, ,

Fahry Sekuat Tiger!

admin Avatar

Fahry adalah tidak boleh makan biskut Tiger di taska kerana cikgu kata manis sangat. Jadi Mommy kasik bawak biskut jagung dengan biskut tawar saja 😀

Tapi walau bagaimana pun Fahry adalah sekuat tiger. Sebab Fahry pandai buat bunyi tiger “Auumm” dan semua binatang pun bunyi macam tiger termasuklah cat, chicken, duck, etc. Hehe. Kerana Fahry adalah menyokong kepada usaha untuk menjaga tiger daripada pupus.

tiger blog fest

Fahry bukan aje dah pergi visit tigers di Zoo Negara, tapi juga mempunyai semangat sekuat tiger!

Apakah?

Ya, Fahry mempunyai sifat2 seperti tiger.

1. Berani

fahry 1

Berani berjalan dengan kaki plastiknya. Dia tak kisah tak balance ke, nampak pelik ke tapi itulah dia kaki Fahry yang mahal ittew~ Doktor suruh dia jalan pegang tangan Mommy tapi dia pegi tolak stool yang ada tayar tu. Lajuuu je, kita yang takut tapi dia rilex saja. Terkejut Dr Taayah. Dia tak sangka Fahry dah ‘boleh jalan’.

2. Optimis

fahry 2

Walaupun beberapa kali nak terjatuh tapi tetap jugak teruskan langkah. Ye la, mana ada benda buat sekali terus perfect. Thomas Edison pun buat 1000 kali eksperimen baru jadi mentol lampu woo.

3. Empati

fahry 3

Fahry dapat menyelami jiwa kami yang sayangkannya dan mahu dia berdikari kerana kami takkan selamanya boleh menjaga dia. Kerana itu Fahry adalah premature baby yang jarang sakit, kalau demam pun 37.5 degree, kemudian OK. Fahry kuatkan semangat untuk tunjukkan pada kami dia boleh jadi setaraf dengan budak2 lain yang sempurna sifatnya.

4. Dinamik

fahry 4

Fleksibel dan senang diurus. Itulah Fahry. Dia tak kisah kalau Mommy tak ada, janji ada orang bersama dia. Bila tinggal di taska, Fahry takde nangis2. OK aje. Janji tempat yang selamat dan ada gadis 😛

5.Garang dan tegas

fahry 5

Siapa pernah jumpa Fahry… kalau yang gadis2 cantik mungkin dia tak garang. Hehe. Tapi dia sebenarnya… Sekarang dah pandai ‘bertekak’ dengan abang. Kemut jugak, padahal bukan barang dia, LOL. Pandai sorok2 henpon Mommy la, henpon rumahla…

Dia suka explain tentang sesuatu benda dan kita kena kasik respon sambil puji2 sikit. Kalau tak, siapla kena marah. Ada bakat jadi cikgu besar.

Haaa kan betul Fahry macam tiger.

Oh kenapakah samakan Fahry dengan harimau? Ye sebenarnya entry ini adalah untuk Tiger Blogfest 2010. Apa jadahnya Tiger Blogfest ni?

The Tiger Blogfest 2010 is a week in April where bloggers blog about the need to protect our tigers. It is an avenue for the blogging community to contribute towards protecting our national heritage. It is purely voluntary. It is not a competition, there are no prizes. It is simply bloggers expressing concern for our tigers aimed at raising awareness about the need to protect our remaining tigers. The target is to get 100 blogs to participate.

OK jadi ini bukanlah satu contest atau advertorial (eh.. macam adaaa :P) tapi saling kesedaran bahawa harimau sekarang ni sedang mengalami kepupusan. Antara sebabnya ialah pemburuan haram untuk mendapatkan anggota2 harimau ni. Sebab lagi ialah ‘pencerahan’ hutan yang menyebabkan kawasan habitat mereka dimusnahkan. Kesian kan? Belum masuk yang kena tembak sebab serang manusia.. tapi kalau bukan sebab kita kacau tempat tinggal diorang, diorang pun tak buat kacau.

Sebenarnya saya nak ajak anak2 buat craft harimau, tapi Hafiy taknak, dia nak CAT. Huhu. Bolehla.. satu family je.

Sebut tentang harimau, saya ni suka juga baca tentang harimau. Sebab watak dia yang misterius.Ala2 waris jari hantu gitew~ Harimau ni ada banyak jenis:

  1. Harimau Siberia (Panthera Tigris)
  2. Harimau Sumatra
  3. Harimau Caspian
  4. Harimau Benggala
  5. Harimau Cina
  6. Harimau Muda. Eh bukan, ini benda lain hehe.

Harimau mistik pun ada juga. Kalau kat Kelantan dipanggil Hala. Waris jari hantu~ Hehe, tak habis2.

Semoga semangat harimau dalam diri Fahry terus membara ye. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang piutang nama.

Tugas menjaga harimau ni mungkin jatuh ke tangan Fahry, siapa tahu Fahry jadidi ketua power renjer ke nanti (tapi renjer jaga harimau ke? :P)

Semoga anak cucu Fahry nanti pun masih berpeluang nak tengok harimau secara live, bukan macam kita sekarang dah tak boleh nak tengok burung dodo kecuali dalam buku je. Tu pun lukisan je, isk3x.

fahry 6the rock

Ada sama tak?If you can smell… what Fahry is cooking!

“The tiger is our national animal. Our heritage. But today only less than 500 of them remain in the wild. As Malaysians, we need to stand up and protect our heritage. Speak to your children. Speak to your leaders. Everyone of us can make a difference. For further information, please visit MYCAT (www.malayantiger.net), WWF Malaysia (www.wwf.org.my) and Department of Wildlife & National Parks (www.wildlife.gov.my)”

admin Avatar

17 responses to “Fahry Sekuat Tiger!”

  1. Little Mama™ Avatar

    fahriy adalah tiger yang sangat hensem!

    i’m also a tiger.. mak tiger.. lahir tahun tiger maah…ha..ha
    .-= Little Mama™´s last blog ..Little Mama’s Love Boutique In Progress =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      patutlah GANAS macam tiger hehehee

  2. lydzar Avatar

    hahah ada iras la lyna mereka berdua tu!!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahaha

      bertuahnya aku anak aku muka macam faveret wrestler!

  3. syida Avatar

    Let’s save our tigers!…jgn sampai anak cucu nanti tak kenal harimau tu ape, kan? YEAY for mommy lyna!! ur lil’ tiger is so cute and may he grow up with all the positive tiger qualities 🙂

    p/s: jgn jadi tiger woods sudahhh…hehe
    .-= syida´s last blog ..Kisah Kerusi Tayar =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jadi tiger woods part yang berjaya & kaya tu takpe kan? 😀

  4. QueeNin Murni Avatar
    QueeNin Murni

    ahahah..sebijik muka fahry n the rock..

    best best!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha
      seronoknyaaa!

      *over mak ni

  5. Ealyie Avatar

    Mommy,
    sila beli kasut yg umphh utk Fahry! 😉
    .-= Ealyie´s last blog ..Grrr.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kasut dia.. susah sikit sebab kene special shoes. aku kene pergi menjelajah di serata kedai kasut.

      takkan nak tempah jugak kan? oh special sungguh kamu ni. kaki tempah, kasut tempah. hehe.

  6. chekna Avatar

    ggrrr…….go..go..go.. fahry!!! kecik2 pun cute cam the rock, besar sok mesti hensem cam brad pitt!!

    betul3x..jgn jadi cam tiger woods ye..
    .-= chekna´s last blog ..si comel insyirah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wahahahaha

      kalo hensem macam Brad Pitt nanti fahry kata “tengok kaki ler” hehehe

  7. mommy nadia Avatar

    so proud of u my dear Fahry!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry said : I’m proud of you too Aunty 🙂

  8. temp. housewife Avatar

    Fahry ada iras2 The Rock.
    .-= temp. housewife´s last blog ..The downside of depending too much on modern communication tools. =-.

  9. joolee Avatar

    Just dropping by in conjuction with the Tiger BlogFest. Good job. Your Fahry is a cutie pie.

  10. hazmona Avatar

    gigihnye kamu fahry.. n comey! =)
    .-= hazmona´s last blog ..Generasi Hebat =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge