Tudung Bokitta Pula!

By | February 2, 2014

Saya ni sebenarnya malas nak berfancy-fancy dalam bertudung. Yang penting menutup aurat. Malas nak berfesyen-fesyen, lebih suka yang sarung je. Dulu-dulu pakai tudung bawal kancing depan je, senang. Tudung berjahit pun, laaagi senang tak payah fikir nak pin-pin.
 
 Tapi pernah jugalah try tudung lilit-lilit, dek terpengaruh dengan seorang kawan saya kat U dulu. Dia serang student lelaki satu group dengan saya, kata dia, perempuan nampak lagi anggun kalau pakai tudung pusing2 macam gadis Arab tu, tudung bawal pin depan nampak plain sangat katanya.
 
 Bertahan kejap je, rasa macam buang masa je nak pin-pin setiap kali solat. Hehe, itu juga salah satu sebab saya tak ber-makeup.. tak larat pula setiap kali solat nak kena cuci, lepas tu pakai balik.
 
 Bila zaman tudung Yuna muncul, try ber-shawl pula. Oh, macam senang dan mudah je. Lagi bagus sebab saya malas nak iron tudung (aduh, berapa banyak perkataan ‘malas’ dalam entry ni. Dahsyatnya!).
 


Shawl memang senang pakai, dan labuh melepasi dada sampai ke pusat. Dan sesuai dipakai dalam apa jua jenis pakaian… Baju kurung ke, baju gaun ke.. semua boleh masuk. Jadi banyak koleksi shawl saya. Tudung bawal sudah masuk arkib.
 
 Tiba-tiba rasa boring pula pakai shawl… Terfikir ada ke tudung yang macam shawl tapi berjahit dan tak perlu di-pin. Dahsyatnya.. rasa macam nak pin tudung pun malas.
 
 Ditakdirkan Allah, jalan-jalan dari The Curve ke IPC ternampak satu kiosk jual tudung yang tak biasa dilihat. Oh itulah dia tudung Bokitta, dari Lebanon katanya. Nampak macam cantik je, dan tak payah pin. Harganya boleh tahan juga… Paling murah saya beli RM70 >_< OK.. biasa beli shawl paling mahal pun RM30 gitu je... kalo tak cari yang RM10, asal OK dan cantik hehe.
 
 Tudung Bokitta ada 2 saiz, yang pendek dan labuh. Better ambil yang labuhlah, tutup dada… itu tuntutan bila kita bertudung kan. Bukan sekadar tutup kepala tapi dada juga. Ia ada macam-macam jenis kain. Cotton, chiffon…
 


Muka Bokitta ni agak lebar jugalah. Mungkin ikut muka Mak Arab… kalau ikut akak yang jual tudung ni, dia ambil terus dari Lebanon. Kalau saya pakai jadi macam gambar di atas, nampak dahi luas. Tapi boleh diatasi dengan pemakaian pin kasi kecil sikit mukanya.
 
 Yang di bawah ni pakai pin bawah dagu. Looks better kot hehe.


OK sebenanya saya tak jual tudung Bokitta ni. Saja nak share keterujaan. Mak-mak beranak kecil yang nak bergaya (bergaya ke?) dan mudah-mudah je, selain tudung sarung tu boleh juga try tudung Bokitta, sarung je juga. (Tudung apa-apa pun tak kisah, janji memenuhi syarat tutup aurat dan melindungi kita dari sebarang fitnah. Tudung saji pun boleh kalau cukup syaratnya).
 
 Boleh beli secara online, tapi kalau boleh try dulu lagi bagus. Yang saya tahu satu kiosk dia di jejambat yang menyambung The Curve & IPC di Mutiara Damansara. Siapa tahu tempat lain yang jual Bokitta?

Category: Health & Beauty Tags: , , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

14 thoughts on “Tudung Bokitta Pula!

  1. Hadhatina

    Ohh kat The Curve. Kena luncheon sana lagilah. By the way, Alom pakai pin tak pakai pin both sesuai dengan bentuk muka 🙂

    Reply
  2. Umiadamfaris

    saya ni selalu sikit ketinggalan pasal bab tudung…tp tu dulu…lpas sy jinak2 ngan shawl ni mcm2 gaya sy cuba…tp gaya tu tutup aurat..sy ngan adik sy lumba2 cuba shawl ni..senang jer…xpyh nk iron…eee keep in secret sy xpandai iron baju..hahaha…pakai shawl senang xyah iron..ni nak cuba tudung yang Mommy lyna pakai…macm best jer hehe

    Reply
  3. intan

    ok ke bokitta ni? baru ja nampak jual kat Sunway Carnival, Penang minggu lpas. Tapi nk tgk segan sbb tgk gmbar neelofa mcm xlabuh sgt. tp kalau sis kata ada yg labuh best jugak nih 🙂

    Reply
  4. Anna

    saya pun peminat bokitta jugak..dah banyak collection bokitta dlm almari tu…hehee..beli kat sini http://www.myvalorem.com kalau x silap tgh ada sale..ada telekung berbatu jugak..saya beli 4 type telekung berbatu untuk kami 4 beradik perempuan..hehee…cuba la check bokitta kat situ.

    Reply
  5. hendrawati

    wah..nie yang buat saya teruja nak try
    dari last yr asyik tengok jak
    le;ambatan saya mau try pula nie

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge