,

Tips Jimat Duit Yang Ibu Perlu Tahu

admin Avatar

Kata orang, ibu rumahtangga ni menteri kewangan. Tapi ada juga ibu yang jenis boros, tapi memang kadang2 Tuhan temukan beliau dengan suami yang ‘kedekut’, jadi kuranglah sikit sifat keborosannya.

Walau macamana boros pun seorang ibu itu, mahu tak mahu kena tahu juga tips & trick untuk berjimat cermat. Tambah2 lagi kalau antara ibu dan ayah tu, dua2 pun tak berapa pandai (tak berani) nak cuba2 belajar melabur atau berniaga. Dah jadi ibu dan ayah, seboleh mungkin jangan libatkan keluarga dalam hutang piutang (kecuali hutang yang bagus dan perlu), terutama hutang dengan Along. Tak pasal2 satu keluarga jadi sasaran mereka.

Di bawah ini saya kongsikan tips jimat duit yang ibu perlu tahu, walaupun nampak kecil saja, tapi bak kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit. Jadi biarlah sikit pun, asalkan istiqomah, itu lebih baik dari jimat-jimat, sekali tewas bila ada jualan murah.

1. Guna semula/recycle

Plastik yang digunakan untuk mengisi barang di pasar dan pasaraya boleh digunakan untuk jadi plastik sampah. Jadi tak perlu nak beli plastik sampah lagi untuk bakul sampah di rumah. (Sekarang ni banyak negeri yang menjalankan kempen hari-hari tanpa plastik seperti Penang & Sarawak).

Bekas2 yang digunakan untuk mengisi makanan, bekas aiskrim, boleh digunakan semula untuk mengisi barang2 dapur, rempah2 dan sebagainya. Tak perlu lagi nak beli bekas2 comel, pakai saja yang ‘percuma’ tu. Bekas yang bertanda ‘5’ adalah paling bagus untuk mengisi makanan.

Rechargeable battery pun berguna juga, tak perlu beli bateri banyak2 kali.

2. Sample percuma/freebies

Biasanya kalau ke expo2 ada exhibitor yang sediakan freebies untuk pengunjung ke booth mereka. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan freebies ni… mungkin ada yang boleh pakai. Misalnya sapu tangan ke, t-shirt ke, buku nota ke, malah ada yang bagi sample percuma. Kalau dapat sample sabun, syampu… dapatlah satu set lengkap untuk travel.

3. Tabung syiling

Setiap kali membeli belah dan ada baki dalam bentuk syiling, masukkan ke dalam tabung itu dan ajak anak-anak bersama-sama mengisi tabung dengan syiling.

4. Kad keahlian

Sekiranya anda pengguna tetap sesuatu perkhidmatan, misalnya pasaraya Tiko yang menyediakan kad keahlian dan memberi faedah rebat/point/diskaun, jangan lepaskan peluang untuk mengkaji kesesuaian dengan anda. Kalau shopping2, akhir tahun dapat barang baru secara percuma, kan menarik tu?

5. Masak sendiri di rumah

Bila masak sendiri, kita boleh ‘design’ sendiri bahan-bahan. Boleh kurangkan garam/rempah untuk jimatkan bahan2 tersebut. Kalau rasa tak berapa sedap pun boleh pakai alasan ‘kurangkan garam untuk kesiahatan :P’

6. Gunakan internet

Jika caj untuk panggilan telefon adalah mahal, gunakan kemudahan internet untuk berhubung dengan kawan2 dan anggota keluarga. Sekarang tak susah, hampir di mana2 boleh chat secara real time. Kalau nak dengar suara boleh guna GTalk, Yahoo! Messenger ataupun Skype.

7. Baiki

Sekiranya anda jenis yang suka tukar baru barang yang rosak, kali ni cuba baiki terlebih dahulu. Kadang2 keadaan emosi membuatkan kita rasa nak tukar saja semua barang yang dah bermasalah, tapi jarang yang buat kira-kira, mana satu lebih jimat, tukar atau baiki?

8. Hati-hati semasa memandu

Bukan saja boleh mengelakkan kemalangan, tapi juga perlanggaran kecil yang membuatkan anda terpaksa membayar beberapa ratus. Misalnya bumper terlanggar divider. Nampak kecil je tapi beratus juga nak membaikinya.

9. Periksa resit, bil, meter elektrik dan sebagainya

Kadang2 kita ambil sambil lewa saja perkara2 di atas. Walaupun menggunakan komputer tapi semua benda tetap ada ‘error’. Jadi ambil sedikit masa untuk periksa bil pembelian anda, bil perkhidmatan, malah meter pembaca penggunaan elektrik. Saya pernah membayar lebih 50% dari yang sepatutnya akibat terlupa menyemak semula meter tersebut.

10. Cepat-cepat bayar!

Bil-bil, penyata2, hutang pitung, pastikan anda membayarnya sebelum due date kerana anda akan dikenakan interest. Jangan biarkan duit anda yang bernilai diperkotak-katik oleh sebab lambat bayar/bayar minimum.

Itulah antara tips2 jimat duit yang nampak kecil, tapi besar impaknya kalau diamalkan secara berterusan. Selamat melakukan penjimatan!

admin Avatar

10 responses to “Tips Jimat Duit Yang Ibu Perlu Tahu”

  1. Zaila Avatar

    bila mung cerita pasal sample free, teringat mak shin chan yang suka g try sample2 free di pasaraya..hahaha

    aku pon suka juga g Jusco cuba sample2 minuman hok baru, hahahah dua tiga kali dok lalu amik sample..jimat doh duit ntok beli jus haritu;D

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mok sinchan & mok hagemaru adalah contoh yg baik utk berjimat

      hahahaha

  2. zuhaini Avatar

    saya pun suka sample free! 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tringat sekali pegi Jusco derang tgh promo telur vitamin. sorang sebiji dia goreng kasik hehe. kenyanggg

  3. fikri91 Avatar

    walaupun saya bukan seorng ibu,
    tapi semua ney boleh juga saya amalkan..huhuhuh

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh boleh. sesapa pun boleh 🙂

  4. ummisalsabila Avatar

    now i know.why Allah jodohkan me with hubby!
    sbb dia boleh prevent me dr gejala keborosan ini.haha
    That’s true! 🙂

    Thanks kak lyna for the tips!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahah

      thanks God I found you lah gitu Dah 😀

  5. transformed housewife Avatar

    tips2 yg meme ado yg telah dibuat ado yg belum ditry. (rosok bhs “ditry”. hehe)

  6. masalifah Avatar

    hati-hati di jalan raya untuk mengelak derma secara terpaksa kepada JPJ/PDRM..sekali terbang, 300 tuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge