Sekarang ni dah ramai blogger mula kembangkan sayap cari duit dengan blog masing2. Yang dah ber-Nuffnang sejak sekian lama, mencuba Google Adsense pulak yang memang berbaloi2.
Bila melihat kemeriaha otai2 dan rakan blogger dalam menjana pendapatan online ni, terasa kerdilnya saya di dunia blog ini :p
Memang senang buat duit dengan blog, tak perlu buat apa2 cuma sediakan ruang iklan dan sewakan saja. Mudah kan?
Blogging dah jadi macam satu dunia baru, yang hanya blogger yang faham. Ia macam satu lipatan di sebalik dunia realiti kita. Ada blogger selebriti, ada blogger ulama, ada blogger model, ada blogger kutu, ada blogger biasa2 macam saya.
Blog2 famous tu memang biasanya bernilai ratusan malah ribuan ringgit. Macam artis, bila dah terkenal, macam2 syarikat nak taja. Blog yang terkenal, berebut orang nak taja, sampai advertorial berlapis2. (tak ada plak tempias sampai ke blog cikai saya ni, hehe).
Selain dari duit hasil iklan, banyak lagi cara buat duit dengan blog, antaranya:
- jual barang mcm barang2 lama, barang2 tak pakai..
- buat barang dan jual seperti cupcake, baju, nursing cover, baby carrier..
- jual servis mcm fotografi, web design.
- affiliate.
- buat review.
- jual blog. Huhu.
Nampaknya kita akan bakal ada ramai jutawan blog
Saya rasa saya patut kembangkan lagi sayap MSK. Nak iklan di sini? Dah clean dari virus (hosting co. dah clearkan) & kini jumlah visitors dah kembali OK!





{ 17 comments… read them below or add one }
salam…
kalau nak iklan kat blog u berapa u charge yer? i ada benda nak let go..since ur blog ramai follower so harap2 boleh jual brg yg i nak jual tu (satu ajer brgnyer…) u email me yer..tq
.-= Mama Zharfan´s last blog ..Dini’s Tupperware Kiosk Giveaway…on azam 2010 =-.
apakah bendanya itu? OK i’ll email u next week k
Emm, blog sy masih belum ada org yg ingin beriklan..
Sabaq laaa
Mmg sentiasa bersabar ni…
helloi mak cik lyna
manyak la blog lu cikai..cehhhhhhhhhhhhhhhhh
memang banyak. betul…
salam.. Terima kasih sebab sudi lawat blog saya yang berganda2 cikainya… hehehehe
Blog memang boleh buat duit, tapi jangan sampai tersasar dari maksud sebenar kita berblogging… [saya hampir tersasar dan hampir2 tak menjadi diri saya sendiri]
.-= sWeEtdARLinG´s last blog ..[Coret] Ngamuk =-.
hehehe. itulah, dalam berbblog pun kena ada jatidiri… gitew
hai mommylyna,
bagi saya tak cikai la,bes apa.kita selalu rujuk sini tau..heheh
btw,nnti mommylyna buat entri,cam mana nak letak ruang iklan dan nak kenakan caj brp bnyak, yer?nak tau..hihi
.-= mmyyen´s last blog ..pic-Universal studio =-.
hai mmyyen
hmm kebetulan pulak tadi ada hotmama (emmira) pun call saya tanya soalan sama. hehehe.
aku kalau ada banner lawa2, nak je sewa iklan kat blog hang ni Lyna tapi nak wat camne, kedai mak mash dalam renovation lagi so tunggulah ya;) tapi kalau nak suruh aku sponsor hadiah ntok apa2 contest, just give me a buzz ok!!
.-= Zaila´s last blog ..Bersediakah Anda Untuk Menjadi WAHM?? =-.
wah Mok Zai!!!
.-= yong´s last blog ..Langkah Seribu Penulis Bestseller: Langkah 1 =-.
betul3x..buatla posting pasal iklan tu..boleh i kembangkan sayap blogshop i yang belum nak merangkak tu..hehehe..
err..apa blog kutu tu?
.-= Hanz´s last blog ..TheHoneybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever! =-.
salam tuan rumah
saya ada barang nak let go..bole tuan umah iklan kan.berapa charge nya ekk.
TQ
.-= lily´s last blog ..stroller =-.
betul….. blog memang prospektif…. salam kenal.
Blog bisa untuk tawarkan batik tulis lasem ya….. asli dari rembang Indonesia