Kami sekeluarga baru saja menamatkan percutian percuma bayar RM80 selama 2 hari 2 malam di hotel Prince Court Medical Centre.
Percutian bermula apabila Si Fahry demam tak kebah2 walaupun dah makan ubat Dr Altaf, dan sehingga jam 11malam tanggal 28 Jun 2010, akami sepakat membawa beliau ke ER Prince Court. Jauh kan? Apsal tak pegi yang dekat2 je? Entahlah, maybe sebab dah biasa dengan spital ni, dah tau prosedur dia dan rindu pada makanan yang sedap2 LOL (ini keji).
Masa bawa ke ER tu Fahry baru sejam diberi ubat bontot, cek temperature, 38.3 degree kau! MO yang bertugas check dada dia, ada wheezing. So antar ke observation room untuk cek darah dan buat x-ray.
Seperti biasa anak2 Mami yang kuat ini memerlukan paling kurang 3 orang, eh 4 orang termasuk Mami untuk memegangnya semasa proses ambil darah berjalan. Misi2 sumer cakap “Kuat betul dia” Tengok bapaknya la, kata Abiy sambil kembang hidung.
Lepas ambil darah, pegi x-ray. Pun sama jugak.Kena ambil 2 kali sebab Fahry restless. Kali pertama tangannya termasuk dalam gambar dan instead of x-ray dada jadi x-ray tangan huhu.
Selepas result keluar ada jangkitan kat paru-paru so confirm kena admit. Dulu Fahry pernah admit kat Hospital Miri, kena pneumonia jugak. Patuitla demam tak kebah2, ada jangkitan rupanya….
Sapa yang sakit sebenarnya ni?
Fahry agak over sikit. Hafiy pun pernah masuk wad juga, tapi redha aje dengan jarum drip kat tangan dia. Fahry ni siap sebelah lagi tangannya kena balut sebab dia nak bukak. Itu pun dia goncang2 tangannya supaya jarumnya tu tercabut. Memang sungguh betul sebab bila nurse masukkan ubat, tak masuk. Sekali jarumnya dah lari.. Maka diorang pun terus buang saja benda untuk IV itu.
Fahry selepas jarum IV kena buang. Tangan kiri berbungkus untuk membantutkan usaha membuang jarum tu, tapi terbuang jugak akhirnya. Memang hebat.
Mommy, tengok tangan Adik ni sakitlah. Ek en na…
Ini adalah sofabed, tempat Abiy melabuhkan tirai. Satu malam caj RM80. Esoknya kami bawa toto 😀
KLCC view dari wad Fahry.
Fahry menerima rawatan, kena nebulizer setiap 4 jam, dan makan antibiotik. Dramatik sungguh kalau nak beri ubat. Nampak Misi masuk dah geleng2 kepala dah.
Kat wad kanak-kanak ni ada tempat mainan yang boleh kata best la. Hafiy setiap masa asyik nak pegi situ je. Saya pun suka sebab ada magazine. Saya kan ulat buku (piiirahhh!).
Hafiy ajak main pondok-pondok
Banyak jongkang-jongket
Konon pandai kira la tu hihihi
Fahry? Aduh, tak macam orang sakit. Demam2 pun aktif, cuma kurang sikit la.Tapi takdela melepek. Panjat gelungsur sendiri, turun sendiri. Tapi mula2 tak berani. Kena tolak dengan Hafiy baru dia turun. Muka cuak tapi pastu gelak2 🙂
Kat bilik duk turun naik kerusi,
Mula-mula turunkan satu kaki
Kemudia satu lagi kaki… Eh, mana kakinya? 😛
Yeahhhh!
Pastu jalan pakai lutut sebab Mommy lupa bawak prosthesis T_T
Makanan kat Prince Court memang superbb sedapppp especially lai ci kang dia memang best in town 🙂
Semua tempat saya order lai ci kang takde yang sedap macam kat sini
Beef steak. Fahry nak makan sayur & mashed potato je. So, sape nak makan steak selain Mami kan? 😀
Apple crumble ohh sedapnyaaaa
Aktiviti-aktiviti budak kecik dalam wad:
M : Cat bunyi?
F : Arrrrrrhhhh~
Bang Hafiy buat ape tuuu
Latihan lontaran suara
Tidur gaya rileks
Tido ke buat2 tido sebab taknak makan ubat?
Makan roti ke main roti?
OK, memang makan 🙂
Watching TV while reading
Main sorok-sorok
Cak!
Yum yum….
Weng kan mak ni. Orang lain anak masuk hospital sikit punya risau, siap nangis2 masa anak kena inject amik darah. Mak bole gembira dan bergelak ketawa. Masuk hospital macam pegi bercuti.
OK, duk kat spital camni bole la lepak2 bergumbira. Makan sedap. Internet laju 😀 Misi sumer baik2 ramah2. Yang penting kat bawah ada tempat yang best untuk habiskan duit yang mana ada. Oh dan juga satu family boleh datang berkampung. Siap ramai2 tidur atas katil pesakit pun takde sapa nak marah. Cuba masuk spital macam kat M**i dulu tuh. Stressssssss!
Leave a Reply