Berjimak adalah salah satu perkara yang penting dalam kehidupan kita. Dan kita dapati semakin tiada duit seseorang itu, semakin berjimaklah di untuk menambah rezeki. Saya juga termasuk dalam golongan itu, lebih2 lagi ketika tengah sengkek. Ada orang yang memang dari awal dia suka berjimak sampai jadi kaya, hinggakan bila dah kaya raya pun masih berjimak lagi. Orang kata kedekut pulak kan. Tapi sebenarnya ramai yang boleh jadi jutawan dengan hanya berjimak.
Antara tips berjimak cara saya:
1. Tidak membawa cash dalam dompet.
Saya jarang membawa cash melebihi RM50 ke mana-mana kerana saya mempunyai kecenderungan untuk mengosongkan dompet dengan seberapa segera. Bila tiada cash, tak adalah teruja nak membeli benda-benda yang merepek. Paling tak pun tahan air liuar je dengan roti Auntie Anne’s kegemaran saya yang setiap kali melintas kedainya saya akan kata “Lebih baik beli roti Cold Storage, lagi murah” 😛
2. Membeli barang yang perlu SAHAJA
Barang yang perlu tidak termasuk tukar handbag tiap-tiap bulan. Bagi saya lah… ada sesetengah wanita memang dah peruntukkan sekian2 budget untuk handbag ke, kasut ke, gelang ke.. tiap2 bulan. Bagi saya semua tu tak perlu untuk diri saya. Saya lebih selesa menyandang beg laptop ke pejabat, berkasut yang sama setiap hari dan tidak memakai gelang. Saya tak berapa suka ada bendasing di tangan saya,leceh bila nak berwuduk (bole tak macam tu?).
Saya pun tak bermekap jugak. Tapi kalau semua yang tersebut di atas tu adalah keperluan, jadi tak salah kalo nak berhabis. Saya kata, SAYA. Orang lain, lain pula caranya.
3. Menggunakan kad kredit yang menawarkan tawaran yang best
Saya adalah antara credit card freak yang suka mengumpul points kad kredit dan menukarkannya dengan barang2 keperluan rumah seperti periuk, DVD player, sterika, kipas dan sebagainya. Saya tak rasa kad kredit boleh buat saya muflis sebab sehingga kini saya banyak dapat untung dari guna kad kredit.
Bila seseorang tu ada masalah dengan kad kredit, sebenarnya dia yang ada masalah pengurusan kewangan, bukan salah kad kredit.
4. Kurangkan nafsu kepada barang sebaliknya lebihkan nafsu kepada simpanan
Saya adalah orang yang tak teruja bila melihat baju atau mainan kanak2 yang cantik2 dan rasa semua nak beli untuk anak saya. Saya rasa tak rugi kalo diorang tak ada baju cantik, sebaliknya lebih baik kalau ada sekian simpanan. Bila keadaan terdesak, boleh korek tabung dan dapat wang sejumlah yang disimpan, tapi kalau gadai baju tak dapat harga yang beli dulu.
5. Guna kereta yang murah dan menjimatkan minyak
Walaupun saya terasa juga nak pakai kereta jenama T dan H ke A B ke M ke apa2 la tapi tak ada maknanya bila dah duk KL. Paling2 pun kalau kena sagat ke, tercalar sikit2 tu takdela rasa serba tak kena kalau tak repair cepat2. Lagipun fungsi kereta tu nak memudahkan kita bergerak. Guna kereta Malaysia, spare part senang dapat, repair pun takle mahal sangat.
6. Tinggal di rumah mentua 😀
Sangat jimak tapi memerlukan daya ketahanan yang amat tinggi.
7. Makan di tempat2 yang mahal untuk celebration penting sahaja
Biasanya kami lunch dengan nasi kandar atau pun roti je. Roti potato di Cold Storage amat sedap sekali! Golden Potato La Boheme dah tak berapa sedap dah sekarang. Mungkin sebab dia dah famous so macam biasalah.. bila dah komersial ni dah takde dah benda2 yang biasa ada masa mula2 nak naik.
8. Bawa bekal ke pejabat
Hari pertama membawa bekal ke pejabat adalah amat mengujakan dan me^&%&%&kan. Akan saya kongsikan nanti. Banyak pengajaran…
Itula antara tips2 jimak yang saya amalkan. Biasa2 je. Orang lain pun lebih sukses dalam bab penjimaktan. Tapi lately saya rasa jimak dah kurang sesuai dah, nak taknak kene jugak cari duit terpijak di mana2.
xoxoxo————————–xoxoxo
Komen Cikgu : Isi yang bagus, menepati kehendak soalan. Tapi kesilapan ejaan tidak dapat dimaafkan. Sila tukar JIMAK kepada JIMAT. T laaaa, T!!!!
Komen saya : Apa nak buat cikgu, saya orang Kelantan.
Leave a Reply