalan & sama2 kita jadi ibu2 yang bukan saja blogger kosong tapi blogger banyakkkk kosong 😀 Seronok sangat kenal dengan ibu2 bersemangat kental ni. Malah sangat kagum dengan Kak Nur yang turun dari Kuantan, dan Kak Aida dari Sri Iskandar, Perak untuk mengikuti bengkel kecik saya ni.
Bengkel yang akan datang tidak akan dijalankan sehingga saya habis pantang dan menyiapkan projek terbaru My Super Kids, insya-Allah 😉 Sehingga masa itu saya akan memantau perkembangan anak didik saya (wah wah wah claim camtu pulak) agar tidak terbengkalai lalu berkarat hehe.
*Lissa kata saya akan bersalin minggu depan, hehe. Kita tunggu & lihat 😉
Leave a Reply