Foremilk dan Hindmilk

admin Avatar

Apakah foremilk dan hindmilk?

Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

foremilk hindmilk

Gambar di atas adalah foremilk (kiri) dan hindmilk (kanan) yang saya dapat pam. Hindmilk tu sikit je sebab masa tu Danny dah menangis so saya kenalah berhenti. Perhatikan perbezaan antara susu yang keluar semasa kita mula mengepam dan yang keluar bila dah lama sikit. Nampak kat situ kan foremilk lebih banyak, bukannya tak balance tapi sebab kena berhenti mengepam so tak dapatlah banyak hindmilk-nya.

Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni? Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.

Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak.

Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak). Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:

  • Bayi selalu meragam
  • Bayi kembung
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Bayi tak kenyang
  • Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  • Bayi kerap sangat berak

Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

  • Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
  • Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
  • Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

  1. Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
  2. Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
  3. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
  4. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
  5. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Jadi ibu-ibu terutama ibu baru, jika menghadapi masalah2 seperti di atas, periksa penyebab seperti yang saya senaraikan, adalah antara penyebab tersebut yang ‘kena’ dengan anda. Jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, berat badan tak naik, poo-poo hijau… bukan tanda susu tak cukup tapi foremilk anda mungkin terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat dapat hindmilk, perut dah penuh.

Dapatkan set penyusuan special, Triple M dengan hanya RM250 beserta tips istimewa tambah susu. Hubungi saya di mommy[at]fahry.net sekarang!

admin Avatar

6 responses to “Foremilk dan Hindmilk”

  1. zuhaini Avatar

    nak tanya sikit bole? kalau kita pam, adakah result dia sama dengan bagi direct? maksudnya kalau kita pam, foremilk n hindmilk sama banyak, can we expect bila baby minum, keadaan gitu jugalah yang dia akan minum? Sebab saya rasa kalau saya pam, (yang setiap 2/3 jam tu), foremilk tak la banyak sangat. Tapi baby kalau menyusu, lama betul! So i am just concern, takut dia minum foremilk saja..

    Now i know the trick! kena pam dulu ya? ok, thank you ya mami lyna 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      baby sebenarnya mempunyai nursing habit yg berbeza2 dalam penyusuan. ada bayi yang ‘gopoh’ dan minum cepat2, ada yang slow & steady.. macam kita makanlah, ada yang jenis makan cepat2, ada yang slow.

      jika indicator lain OK – weight gain OK, wet diapers OK, poo-poo OK – so mungkin itu cuma nursing habitnya 🙂 atau dia dah mula jumpa soothernya – bergayut uhuhuhu.

  2. Puteri Avatar

    Good entry. Minta izin nak share kat my blog ya.

    Thanks Mommy Lyna!

  3. […] read a good entry today about foremilk and hindmilk in breastfeeding. Mommy Lyna wrote this. Let’s […]

  4. aina Avatar
    aina

    salam..nak tny la.B sy bengkak smcm..sy dah direct feeding,dah pam jgk.tp msh bengkak n sakit.pulak tu bila pam bkn byk sgt pun yg keluar..adala 2oz je.sy x tgu B lembut sy dah stop pam sbb nmpk susu dah x keluar sbb sakit kalo trus pam.btw,apa mslh sy sbnrnye ni?oye..sy direct feeding belah knn je n pam belah kiri je sbb N belah kiri dah cracked so sy rhtkan kjp.bantu sy..

    1. Shalyz Avatar
      Shalyz

      Salam.. thank you pada tuan punya blog for the informative entry..

      Aina.. i dulu pun ada masalah sama.. masa awal2 nak belajar B-feed tu, baby tak boleh latch, so my Bs bengkak and sakit… masa kat hospital tu, missy kat nursery ada tolong.. dia amik botol kecik, letak air panas, pastu tuam kat area2 B kiter yg bengkak tu, sambil2 tu dia massage la sikit kiter nyer B tu… Ni akan ensure susu kiter flow ngan elok la.. takde sekat mana2… Alhamdulillah, lepas tu bengkak tu kurang la… tapi, sakit tu memang tahap gaban lah (terpaksa tahan la sikit ye)… tapi dari segi positifnyer, lama2 sakit tu kurang lah jugak…

      Missy tu pesan… pam setiap 2-3 jam… and make sure sampai B tu lembut (walaupun nampak susu dah tak keluar)… kalau rasa cam sakit lagi, rest sekejap, tuam ngan towel/botol panas (or mandi air panas pun ok) nak bagi lega…

      Lepas pam/B-feed, kalau ada rasa sakit/bengkak jugak sebab dok meramas cam nak rak tu, tuam ngan towel sejuk pulak… Insya-Allah tak sakit lagi…

      Hope this helps.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge