Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung

admin Avatar

Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).

Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.

Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.

Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.

admin Avatar

43 responses to “Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung”

  1. NaDiaH SiDeK Avatar

    .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Ke People’s Health Center =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna
  2. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    tulah,mulut nak kena jaga setiap masa bukan lepas dah mengandung terus je mulut macam laser..

    sama la dengan bulan ramadhan,,time tu aje la rajin pergi masjid,buat tarawikh padahal itu sunat sahaja,solat wajib 5 waktu takmo pula pegi masjid..

    p/s::ok dah start membebel…lalalal

    nice entry though kak lina 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      setuju ngan Dila!

      yg bulan Ramadhan tu mana tak nak pegi.. heboh pasal pahala terawikh yang sangat WOW! kalah pahala Nabi! siap boleh kutip pahala nabi nabi nabi nabi lagik. hehehe. dah2 la kan.

  3. babycomel Avatar
    babycomel

    nice n3 lyna

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna
  4. Nur Avatar

    Salam Lyna,
    mmg betul..kalu diamalkan lg bagus kan?tp bila terhenti 2 bulan tu, terus momentum menjunam terussss…

    bdw, amik award kt umah akak ok..
    .-= Nur´s last blog ..Award from IbuKauthar.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam kak Nur,

      agaknye sebab tu pahala orang berkawen & pahala ibu berganda2. kan?

      alamak belum lagi tempek award!!!

  5. sya Avatar

    salam lyna,
    betul tu… sepatutnya amalan tu perlu di buat sebelum, semasa dan selepas bersalin.. dah bersalin lagi lah kena banyak buat amalan, ngaji, zikir dan sebagainya… sebab masa tu, anak dah boleh nampak dan ikut apa yang kita buat… jadi, semua perbuatan kita kena perlu dijaga..
    .-= sya´s last blog ..suatu petang yang nyaman… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      rasa macam berjihad betul nak konsisten lepas ada anak ni kan. lagi2 bila anak dah bertambaaah hahahaha.

      pesanan untuk adik2 remaja : banyakkan beramal!

  6. Hanz Avatar

    Antara petua orang Yahudi lahir anak bijak masa mengandung:-
    (terima kasih kepada Watie @ GeniusQarissa kongsi artikel ini)
    ** Ibu mengandung buat soalan matematik banyak2….
    Secara kebetulan, masa me preggie 2ndtime, not working, dok tutor Maths & English kat anak2 buah sebelah hubby, sambil2 slalu buat Art & Craft ngan diaorang…rasa grateful i did it secara kebetulan..semoga dimakbulkan & diberkati..
    .-= Hanz´s last blog ..The Settled Baby : Four to Twelve Months =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amiin

      untungnya kalau cikgu/lecturer Math/engineer yang hari2 buat kira2 kan. hehe, hari2 buat math.

      (eh aku pun engineer jugak tp nape tak buat math?)

  7. aidie Avatar
    aidie

    kena jaga lidah, perlakuan especially to our hubby. actually kita boleh amalkan those surah gak masa tgh pump susu 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yes!

      & boleh amalkan setiap hari di mana2 jua. kan?

  8. defina Avatar

    Salam Lyna,
    Saya sering disarankan oleh ramai orang untuk memperbanyakkan doa Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan ketika mengandung dulu, juga untuk amalan harian selain daripada apa yang terdapat dalam entry Lyna di atas tu. Doa baginda ” La ilaha illa anta, subhana ka inni kuntu mina zolimin…”
    .-= defina´s last blog ..Alkisahnya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam defina,

      ha, termiss pula. TQ!

  9. calla Avatar
    calla

    salam tuan blog,

    adakah amalan membaca surah2 tertentu itu adalah ajaran dan anjuran daripada nabi saw? jika ada, apakah bunyi hadisnya?

  10. noor azura binti hamdan Avatar
    noor azura binti hamdan

    salam,sy ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak yg bakal dilahirkan pd bulan 5 ni.tp kadang2 sikap sy terlalu byk yg tak elok dr yg elok.adakah masih sempat lg untk sy bertaubat?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Azura. Tahniah atas title ibu yg bakal dipegang nt. There’s no too late to do good things, insya Allah. Selagi nyawa belum sampai ditenggorok 😉

  11. omei Avatar
    omei

    salam,kwn2 slalu berkata benda yg menyakitkan hati sy semasa sy sdg mengandung……adakalanya mereka berkata “jgn minum air dlm botol,nnt ank mulut luas””jgn pakai seksi2 nnt ank seksi””jgn mls buat kerja nnt nurun kat anak”semua 2 buat sy tertekan & sakit ht,,,,

  12. […] dan doa yang boleh diamalkan semasa mengandung yang saya peroleh dari blog sahabat kita babyibu dan mysuperkids adalah […]

  13. hafizah sakmi Avatar
    hafizah sakmi

    alhamdulillah..sy cekgu maths…maths murid2 upsr..hari2 mgira..membilang…smoge bakal anak ibu leh jadi pakar maths ya =)

  14. Melayukuhebat Avatar

    Sangat berguna buat ibu yang menagandung..terima kasih admin

  15. jaka Avatar

    terima kasih, doanya sangat bagus dan bermanfaat….

  16. aishahnikdaud Avatar
    aishahnikdaud

    amin… amalan yang sdikit diistiqomahkan lbih disukai Allah dri amalan skali buat tinggal… InsyaAllah AZAM!!!!

  17. Zahashim Avatar
    Zahashim

    Alhamdulillah sy kini hamil anak ke2.sy xpndai math tp suami expert coz hes an engineer.sy ustazah bhsa arab&ana uhibbu lughoh kasiiron.(sy sgt minat belajar bahasa) kongsi Sdkt sbyk ilmu yg Ada ms preggy ni.klu Bole,khatam at least 1bji alquran spjg khmln(lg byk lg bagus)& bykkn mmbca Surah piihan.watch ur words,behavior,bkn sj smsa preg tp spjg tempoh mmbsrkn ank coz u r their mirror.my 1st baby now 3yrs & i could c his tAlent& knowledge based on what I’ve teach&show him evrydy..syukur.hes a very good boy..

  18. hanakhairi Avatar

    blogwalking….follow me yaa

  19. jufarahdora Avatar

    ni surah apa ye……

    bismillah hilladzii laa yadhurru maas mihi syaiun fil ardhi wa laa fisamai wahuwas samiul’alim

  20.  Avatar

    Sukhdev, I do not know books which are good for Indian Economics
    at the MA Level.

  21. ida Avatar
    ida

    saye mengandung dah dekat 10 minggu.. kdg2 sy demam n selsema..bley ke mkn ubat panadol atau sebagainye…

  22. mommy eira Avatar
    mommy eira

    saya teringin nak anak,tapi dtg bulan saya tak teratur setiap bulan,kadang-kadang dtg kadang2 tidak..saya buntu apa yg harus saya lakukan???tak kan saya harus bergantung pada ubat hospital semata-mata..sampai bila…tlg la saya

    1. mimey ben Avatar
      mimey ben

      nmpk nye eira kne lkukan ssuatu bgntung pda ubt je tu pon cm x bgus sgt..

  23. […] Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung mysuperkids.net/doa-semasa-hamil-dan-amalan-semasa-mengandung/ […]

  24. Nooraini Binti Mohd Saupi Avatar
    Nooraini Binti Mohd Saupi

    sya skrg prenang 3bln

  25. mimey ben Avatar
    mimey ben

    smekom. .skg sy da preg 5bln..n sy rse tkut ble da dkt mlahirkn nty..

  26. syaz Avatar
    syaz

    ada ustaz kata kalau masa pregnant jgn makan byk sangat asam, nanti anak jadi sensitif. ada betul la jugak coz anak sy no.2 agak sensitif, asyik nak bunyi je. dari dlm pantang memang sensitif, tp skrg umur 1thn ++ dah berkurang. mungkin sebab dia menyusu badan 100%,so manja lah sikit. apa pun semua itu kuasa Allah.

  27. saffa Avatar
    saffa

    slm.mommy eira jgn trlalu trtkn ya. sy 2 thn lbih khwin tp blm ngandung lg tp kt x blh brhnti berusaha.cuba berurut dll asalkn x melanggar hukum agama islam. smoga Allah SWT mengizinkn kt utk mempunyai zuriat suatu hri nti.

  28. […] Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung […]

  29. […] Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung […]

  30. […] 1000 kata kata mutiara bijak inspiratif semangat motivasi, Kata kata mutiara perpisahan kata kata bijak berhubungan perpisahan. baik perpisahan antara anak tua, suami istri, antar. http://katamutiarabagus.com/page/9/ Pengalaman bersalin anak pertama hospital kerajaan, Pengalaman bersalin setiap kelahiran berbeza walaupun daripada ibu sama. nak bersalin hospital kerajaan ni, perlulah buka buku pink klinik. http://www.butiksihatcomel.com/2015/10/pengalaman-bersalin-anak-pertama-di.html Doa semasa hamil amalan semasa mengandung, Doa semasa hamil amalan semasa mengandung. antara petua yahudi lahir anak bijak mengandung:-(terima kasih watie @ geniusqarissa kongsi. Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung […]

  31. […] kita, semasa mengandung mengamalkan petua, bukan kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah bayi . Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung Icefilms.info – globolister, <div […]

  32. […] Kata-kata hikmah | motivasi | mutiara kata – saljuhumairah, Mutiara kata kata-kata nasihat penting kita . kata-kata bermanfaat menjadi sumber inspirasi kehidupan kita samada rumah tangga. http://www.saljuhumairah.com/2012/02/himpunan-koleksi-kata-kata-hikmah.html Mutiara kata, madah kata, kata-kata hikmah, “ baik jarang mengaku jahat, tapi jahat seronok mengaku baik.” “ kita berjaya memotivasi diri sendiri, hebat, tetapi andainya kita . Mutiara Kata, Madah Kata, Kata-Kata Hikmah Doa semasa hamil amalan semasa mengandung, Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung mengamalkan petua, bukan kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah bayi . Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge