As Astro subscriber we got invitation to Astro Life Open Day @Borders, The Curve. As we love to bring the kids to bookstores at Mutiara Damansara i.e. Borders & MPH at The Curve and Popular at Ikano, so when they had this event, we have more reason to get up early and off to Mutiara. LOL.
We had our breakfast at Ikea, as usual Abiy got in the queue while ke kiddos were playing with the beads beside our table.
Kanak-kanak yang gembira dapat main beads. Kat umah ada beads macam ni yang kecik je sebab mak diorang kedekut. Muahhaha.
Kalo datang Mutiara Damansara ni kami either park kereta di Tesco atau Ikea, sebab kat dua2 tempat ni kalau beli barang dia, dapat free parking. Tapi kalau Tesco nak kena RM30 ke atas, kalau Ikea asal ada beli barang, RM2 pun takpe. Ohh berkira parking nih, hari2 pegi ofis dah kena parking mahal, bila shopping carila yang free pulak kan.
Lepas breakfast kami terus menuju ke Borders. Mutiara Damansara ni memang best, sebab ada 3 kedai buku 😀 tapi MPH tak best sangat, MPH yang best kat One Utama, besar. Kalau kat Mutiara ni, Popular yang best sebab luas & ada area budak2 yang besar. Borders pun besar, 2 tingkat.
Kami register, dan kena tunjukkan bil Astro. Lepas tu dapat cop kat tangan dan goodie bag.
Pagi-pagi tu tak ape2 sangatlah. Banyak acara menarik selepas pukul 12 tengah hari, which is sudah melepasi waktu puncak. Hahaha. Budak2 kecil bukan boleh tahan lama2 kat luar ni. Macam-macam.
Tapi sempat juga ikuti beberapa acara..
Sand art
Face & body paintings. Takde paint pun, cuma tempek benda tu je.
Story telling
Semestinya shopping! Tapi saya tak beli apa-apa. Sebab saya tak dapat concentrate pilih buku bila ada budak2 ni. Jadinya kerja kat situ adalah menyusun semula buku2 yang disepahkan mereka.
Yang kelakarnya, tiba2 Hafiy jerit panggil saya “Mommy, tengok niiiii!”.
Ingatkan lah apa. Rupanya dia jumpa kereta Hot Wheels. Mujurlah murah dari biasa hehe. Dapatlah sorang satu.
Seperti biasa, Fahry dengan latihan berjalannya. Ini dia tunjuk kat Abiy “Ab-biy, ei yi bird”.
Lepas tu kami pergi Popular pulak. Kat sini sempatlah saya grab sebuah buku yang menarik 😀
Dik Fahry yang kepenatan.
Wah memang penat sungguh. Balik2 semua orang tertidur, sampaikan Aunty Miah call nak datang rumah pun tak dengar. Isk3x… takder rezeki nak jumpa Aunty Miah..
Leave a Reply