Walaupun budak berdua ni masih co-sleep dengan kami, tapi kami dah sediakan bilik untuk mereka. Walaupun tak ada katil bagai, tapi kami penuhkan bilik tu dengan aktiviti2 yang mereka boleh buat. So that dia rasa ‘attached’ dengan bilik sendiri. Senang nak halau nanti 😀
Itu hari saya dah kemas bilik diorang ni, tapi entah apa yang merasuk si Hafiy dia pegi tanggalkan semua poster2 dinding dan jadi bersepah2 semuanya. Lama saya merajuk, tak jenguk pun bilik dia. Hari ni saya kembali mengemas bilik kecik tu, sebab tiap2 malam Hafiy ajak ‘belajar’ tapi bilik bersepah2.
Selepas dikemas. Semula.
Dari dalam bilik boleh nampak TV yang setiap masa menayang kalau tak nasyid budak2, A B C, tak pun Iqra’. Sesekali Thomas & Friends. Punya la ada Astro B.Yond dengan IPTV tapi semua tu dah tak ada gunanya bila You Tube mula ke udara huhu. Budak-budak biasalah senang tangkap kalau dengar lagu-lagu macam tu. Si Fahry kalau masuk kereta nak CD al-Furqan, si Hafiy pulak CD Iqra’, sampai Abiy complaint tak dapat dia nak dengar berita. Dahlah berita kat rumah pun tak boleh tengok, dalam radio pun kena cantasKad-kad ni untuk memory game, tapi disebabkan tak berapa faham instruction dia, maka jadilah matching game. OK wat.. kretif jugak rupanya. Fahry cuma bergaya je.. netah apa dia buat entah.
Budak besar dah distracted, 4-5 kali dapat matching gmabar yang sama, dia pegi ambil buku Fish pulak. Budak kecik main ketuk-ketuk kad kat meja.
Budak-budak memang macam tu, fokus span dia tak lama, tapi bila dia fokus tu memang banyak benda dia tangkap.
Rak buku yang rendah dan mudah untuk dicapai anak-anak. Dan murah 😀 Benda pink kat atas rak tu ialah Super Scribbler tajaan Puan ShilaShower. Terima kasih Shila, memang sangat2 bergunalah scribbler tu. Walaupun ia dah beberapa kali jadi bahan eksperimen budak-budak… contohnya ada seseorang telah memasukkan dinding bas, duit syiling, etc ke dalam slot scribbler tu…
Bilik anak sajalah yang boleh ditayang. Bilik tidur utama tak boleh nak sharing-sharing, itu adalah aurat. Aurat ni bukan pada tubuh badan aje, tapi pada setiap benda yang boleh mendatangkan keaiban bila kita mendedahkannya.
Alhamdulillah, dapatlah jugak anak-anak berbilik sendiri. Nak pisahkan tidur mereka ni… kena la tunggu mereka pandai tidur malam tak bangun2.
Leave a Reply