Blog Terbaik 2010

admin Avatar

Hujung tahun ni ramai yang buat listing Blog Terbaik 2010. Ada yang siap ada carta undian dan sebagainya.

Minggu lepas, beberapa orang kawan saya bercakap-cakap tentang ‘Anugerah Blog Terbaik 2010’ yang katanya macam tak kena je, kebanyakkan sebab adalah kerana ada yang tak kenal langsung pun blog/blogger yang tersenarai. Kak Pija pulak tanya saya kenapa blog saya tak tercalon LOL.

Di bawah adalah beberapa sebab kenapa blog ini (contoh je, bukan blog ini=blog saya) masuk senarai dan blog itu tak masuk dalam senarai Blogger Terbaik 2010, walaupun ada yang rasa blog itu adalah blog yang bagus.

1. Blog circle.

Sebenarnya blogger-blogger dan blog-blog ni termasuk dalam beberapa kategori ‘circle’ dalam Bahasa Arab disebut halaqah dan bahasa Melayu disebut lingkungan. Ada banyak sangat circle of bloggers di Malaysia. Ada bloggers yang memang belong to the circle, ada yang bebas, ada yang sentuh-sentuh sikit mana2 circle yang berkaitan.

Circle ini adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia bukan satu kumpulan yang ada nama misalnya ‘Kumpulan Blogger Kelantan’. Ia berlaku secara semulajadi dan tak disengajakan. Misalnya saya berkawan baik dengan Miss A, Miss T dan Miss X. Tapi kami bukanlah ada nama ‘Geng Bas Sekolah’, walau bagaimanapun, mereka itulah lingkungan kawan2 saya.

Otai di sesuatu circle tertentu tak semestinya dikenali di circle lain. Misalnya Blogger A sangat dikenali sebagai blogger diva. Tapi ada sesetengah blogger lain tak pernah dengan pun nama Blogger A. Ini kerana circle yang berbeza.

2. Blog popular vs. blogger popular.

Blog popular dan blogger popular. Hampir sama, tapi tak serupa. Blog popular adalah blog yang menerima ramai pengunjung, pembaca berduyun2, tulisannya disebut-sebut di sana sini, tapi pembacanya tak ambil kisahpun tentang penulisnya siapa. Biasanya blog popular ialah blog-blog ilmiah yang dijadikan sebagai bahan rujukan.

Blogger popular pula, tak semestinya trafik blog setinggi blog popular (tapi kalau dah popular tu haruslah tinggi kan). Mereka ini mengekalkan komunikasi berkesan dengan pembaca (peminat) mereka. Blogger popular biasanya bukan sahaja aktif berblog, malah aktif mengikuti aktiviti untuk blogger, aktif di FaceBook, Twitter dan sebagainya.

Pembaca tentunya lebih mengenali blogger popular dan blog popular sebab kadang2 blog popular ni bagaimana rupa penulisnya pun orang tak tahu sangat.

Jadi, blogger popular mungkin lebih mendapat tempat di hati pembaca2 blog tanahair untuk dicalonkan dan diberi anugerah Blog Terbaik 2010.

3. Siapa yang memberi anugerah tersebut

Point ini ada kaitan dengan point no. 1. Biasanya anugerah Blog Terbaik bukan diberi oleh mana2 badan yang berkaitan dengan Kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh blogger2 atau persatuan2 blogger juga. Jadi kalau mahukan blogger kegemaran anda mendapat anugerah Blog Terbaik 2010, anda boleh membuat sendiri carta pencalonan dan carta anugerah tersebut 🙂

Jadi kalau nak merasa anugerah Blog Terbaik 2010, bolehlah initiate bersama rakan2 blogger dalam circle anda supaya penilaian terhadap blog2 dalam circle anda dapat dibuat 😉

Alah.. kata ber- blog suka-suka je pun kan?

Kasihan saya tak dapat nak upload gambar sebab sejak upgrade ke versi terbaru WordPress ni fungsi upload gambar jadi kacau sikit.

admin Avatar

19 responses to “Blog Terbaik 2010”

  1. kakyong Avatar

    kakyong pun tahu last minute pasal blog BPM tu…
    tp setuju la dgn poin no1 tu… ade terlalu byk circle…

    blogger yg mcm kakyong ni.. yg kdg rajin dan kdg tak rajin nak BW.. & hanya keep geng ‘usrah’ kecilan jer… memang xde sapa lah yg kenal & dah pasti tak kenal ramai org….

    ade sekali chat dgn sorg kawan di Kanada (converted muslimah).. dia ade mentined 1 blog ni.. m’sian la.. dia kata blog tu femes & sgt dikenali… huhuu, sayangkan kakyong tak kenal ekekek…

    pastu dia tanya soklan.. siapa blogger paling femes di mesia… wakakakak… camno nak jawab, dunia blog ni terlalu luas.. mungkin yg kakyong rasa femess, tp pd org lain tak femes plak… jd semua ni semua nya subjektif….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      BPM tu apa namanya kakyong? Huhu. Bank Pertanian Malaysia kini sudah bertkar menjadi Agro Bank.

      Alamak commentbox ni sudah wengg xnmpk tulisan plak. Drp tulis dlm cerah2 ni bsik stop ny silap eja huhu

  2. mama faiz Avatar

    yang pasti..mommylyna one of best bloggers./blog popular…dua2lah.. hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jangan! Nanti org igt i kemaruk anugerah pulak. Tidak2! Sekadar berkongsi pendapat sahaja dah byk orang duk tanya ai hehe.

  3. fid Avatar

    dak sitilina..
    ohh versi baru takleh upload gambo??

    ahkak pun tak tau nak sebut apa..komen apa
    blogger popular macam bintang filem popular erk???

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Entah. Jap bole jap tak boleh. Tp yg banyaknya tak bolehhh la.

  4. fid Avatar

    BPM..blog popular malaysia kot

  5. Ummi Hanie Avatar

    salam kak lyna…

    scr tak sengaja sy termasuk lak dlm senarai BPM tu…BPM+ Blog Pilihan Malaysia…bukan blogger yer ;p

    erm,sape yg calonkn saya pun tatau..yg pasti beliau yg mencalon itu dlm circle saya lah tu kan..i mean,yg selalu dtg blog sayalah kot . walaubagaimanapun setakat sampai undian prtama saje…xberjaya ke finale gitew…

    tp gitulah agak pelik juge ngapain byk lg blog yg terkenal/femes mcm blog kak lyna ni (harap mengembang la ye ;p) tak dop pulok dlm listing..missing le tu…maybe circle kak lyna tak maklum pasal BOM tu…ops celoteh mak enon pule

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam UH

      ops, ahkak tak mempertikaikan blog sesapa/blogger mana2 yer. sekadar echoing the questions hehe.

      ehhh sapa kata blog UH tak femes. tgk kaki pun dah tau 😉

      ye lah, lain circle lain sifatnya. janji jgn ada yg dengki2 sudah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sebut pasal pilihan, skg ni nampak kaunter SPR dah bukak melata2 utk mendaftar sebagai pemilih. Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab ini? Hehehe.

  6. fid Avatar

    potong stim sungguh org blog pilihan dia p merayap ke daftar pemilih..hahahahah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehehe

      teknik mengalih perhatian

  7. sitisifir10 Avatar

    Ohookkkhokhohkkkkkhhhoooohhhhhhkkkk….
    Adis, tersedak2 ni apsal ahhh?? Kihkihkih…
    Tulah, saya tak puas hati ni geng2 saya yang saya kenal tercalon UH sorang aje…kamu dan seorang lagi yang saya sebutkan apsal tak dicalonkan?? Apsal kakyong tidak?? Apsal UmmuMishkah tidak sedangkan dia dah lamaaaa sangat blogging?? Apsal circle kita tidak diberitahu ada pencalonan ni?? Apsal apsal apsal apsal apsal apsal apsal?? Takpe2, tgu dak circle kita buat [encalonan ek…kikiki…

    *teringat Intan supermummy ke hapo nama dia ek dulu ada gak dia buat pencalonan2 ni…eh Intan ke sape nama dia tu…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apa kata Malaysian Mom Bloggers buat satu? 😉

  8. kinna Avatar

    meh saya uat satu anugeral tak langsung..calon2 nya MSK ja 🙂

  9. eira Avatar

    ssah jgak sbnarnye nk jadi blogger popular…hehe..

  10. minisite design Avatar

    terima kasih telah berbagi, nice blog 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge