Bling Buubies Nursing Wear in Action!
Fuhh selesai sudah tugasan pertama Duta Bling Buubies kita, cik Puan Harlinda Halim atau Lynn (walaupun belum sign kontrak lagi) yang menggayakan produk Bling Buubies untuk siaran Majalah Pa&Ma (Februari nanti, insya-Allah). Senang bekerja dengan Lynn yang sporting, meskipun duk melayan Danish yang tak boleh duk diam 😉 Pagi tu satu rombongan family Lynn datang ke Scriptory Box, dengan mak mentua dan adik2 iparnya.
Ini kali pertama Scriptory Box terlibat dengan shooting majalah ni, memang blur habis, mujurlah krew Pa&Ma dan NUR bersabar dengan kami dan memberi tunjukajar 🙂
Shooting ini juga melibatkan rakan2 niaga Scriptory Box; Genius Baby on Board dan Adrini’s. Jadi semua berkampung di Scriptory Box lah pagi tu.
Say cheese!
Krew belakang tabir
Model mekap sendiri je. Takpe2 nanti kita cari make-up artist plak.
Produk Bling Buubies yang digayakan oleh duta ni akan featured dalam booklet bonus Pa&Ma. Jadi jangan lepaskan peluang nak rembat senaskhah, ada banyak bonus-bonus dan kejutan di dalamnya!
Untuk tahun 2011 ni Bling Buubies akan menambah koleksi kepada nursing long dress, nursing jubah, nursing blaus, nursing T shirt dan nursing college. 🙂 melawak aje. Awal tahun depan macam ramai je yang bakal menyambut baby baru, jenguk-jenguklah ke Bling Boutique, sambar Bling Buubies sehelai dua 😉
Uniknya kami coz kami ada lifetime warranty dan boleh custom made. Boleh tempah ikut saiz badan anda dan boleh tambah aksesori mengikut kesukaan. Rangkaian Nursing Kurung Bling Buubies juga bercorak personalize dan eksklusif, iaitu tiada corak yang sama.
Jom tengok nursing kurung Bling Buubies. Klik pada logo Bling Buubies di bawah 😉
Leave a Reply