Masa entry tentang tudung Bokitta ditulis dulu ni, saya baru je berjinak-jinak (oh maii!). Memang tak reti pun, rupa-rupanya Bokitta ni ada banyak jenis. Itupun lepas geng dengan emak-emak kawan sekolah Hafiy. Rupanya kami semua sekarang dah kena demam Bokitta. Lagiiilah bila tahu ada tempat jual Bokitta di taman kitorang ni. Tapi saya tak pernah sampai ke sana. Setakat ni cuba tahan hati dulu >_< tunggu nanti trip US pula kot?
Ada 4 jenis Bokitta= Voila!, VOila! Maxi, Chic dan Chic Maxi.
Kalau nak yang labuh, angkat Chic. Chic ni labuh sikit, dan ada style sikit nak gayakan dia.. tapi ahkak belasah jelah. Nanti-nantilah belajar dengan Neelofa.. Hehe.
Di bawah ni gambar pakai Bokitta Voila Maxi.
Yang ini pula Chic Maxi.
Tak berapa menjadi sangat kot. Tengok orang lain pakai macam ada style je. Nak kena mendalami lagi ilmu Bokitta ni nampaknya.
Banyak dah kedai yang jual Bokitta sekarang. Ramai dok cari sebab menarik dan senang nak pakai. Nampak kemas je terletak, tak senget-senget.
Leave a Reply