Apa tu Glenn Doman method?
Glen Domann adalah pengasas The Institute for The Achievement of Human Potential di US. pada mulanya method Glen Domann ni dicipta untuk merawat kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak (brain damage), supaya otak mereka ni dapat dirangsang dengan betul, so that sekurang2nya budak2 ni dapat mencecah2 sikit tahap otak orang normal.
Ia bermula bila salah sorang pesakitnya yg cedera otak, kemudian membuktikan dia boleh membaca, memberi inspirasi kepada Encik Doman untuk menerapkan method ni kepada anak2 normal, terutama pada baby.
In a nutshell, Glenn Doman menggalakkan mengajar anak seawal mungkin. Contohnya membaca sebelum umur 5 tahun. Ramai yang salah faham method ni. Ramai yang kata “Memaksa anak”, “Menyeksa anak”, “Kesian kecik2 dah kena belajar”, “Budak kena kasi main aje”.
Sebenarnya Glenn Doman sendiri kata “ada banyak sangat teknik untuk ajar anak dalam dunia. Daripada semua teknik tu, ada satu cara paling paling berkesan, iaitu bila anak dan ibu happy masa belajar”. So, kalau rasa kita tak happy atau anak tak happy, jangan buat OK.
Malah bukan 24 jam kena ajar budak2 ni. Budak2 cepat belajar. Saya dengan anak2 tak ada pun lebih 10 minit buat aktiviti macam ni. tapi otak mereka sangat superb. Apatah lagi kalau ibu bapa yang committed.
Tak salah kita ajar anak awal2. Bukannya kita nak bertanding dengan siapa2. Cuma bila kita lihatlah ilmuan Islam dulu2 dan sekarang… Imam Syafie usia 7 tahun dah hafal Quran. Al-Maududi umur 15 tahun dah jadi editor akhbar. Malah Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi pemerintah masa umur 19 tahun. Mungkin tak perlu rasa ‘tak ada faedah ajar anak2 ni’. Mungkin bukan anak saya, tapi anak si A atau si B bakal mengubah dunia kejap lagi, siapa tahu kan?
Saya pun percaya juga tentang nature dan nurture… ada orang yang semulajadi memang genius atau memang dah lembab. Tapi pepatah Melayu ada kata “Belakang parang diasah lagikan tajam”. Sebelum terlambat, iaitu sebelum anak yang secara semulajadinya lembab menjadi lebih lembab, mungkin di situlah letaknya peranan parents untuk merangsang otak dia.
Basically Doman method ni adalah menggunakan flash card. Ia ada la sikit persamaan dengan Shichida method, terutama bab flash card & principle dia untuk mengaktifkan otak kanan anak2.
Teaching rules yang diperkenalkan oleh Doman:
- Mulakan seawal mungkin.
- Sentiasa berada dalam keadaan gembira.
- Hormati anak kita.
- Hanya mulakan bila anak happy, bukan masa dia distress.
- Berhenti sebelum anak naik bosan/minta berhenti.
- Tunjukkan material cepat2.
- Selalu update material (tunjuk benda baru).
- Istiqomah.
- Sentiasa bersedia awal2 dengan material, etc.
- The Fail-Safe-Law : Kalau kita dan anak tak menikmati masa2 yang seronok semasa belajar tu, tolonglah stop. You’re doing something wrong.
Pada pendapat saya, yang penting kita jangan pressure, dan jangan compare anak-anak. Pada saya ia lebih kepada how we enjoy the learning process. Tak semua orang sesuai dengan semua cara. Ada ibu yang kreatif macam Kak Rizza, dia tak perlukan semua method2 ni untuk ngajar Si Hassan.
Yang penting jangan deny hak anak2 untuk bermain, sebab tu cara mereka belajar dengan cepat. Anak2 kita perlukan ruang untuk mereka menggunakan dan melatih kretiviti mereka.
Dan kita jangan compare ability anak-anak. Mungkin cara kita tak sama dengan orang sebelah. Semua orang nak anak dia berjaya, berfikiran luas, berdikari, trampil dan sebagainya. Saya tak tau kalau ada ibu bapa yang niat mengajar anak kecil sebab nak menunjuk2 pada orang “Anak I genius”, atau berasa terlalu “kompetitif” supaya anak lebih advance dari orang lain. Salah konsep plak macam tu.
Buat apa kalau anak kita sorang je hebat, tapi orang2 lain keliling dia bodoh2? Bayangkan kalau anak kita jadi Boss, pekerja2 dia semua bodoh. Sekali ketuk sekali gerak. Suruh lain, buat lain.
Saya sebenarnya bukanlah pengamal tegar method ni. Saya main hentam saja, asalkan saya dan anak-anak selesa.
Ini adalah satu2nya buku Glenn Domann yang saya ada. Saya tak beli semua series dia sebab saya kedekut bukan ada masa nak baca2 semua banyak2 benda ni.
Sebenarnya kalau kita rajin dan ada passion, tak kiralah apa alasan pun, kita sanggup spend masa untuk buat. Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi kita enjoy dengan apa yang kita dah buat. Macam orang gila memancing, pegi pancing ikan lama2 tapi ikannya tak dapat pun but they still enjoy the pancing2 activity. Kalau dapat ikan tu kira bonus. Tapi kalau dah malas/tak ada passion, ada-ada aje sebab untuk tak buat itu tak buat ini.
Last word, jangan paksa anak2 belajar. Belajar ni patutnya jadi fun activity tak kira la kat mana2 pun. Kalau anak taknak belajar, jangan paksa2 dia. Nanti dua2 frust. That’s why kita exposekan dia awal2 dengan home learning activity supaya dia tak rasa ‘kena torture’ bila Mama ajak belajar.
Leave a Reply