Tag Archives: petua tambah susu

Foremilk dan Hindmilk

Apakah foremilk dan hindmilk?

Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

foremilk hindmilk

Gambar di atas adalah foremilk (kiri) dan hindmilk (kanan) yang saya dapat pam. Hindmilk tu sikit je sebab masa tu Danny dah menangis so saya kenalah berhenti. Perhatikan perbezaan antara susu yang keluar semasa kita mula mengepam dan yang keluar bila dah lama sikit. Nampak kat situ kan foremilk lebih banyak, bukannya tak balance tapi sebab kena berhenti mengepam so tak dapatlah banyak hindmilk-nya.

Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni? Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.

Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak.

Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak). Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:

  • Bayi selalu meragam
  • Bayi kembung
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Bayi tak kenyang
  • Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  • Bayi kerap sangat berak

Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

  • Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
  • Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
  • Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

  1. Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
  2. Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
  3. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
  4. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
  5. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Jadi ibu-ibu terutama ibu baru, jika menghadapi masalah2 seperti di atas, periksa penyebab seperti yang saya senaraikan, adalah antara penyebab tersebut yang ‘kena’ dengan anda. Jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, berat badan tak naik, poo-poo hijau… bukan tanda susu tak cukup tapi foremilk anda mungkin terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat dapat hindmilk, perut dah penuh.

Dapatkan set penyusuan special, Triple M dengan hanya RM250 beserta tips istimewa tambah susu. Hubungi saya di mommy[at]fahry.net sekarang!

Testimonial Set B & ESP from Sis Fazillah

Testimonial set Breastfeeding (B) dan ESP ni saya ambil dari email yang dikirim oleh Sis Fazillah. Saya masih ingat hari pertama Sis Fazillah mengambil set ini, katanya tiada apa-apa perubahan. Namun saya meminta beliau bersabar kerana vitamin Shaklee adalah bahan2 natural dan tidak mengandungi dadah, jadi ia tak bertindak secara spontan dengan tubuh kita, sebaliknya memerlukan masa.

Ada orang mengambil hanya sedikit masa (seperti Nurul yang hanya dengan sekali pengambilan, mendapati susunya berubah menjadi kekuningan dan pekat) dan ada orang makan masa berminggu. Ia bergantung kepada sel2 dalaman tubuh kita.

Salam lyna..

huhuh pekbr arini??arini awak tau nk update perkembangan susuibu akak..

hahaha dgn gumbirenye

10.30am – 4oz

2.00pm-3.5oz

4.30pm-huhuh blum lg..

wpun takdela smpi berbelas kan…but for akak syukur sesgt..dulu awak tau akak pump 3kali penah dpt hanya 5oz je..

but now mgu nie da naik n senang2 akak dpt 10oz bawak balik umh..syukur alhamdulillah..dulu penah sekali pump hnya 1oz…

nk nanges je time tue.

n perubahan ketara rambutku yg mcm ade sakit leukimia selepas bersalin dah berkurangan penggugurannya jatuh melayang ke lantai

dan membuatkan suamiku tersenyum sbb tkyah tgk sana sini sinun rambutku berselerakkan n lanie tak sapu umh 2hari pun suamiku tak perasan… alhamdulillah..

~k.fazillah!~

Syukurlah, happy for her. Saya tumpang berbahagia bila ibu-ibu yang mengambil apa-apa produk dari saya member feedback yang menggembirakan dan mengujakan.

Namun, ada juga yang mengalami healing crisis, ia adalah perkara biasa apabila mengambil vitamin, terutama kalo tak pernah ambil vitamin sebelum ni. Umpama tiba2 dapat makan dengan jumlah yang banyak, silap2 boleh sakit perut. Ianya boleh diatasi dengan mengambil lebih banyak air minuman dan berdoa serta sabar.

Antara orang yang mengalami healing crisis ialah suami saya sendiri. Langkah mengatasinya adalah dengan menambahkan kuantiti air yang diminum.

Sekali lagi saya kepilkan susu perahan Puan Nurul yang kelihatan enak dan penuh nutrisi.

IMG00386-20100716-1722

Sebelah kiri : susu ibu tanpa set Shaklee, Sebelah kanan : Susu ibu dengan set Shaklee

Ini pula susu perahan adik buah saya, Hadha.

susu hadha

Yumm yummm nampak sangat sedap!

Mereka dah merasai perubahannya, anda bila lagi?