Hujung tahun ni ramai yang buat listing Blog Terbaik 2010. Ada yang siap ada carta undian dan sebagainya.
Minggu lepas, beberapa orang kawan saya bercakap-cakap tentang ‘Anugerah Blog Terbaik 2010’ yang katanya macam tak kena je, kebanyakkan sebab adalah kerana ada yang tak kenal langsung pun blog/blogger yang tersenarai. Kak Pija pulak tanya saya kenapa blog saya tak tercalon LOL.
Di bawah adalah beberapa sebab kenapa blog ini (contoh je, bukan blog ini=blog saya) masuk senarai dan blog itu tak masuk dalam senarai Blogger Terbaik 2010, walaupun ada yang rasa blog itu adalah blog yang bagus.
1. Blog circle.
Sebenarnya blogger-blogger dan blog-blog ni termasuk dalam beberapa kategori ‘circle’ dalam Bahasa Arab disebut halaqah dan bahasa Melayu disebut lingkungan. Ada banyak sangat circle of bloggers di Malaysia. Ada bloggers yang memang belong to the circle, ada yang bebas, ada yang sentuh-sentuh sikit mana2 circle yang berkaitan.
Circle ini adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia bukan satu kumpulan yang ada nama misalnya ‘Kumpulan Blogger Kelantan’. Ia berlaku secara semulajadi dan tak disengajakan. Misalnya saya berkawan baik dengan Miss A, Miss T dan Miss X. Tapi kami bukanlah ada nama ‘Geng Bas Sekolah’, walau bagaimanapun, mereka itulah lingkungan kawan2 saya.
Otai di sesuatu circle tertentu tak semestinya dikenali di circle lain. Misalnya Blogger A sangat dikenali sebagai blogger diva. Tapi ada sesetengah blogger lain tak pernah dengan pun nama Blogger A. Ini kerana circle yang berbeza.
2. Blog popular vs. blogger popular.
Blog popular dan blogger popular. Hampir sama, tapi tak serupa. Blog popular adalah blog yang menerima ramai pengunjung, pembaca berduyun2, tulisannya disebut-sebut di sana sini, tapi pembacanya tak ambil kisahpun tentang penulisnya siapa. Biasanya blog popular ialah blog-blog ilmiah yang dijadikan sebagai bahan rujukan.
Blogger popular pula, tak semestinya trafik blog setinggi blog popular (tapi kalau dah popular tu haruslah tinggi kan). Mereka ini mengekalkan komunikasi berkesan dengan pembaca (peminat) mereka. Blogger popular biasanya bukan sahaja aktif berblog, malah aktif mengikuti aktiviti untuk blogger, aktif di FaceBook, Twitter dan sebagainya.
Pembaca tentunya lebih mengenali blogger popular dan blog popular sebab kadang2 blog popular ni bagaimana rupa penulisnya pun orang tak tahu sangat.
Jadi, blogger popular mungkin lebih mendapat tempat di hati pembaca2 blog tanahair untuk dicalonkan dan diberi anugerah Blog Terbaik 2010.
3. Siapa yang memberi anugerah tersebut
Point ini ada kaitan dengan point no. 1. Biasanya anugerah Blog Terbaik bukan diberi oleh mana2 badan yang berkaitan dengan Kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh blogger2 atau persatuan2 blogger juga. Jadi kalau mahukan blogger kegemaran anda mendapat anugerah Blog Terbaik 2010, anda boleh membuat sendiri carta pencalonan dan carta anugerah tersebut 🙂
Jadi kalau nak merasa anugerah Blog Terbaik 2010, bolehlah initiate bersama rakan2 blogger dalam circle anda supaya penilaian terhadap blog2 dalam circle anda dapat dibuat 😉
Alah.. kata ber- blog suka-suka je pun kan?
Kasihan saya tak dapat nak upload gambar sebab sejak upgrade ke versi terbaru WordPress ni fungsi upload gambar jadi kacau sikit.
Leave a Reply