Pasti kita pernah tengok orang susah dalam rancangan Bersamamu TV3. Bukan saja tempat tinggal yang dhaif dan kais pagi makan pagi kais petang makan petang, nak makan pun tadek. Memang meleleh air mata tengok anak kecil menangis kelaparan, tapi hanya disuapkan air masak. Tambah plak ibu yang menyara famili.
Kes-kes di atas memang banyak dipaparkan, dengan harapan memberi kesedaran kepada kita yang cukup makan (atau masih belum mati kelaparan) di samping sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban mereka; kemanusiaan.
Kita tengok kisah Donald Trump pulak.
Donald Trump antara billionaire US dengan pelbagai perniagaan; daripada pemaju hartanah, pemilik casino hinggalah jual aiskrim. Tapi at one time, hutang peribadi dia mencecah USD1bil dengan hutang syarikat lebih daripada USD3bil. Hutangnya terlalu banyak sampai macam banyak kali je nak kena declare bankrupt.
Pernah on the way dia nakgi jumpe banker nak bincang macam mana nak lunaskan semua hutang-hutangnya dia terserempak dengan peminta sedekah. Sambil bagi duit dia terfikir, “dia ni tadek duit jek, aku ni sampai hutang berbillion dollar”. Can u imagine, begger lagi kaya daripada billionaire? Of cos, at that time jela.
Jika anda ada duit, nak bagi siapa?
Rata-rata pasti jawab kes bersamamu tu la kan. Ape ke hal nya nak bagi duit kepada billionaire. Tol tak? Tapi if you take time dan fikir sedalam-dalamnya, apa akan jadi kalau Donald Trump betul-betul jatuh bankrupt waktu tu? Semua syarikatnya bungkus, tadek la pelopor rancangan “The Apprentice” (yang bakal di adaptasikan dalam contest iPad MySuperKids, hehe…) dan lebih teruk, habis la semua pekerja dia.
Bayangkan tiba-tiba beribu orang tadek kerja, agak-agak lagi banyak tak calon rancangan bersamamu tu? Kalau jenis yang baik, dok rumah jual berger (macam jurutera minyak buat masa harga minyak CRASH). Kalau yang tak berapa baik, maka berlaku la pulak kes ragut, curi, rampok dll.
Elok-elok ada pekerja Donald Trump yang suka menyumbang kepada Tabung Bersamamu, tiba tadek. Dana jatuh kepada separuh tapi calon naik 2x ganda.
Now, ask this question again. Kalau ada duit nak bagi siapa? Inilah persoalan yang sukar dijawab kalau saya jadi PM. At one point cuba nak tolong golongan yang memerlukan (juga untuk raih undi, haha. gila tak ikhlas). Tapi perspektif yang lain perlu jugak bantu usahawan agar majoriti rakyat tak terbeban dan juga boleh sama-sama membantu golongan yang memerlukan.
p/s: mungkinkah ini contoh assignment untuk peserta iPad MySuperKids yang layak (lepas audition)? Tunggu….
Leave a Reply