,

Semangat Fahry

admin Avatar

Semangat Fahry, semangat! 😀 Saya sedikit (banyak sebenarnya) teruja apabila membaca pesanan di shoutbox:

aishah fahry

Bagaimana bangga perasaan seorang ibu bila anaknya dijadikan sumber inspirasi T_T terharunya.. terima kasih kepada omaknya Iman Fahry kerana penghargaan tersebut 🙂 [er.. betulkan itu maksud Aishah Seri Qaseh? Ke aku yang perasan?].

Menyebut tentang semangat Fahry, minggu lepas saya mengambil kesempatan berborak panjang dengan cikgu-cikgunya di taska. Biasanya cuma sempat tanya khabar Fahry & Hafiy sedikit sebanyak saja, maklumlah waktu kami ambil anak-anak, ibu bapa lain pun berpusu-pusu juga. Minggu lepas kami jemput diorang lewat sikit, dalam jam 7.45 malam atau 8.00 malam, jadi masa tu dah tak ada orang.

Kata cikgu, Fahry antara budak paling berdikari di taska itu. Dia tak perlukan bantuan sesiapa untuk buat apa saja yang budak2 lain buat, contoh macam angkat beg ke, ambil barang ke, dan sebagainya. Bila masa mandi, dia awal-awal lagi ambil beg, bukak seluar baju. Bila masa makan, dia awal-awal lagi ready duduk di kerusi meja makan. Jadi cikgunya dan budak2 lain pandang Fahry macam biasa saja. Kadang2 dia pun turut sama nak tolong angkat barang orang lain.

Kadang-kadang ada ibu bapa yang datang berkunjung ke taska, atau tetamu2 lain, terkejut mereka tengok Fahry ke sana sini tanpa bantuan, panjat itu lompat sini. Cikgunya cuma kata “Tak apa.. dia memang macam tu, kami dah biasa” kalau si tetamu semacam nak ingatkan “Eh tengok budak tu dia tengah nak buat apa tu!”.

Sekarang kaki palsunya rosak, dan kaki baru belum siap, membebel juga instructor gimnastik sebab dia nak join juga exercise walaupun tak berkaki. Layankan aje…

Syukur kepada Allah dengan rahmat dan kurnia-Nya buat kami, Fahry disuntik dengan sifat sebegitu, semoga teruslah Fahry dipelihara. Harapan besar kami agar dia menjadi pembela kepada rakan-rakan yang senasib dengannya. Maklumlah, walaupun tak ada beza sangat pun, misalnya Fahry cuma bezanya dia berkaki palsu dan jari dia tak sama macam orang lain, tapi hakikatnya dia tetap dipandang berbeza. Apa lagi lah kalau orang lain yang lebih jelas nampak perbezaanya di mata manusia.

Kalau bukan mereka sendiri yang bangkit dengan semangat, siapa lagi kan? Kita yang ada anggota lengkap takkan faham kot perasaan mereka, meskipun saya ni mak dia.

admin Avatar

7 responses to “Semangat Fahry”

  1. diyana Avatar

    Love your entries about the boys…fahry is such an amazing child.you are very lucky.. 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      I think he is lucky. Wakakaka.

  2. sya Avatar

    beb,
    aku kenal sama itu aishah.. kawan skolah menengah dulu kat ssijb.. hihi.. keciknya donia..

    btw, aku pon kagum dgn ngko n fahry.. 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aku pun nak kagum dgn diri sendiri tapi aku takut kena laknat dgn Tuhan plak. hahaha. Boleh blah ke tak boleh blah akuni?

  3. Z@m Avatar
    Z@m

    Satu lg sy perasan. Ms tgh tunggu parents, org lain tgk tv. Fahry…dgn activity sendiri.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dio xsuko tgk program tv. kalu dumoh dio nk tgk video Alif Ba Ta jah. Juruh nih, nok wat nnatu??? hehe.

  4. kakyong Avatar

    tahniah fahry.. tiada yang boleh menyekat fahry utk terus maju ke depan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge