Bintang Paling Popular ABPBH 2009 – Dato’ Siti Nurhaliza

admin Avatar

Setelah berminggu2 mengundi (saya tak undi pun) akhirnya keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dah setel malam ni.

Saya tak tengok pun, busy siapkan kerja yg pending yg sepatutnya buat masa weekend, iaitu mengemas rumah dan mop lantai. Memandangkan esok petang Kami akn balik ke Johor so kenala kemas hari ni jugak.

Sempat2 juga jengah TV3 masa nak announce bintang paling popular ABPH 2009, sambil2 iron baju dan layan suami & anak minum teh O lemon.

Datuk Siti Nurhaliza menang lagi! OK saya mmg tak follow, tak tau sapa calon, etc. Tapi mmg tak terkejut bila Dato’ CT menang kan. Dah lama pun dia tak bolot.

Saya masih ingat masa mula2 dia menyanyi dulu, memang watak budak2 yg comel. Sekarang dah sangat matang lagi jelita! Kata Dato’~~

Dato’ Siti, dulu saya ingat dia ni bakal hidup dengan menyanyi je, tapi ternyata beliau amat dinamik Dan progresif. Sekarang dah keluarkan produk kecantikan jenama sendiri gitu, Simply Siti ke Simplicity ke cane tah eja.

Datuk Siti ni contoh Artis berjaya yang bagus. Tak ramai Artis yang boleh buka kompeni sendiri macam Siti, KRU. Dah Ada kompeni sendiri terjamin masa depan, takdela bila dah tua2 tepaksa merayu minta bantuan.

admin Avatar

7 responses to “Bintang Paling Popular ABPBH 2009 – Dato’ Siti Nurhaliza”

  1. temp. housewife Avatar

    oh Dato Siti dah lama tak menang ye. Sy ni sejak duduk jauh (NZ) mmg lansung tak ikut perkembangan dunia hiburan. tapi bagus juga sbb bila tak ikut tak de rasa rugi apa2 pun.
    .-= temp. housewife´s last blog ..A Simple Mussel Dish: Kirikiriroa Hot and Sweet Mussel. =-.

  2. dbalkis Avatar

    I tengok malam tadi…walaupun ramai tak suke siti tapi orang yang tak suke tu kene admit beliau berjaya..Kalau dok nak kutuk orang je tak ke mana..Jadikan lah dia contoh mana yang patut..
    .-= dbalkis´s last blog ..Man U kalah lagi… =-.

  3. Liyana Avatar

    Tak tengok sampai habis. tengok kat kedai ja, sakit mata tgk yg pompuan seksi abis..

  4. mommy nadia Avatar

    hehehe..tgk2 jgak sambil lipat kain hehe..
    suka Tiz!!commey..:)
    I wished Aizat menang..ct plak dapat huhu 😉
    .-= mommy nadia´s last blog ..ALICE IN WONDERLAND.. =-.

  5. kaklong nuzula Avatar

    Saya tak nafikan Dato’ Siti contoh insan yg berjaya, yg mula dari susah… Bg saya beliau mempunyai keyakinan diri dan self-esteem yg tinggi… Walaupun tak belajar tinggi (takde ijazah pun.. huhu)tapi percaturan hidupnya (dlm karier) tak dapat disanggah, mmg hebat!!

    p/s: Walaupun ada beberapa perkara yg sy kurang berkenan dgn Dato’ Siti, tu antara beliau dgn Tuhan… Masing2 dipertanggungjawabkan atas amalan masing2.. Dok gitu?
    .-= kaklong nuzula´s last blog ..Makluman =-.

    1. Kaiserin Eugenie Avatar
      Kaiserin Eugenie

      I quote: “Walaupun ada beberapa perkara yg sy kurang berkenan dgn Dato’ Siti, tu antara beliau dgn Tuhan… Masing2 dipertanggungjawabkan atas amalan masing2..”

      If you are refering to the fact that she doesn’t wear a full veil (tudung), then please be reminded that she NEVER actually stated she wanted to do so. It was only under pressure of speculating fans that she wore a headscarf after her pilgrimage to Mecca.

      Please get over your shallow mindset and accept the fact that the tudung doesn’t make you a better person. Really, during judgment day, God doesn’t differentiate between free hair or veiled..

      No offense, just speaking up my mind….

  6. aidie Avatar

    errr…tak tertengok plak 😀
    .-= aidie´s last blog ..Birthday Celebration =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge