Saya baru nak menulis tentang Faris Nur Daniel yang mengidap barah darah (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis) atau HLH, sejenis penyakit bilamana histiocytes dan lymphocytes iaitu jenis2 sel darah putih yang bertindak menjadi ‘pengawal’ jangkitan terhadap tubuh, menjadi banyak dengan tiba2 dan mereka ni pula yang menyerang tubuh.
Tapi pagi ni mendapat berita..
======================
Khamis, Februari 23, 2012
FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA … AL-FATIHAH
“Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital’
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.
Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.
Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.
Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.
========================
Kisah Arwah Faris agak dekat dengan keluarga saya, arwah bapa mentua saya mengidap ALL (Acute Lymphoblastic Lukaemia) yang ada kaitan dengan HLH juga.
Keadaan arwah bapa mentua saya lebih kurang dengan arwah Faris, tambah2 lagi Arwah Faris yang masih kecil… Membuatkan hati mana2 ibu berasa sebak.
Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat Faris, dan keluarganya semoga mereka tabah menghadapi situasi ini.
Selamat jalan Faris Nur Daniel…
Wajah syurga…
Leave a Reply