Semasa buat keputusan untuk berkereta di Australia, terfikir juga macamana nak bawa carseat yang besar gedabak tu. Maklumlah, biasa kami travel light, ini nak berangkut dengan carseat lagi. Bukan satu, tapi tiga! Lagipun takkan nak beli booster seat semata-mata untuk travel je. Hehe, kedek boleh tahan.
Pada suatu hari kami jalan-jalan di One Utama, ter-masuk ke kedai permainan Hamleys. Alahai teringat masuk kedai ni kat London. Belek-belek terjumpa benda ni!
Segala puji bagi Allah, didorongkan kami masuk kedai tu (walhal antara kedai yang cuba dielakkan adalah kedai mainan). Maka selesailah masalah kami nak fikir tentang transporting the car seat. Trunki Bootapak ni boleh convert jadi beg, itu yang best tu. Boleh pikul seorang satu. Dah tak payah masuk kargo dah. Kalau ada option, kami cuba elakkan masuk barang dalam kargo, semua masik kabin. Cepat sikit. Biasa masa habis tunggu barang je. Itu belum lagi kalau barang hilang atau tak sampai-sampai (macam Mak saya, keesokan harinya baru barang sampai >_<)
Beg bukan sebarang beg, dalam dia tu agak besar juga. Kalau kami ni, isi baju dia seorang memang cukup ruangnya.
Hehe gambar Google je, takde pula gambar budak-budak ni guna Boostapak yang agak senonoh untuk dikongsi. Kepada ibu bapa yang suka travel light by land, boleh consider Boostapak ni. Jimat ruang dan mudah. Tapi ni untuk toodler jelah, baby tak boleh. Ini booster seat untuk 4 tahun ke atas, bukan carseat untuk baby.
Kalau nak beli online, boleh tengok kat TATEH.MY.
**BoostAPak adalah mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nations & UK Regulation untuk carseat, yakni ECE Regulation 44.04.
Leave a Reply