Insya-Allah pada 8 Mei ini kami akan mengadakan upacara pelancaran FAMEkids, sebuah kumpulan sokongan yang diasaskan oleh kami berdua (Lyna & Watie). Berinspirasikan anak-anak kami yang istimewa, Fahry dan Zayra, timbul rasa ingin berkongsi kegembiraan dengan ibu bapa lain di luar sana, terutama mereka yang baru dikurniakan anugerah ini. Mungkin kami berdua bernasib baik kerana anak-anak kami cuma mempunyai keistimewaan dari segi fizikal, lain2 mereka normal dan tidak perlukan penjagaan yang rapi. Namun istimewa tetap istimewa, di masa depan nanti siapa yang tahu, zaman sekarang ini pun tidak banyak peluang yang terbuka untuk golongan istimewa fizikal ini.
Oleh itu kami mahu mewujudkan jatidiri di kalangan anak2 istimewa, terutama yang istimewa dari segi fizikal, agar mereka tak merasa rendah diri, tak merungut, malah berbangga dan sangat bangga dengan diri mereka. Dengan keistimewaan yang mereka ada, mereka boleh menuju ke puncak, dan bukan sekadar puncak picisan, malah puncak yang benar2 puncak.
Untuk menjadikan mereka ini wira, ibu bapa mereka terlebih dahulu perlu menanam perasaan wira dalam hati 🙂
Maka wujudlah FAMEkids, insya-Allah semoga FAMEkids menjadi medan perkongsian, bukan sahaja untuk meleraikan sendiu di hati, malah tempat untuk mencorakkan hati-hati kita menjadi insan yang super hebat.
Sertailah FAMEkids di FaceBook.
Jom bersama2 kami dalam Pelancaran FAMEkids sempena Ulangtahun Pertama Wisma Bling Lustre pada 8 may ini di Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong.
Map ke Wisma Bling Lustre, Puchong.
Leave a Reply