Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung

admin Avatar

Recently we are discussing about pregnancy.. how to get pregnant quickly… etc. lah. The ‘we’ are my group of friends who call ourselves as ‘KGB’. So I just wanna share some excerpt from our discussion:

Norm (bukan nama sebenar):

"saya ade masalah sikit sebenarnya nak dapat baby..huhuhuhu.. saya kene makan ubat utk besarkan ovum saya..kalo tak kecik jek..so tak boleh ler jadik baby
Hari tuh dah makan ubat..lepas tuh saya stop..sebab ubat tersebut membuatkan saya hilang selera makan..mane boleh…

Saya dah makan clomid + (metaformin)..baru telur saya besar.."

TJ (bukan nama sebenar):

"penyakit telur kecik ialah dinamakan polycystic ovarian sydrome (PCOS). ini disebabkan hormon (LH + FSH) yg tidak stable dlm diri anda. kemungkinan disebabkan hormon lelaki yakni (testosterone) terlalu byk menyebabkan telur tidak matang ataupon disebabkan berat badan yg berlebihan kerana badan menjadi insulin resistance.
cara untuk mematangkan telur ialah dgn memakan clomid. clomid ini berfungsi untuk mengelirukan body dgn menutup impulse tertentu dan menyebabkan body merasakan estrogen tiada dlm badan. bila ini terjadi, body akan mengeluarkan hormon LH + FSH dgn kadar yg banyak. so telur pon bleh membesar.
clomid tu bole dimakan dlm mase 3-6 bulan sahaja. sbb success rate die mase awal2 je. lepas 6 bulan kene stop."

Yatt (bukan nama sebenar):

"Saya dulu pun lambat jgak dapat baby. Mmg berdebar jugak la mula2 tuh.
Skali saya plak kene period pain yang kerap lps saya nye 1st keguguran.
Before that saya mmg tak penah ada period pain.
Dalam keadaan pelik2 tuh saya ajak husband gi jupo specialist.
Doctor suspect saya kene endometriosis. So, die kata kene buat laparoscopy untuk determine betul ke ada endometriosis. Doctor nak bg saya ubat hormone sbb dio napok saya mcm beria sangt nak pregnant.

Padahal doktor kata standard lah, berapa % tah akan mengandung automatic lps kahwin.
Certain % lg tuh after 2 years kahwin. Nothing to worry.
Duk fikir2, saya mls nak buat perubatan moden ni, saya gi jupo dengan doctor homeopathy dekat Kepong tak silap.
Lps make ubat doc tuh dlm masa sebulan and after saya balik satu activity sukan2 yang kompeni buat ni then saya pregnant.

Kronology of events dia,  makan ubat homeopathy-> main sukan-> sakit urat-> berurut.

Actually exercise penting untuk increase kan hormone orang perempuan nih. Kalo tak exercise hormone testosterone akan lg bnyk dr hormone wanita.

Yang ke-2 nya berurut pun penting jgak, sbb die bleh baiki perjalanan darah and betulkan urat2 kita.
Kalo nak makan ubat hormone bleh je. Tp nya, kene pk jgak, kalo makan ubat hormone selalu long term effect die kene breast cancer.

Mula2 saya tak tahu. Tp masa gi jupo doc homeopathy ada kakak ni kene breast cancer. Dia kata sbbnya die makan ubat hormone sekian lama psl problem nge period dia. Dia kata makan ubat hormone memang every 4 months kene gi buat mammogram. Selama dok buat mammogram tuh takde nampak apa2.

Skali masa MAKNA pegi wat check up free kat tempat dia, doc kata die ada breast cancer mcm peringkat teruk dah. Sian kakak tuh, die tak nak operate dulu nak try homeopathy. So, saya tak tahu la jd ke tak.
Masa saya pregnant dulu, early pregnancy until 4 months kandungan saya, saya dok bleeding je. Doc bg saya makan ubat hormone untuk kuatkan rahim.  Skali saya terbaca dkt phamplet dlm kotak ubat tuh, dio kata kalo lepas makan ubat tu rasa lain mcm dengan breast dio suruh buat mammogram.

Kesimpulannya, jgn makan ubat hormone. Try la biodex.
Kawan saya ada cyst dlm rahim die, lps operate buang die make biodex. Pregnant dapat baby dah sekarang ni"

TJ:

"Masalah period yang sikit di kaitkan dgn irregular period cycle.Itu bermakna ovulation jarang2 berlaku. Ovulation selalu berlaku pada hari ke 14 kitar haid bermula jika cycle period awak tetap 28 hari. Kalo tidak tetap, cara mengira hari ovulation awak ialah ia berlaku pada 14 hari sebelum next period datang. For example, kalo kitar haid 35 hari, hari awak ovulate ialah 35-14=hari ke 21.

Orang yg irregular period ini biasenye susah nak pregnant sebab tak tau die ovulate ke tidak. Huhuhu

Ovulation ialah process di mana follicle (telur) yg matang pecah dan mengeluarkan ovum. Setiap bulan akan ada satu follicle yg terbesar yg akan pecah pada mase ovulation.

Kalo kite makan clomid, potential untuk dpt anak kembar meningkat 10% sbb ada banyak follicle yg pecah kuar ovum. "

Norm:

"Salah satu cara utk orang2 irregular cycle adalah monitor BBT…yang nih ade budak tempat keje I buat  and Berjaya ler..sebab dia pon style irregular period "

Scha (bukan nama sebenar):

"Saye pun lmbt pregnant..tp mase tu x pressure sgt mungkin sbb geng2 lain pun x kawen n blum ade anak lg.. Tp lama2 cuaks jugak…huhu..

Lebey kurang nak dekat setahun after kawen, kitorg decide nak gi check..after setahun tau..sbb kitorg pk timing kitorg jumpe mungkin x kena dgn my ovulation time..mase tu kan saye kt LBU, en suami kt KRT..jumpe 2 minggu skali..kekadang tu saye period, so tiada ape2 yg berlaku..hehehe

Kt LBU xder specialist, so kitorg gi GH jek..tp xder rezeki nak check sbb ape tah..dia suruh dtg next week nye tu plak..sebelum tu, saye dah start minum ape tah air tu..utk detox..yg nak bg senang berak tu..nak bg cepat hadam makanan tu..sbb hubby saye suke minum, seanng nak ‘melabur’ katanya..saye x pernah minum..tp saye beli jugak..yg mmg khas utk perempuan..sbb bace kt pamphlet dia, ‘bole atasi masalah kesuburan..’

Saye dah amalkan sebulan..kirenye hampir nak abis sekotak tu..satu sachet sehari..by the time saye nak  pegi balik ke GH utk check tu, saye rase sesuatu kelainan ..mcm period saye dah lama x dtg..hahhaah..so saye check, dan Alhamdulillah, saye confirm pregnant. Saye pun x jadi gi GH dan terus stop minum air detox tu sbb takut dia detox skali baby saye..hehehe

So moral of the story..saye rase, mungkin dlm badan saye ader benda2 yg menghalang percantuman ovum dan sperma itu..wahh gitu..walaupun x terbukti secara scientific kena mengena salur penghadamn dan tmpt peranakan, tp saye rase mesti ader sbb nape lepas saye minum detox tu baru ‘lekat’. Mungkin kebetulan, wallahualam..

Jz sharing kot2 ader yg nak cube..tp saye x igt la ape nama produk tu..dia ala2 Bidadari, Sendayu TInggi, etc..

Oh yea..pasal exercise tu, btul jugak kot..sbb saye pregnant selepas aktiviti wall-climbing & berbasikal separuh pulau…"

Hasn (bukan nama sebenar):

“Sy skarang pun ada masalah ngn telur yg xmatang… Pernah mkn clomid gak… Tp doktor ckp mcm xmenjd je… So dh stop… Supposedly kena amik last clomid tuk last session, tp bz lak n xsempat nk follow up…. Sy lepas miscarriages ari tu jd period yg xmau kuar…. Jd mcm segaris je kat liner… Pastu g jumpe doktor, die bg duphaston tuk force period kua… Huhuu… Pastu period byk laa… Skang dh x follow up…. Tp btul laa … Possibility tuk dpt twins 10% ble amik clomid…. Sy ari tu ada 2 gak… Tp nk wt camne lom ada rezeki…. Ada membe sy dpt twins gak..  if nk try leh gk… Hehehe…

Nasihat sy laa kan… If nk amik clomid or apa2 ubat tuk subur, mental ngn fizikal kite kena ready… Xleh tensi2… Skang ni sy kena control emosi… Kdg2 tension keje yg buatkan kite nye hormon x stabil…. Haha… Tp nk control tu susah… Ada org ckp amik habatussauda pun ok gak… Mcm kopi goji… Wallahua’lam….”

—————————–

These 2-3 days in the radio dok dicuss pasal pembuangan bayi. Yang dah sah nikah ni sikit punya kepingin nak anak, yang belum nikah buang anak sana sini. Apa kata kasik diorang ni makan ubat hormon je 😀

admin Avatar

87 responses to “Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung”

  1. nmg Avatar
    nmg

    bersukan adalah yg terbaik… sangat membantu..

  2. susan bukan nama sebenar Avatar
    susan bukan nama sebenar

    sakit bile dimasukkan zakar
    da 3 tahun

    1. suzy Avatar
      suzy

      biasanya kalau macam ni peranakan jatuh tu..

  3. KAYATRI Avatar
    KAYATRI

    Saya bernama(K) khawin bulan 1 sampai sekarang belum mengandung. Ingin nak pergi urut tapi orang tua tak kasi saya urut sekarang.apakah cara nak cepat mengandung? apakah cara kalau kita nak pilih nak dapatkan baby boy or girl? kalau nak kembar ada cara ke?

  4. nazilah ramli Avatar

    Sy amalkan mandian garam as syifA Ahamdulillah kita mnt tolong pada allah swt.garam tu dah diruqyah bacaan ayat terpilih terutama utk rezeki..Alhamdulillah selepas smggu sy mandi beserta niat yg dihajati aLLAH beri ptunjuk dkt saya knp sy ssh sgt nk pregnant rupay sy ada cyst endometrosis..Alhamdulillah kini sy sdh sembuh skrg tgh TTC sbb br habis lucrin..alhamdulillah

  5. adila Avatar

    Banyak amalan yang boleh dapat sekarang ni untuk mudah dapat anak.. kalau tak usaha memang takkan dapat anak.. Yela kita kadang tu bimbang juga makin berusia tapi zuriat masih belum ada..

  6. Ammie Dufilho Avatar

    gila cool sekali websitenya. terimakasih banget yah buat sharingnya. berguna banget buat ak yang baru belajar nih

  7. Jihan Avatar

    Hmm.. planning nak dpt ank, tpi x dpt2 lg. Period pun x stabil. H0rmon kot… InshaAllah… soon…

  8. junaidahmarni Avatar

    apapun amalkan gaya hidu sihat dan pemakanan yang berkhasiat, supaya badan kita telah bersedia untuk hamil

  9. kayla anindya Avatar

    banyak yang bilang, memelihara kucing bisa buat susah hamil, kerana bulu kucing sering terdapat virus yg namanya toxoplasma, tak tahulah yg mana yg benar. nice post

  10. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  11. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  12. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  13. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  14. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  15. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  16. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  17. […] Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  18. […] Suami isteri – darulnuman., Jawapan: tidak salah isteri meninggalkan rumah ( rumah ibu bapa) kerana menyelamatkan diri daripada suami zalim mengelakkan diri. http://darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=170 7 petua skor – osmanaffan., Pembuka kata. kongsikan tentang 7 petua skor 2008. sebagaimana tahu, blog ditujukan. 7 Petua Skor A Cara nak cepat anak, nak anak kembar sebab sukar, Recently discussing pregnancy.. pregnant quickly… . . ‘’ group friends call ‘kgb’.. Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

  19. […] rumah ( rumah ibu bapa) kerana menyelamatkan diri daripada suami zalim mengelakkan diri.. Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung Tip bijak wang beli kereta | majalah niaga, Tahukah , bahawa kereta liabiliti? mungkin menganggap […]

  20. […] Kumpulan kata kata peribahasa cinta arti peribahasa, Kumpulan kata kata peribahasa cinta arti peribahasa. kumpulan peribahasa cinta indah. dapatkan inspirasinya hidup lebih baik.. http://www.peribahasa.net/peribahasa-cinta.php Suami isteri – darulnuman., Jawapan: tidak salah isteri meninggalkan rumah ( rumah ibu bapa) kerana menyelamatkan diri daripada suami zalim mengelakkan diri. http://darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=170 Cara nak cepat anak, nak anak kembar sebab sukar, Suami isteri – darulnuman., jawapan: tidak salah isteri meninggalkan rumah ( rumah ibu bapa) kerana menyelamatkan diri daripada suami zalim mengelakkan diri.. Cara Nak Cepat Dapat Anak, Nak Anak Kembar dan Sebab Sukar Mengandung […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge