,

Bila Doa Tak Terjawab… Apa Nak Buat?

admin Avatar

Kita rasa kita sangat banyak berdoa. Macam-macam kita minta… tapi… kenapa tak dapat-dapat juga? Adakah Tuhan tak mendengar doa kita? Atau kita ni banyak sangat dosa?

BILA DOA BELUM MAKBULPertama sekali, kita kena buang segala prasangka terhadap Allah Yang Maha Kuasa… Allah Maha Mendengar, apa lagi doa dan permintaan hamba-Nya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat”

Allah memberitahu Rasulullah bahawa bila ada manusia yang bertanya tentang Dia, sesungguhnya Allah tu dekat, sangat dekat. Allah tak pernah melepaskan perhatiannya terhadap kita. Apa lagi terlupakan kita.

Kemudian Allah menyambung lagi…

“Aku memberi respon kepada setiap permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku”

Kata kunci di sini adalah RESPON PADA SETIAP DOA. Setiap satu yang kita minta, Allah akan memberi jawapannya.

dan Allah menyambung hingga akhir ayat..

“maka hendaklah mereka itu memberi respon Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Jadi kita pun hendaklah melaksanakan semua suruh Allah. Dia suruh solat, solat. Dia suruh puasa, puasa. Dia suruh tutup aurat, tutup.

Fair kan?

Kita buat apa yang Allah nak, Allah pun bagi apa yang kita nak.

Bila doa belum terjawab, mari kita check diri kita, adalah kita sudah menjawab panggilan Allah?

Walau bagaimanapun, jawapan Allah terhadap doa2 kita tidak semestinya direct. Ada banyak cara Allah jawab doa kita.

  1. Allah beri apa yang kita mahu.
  2. Allah jauhkan kita dari musibah yg mungkin datang dengan permintaan kita & memberikan kita sesuatu yang lebih baik.
  3. Allah menangguhkannya sehingga ke satu masa yang kita benar2 memerlukan benda yang kita doakan. Mungkin di hari kiamat nanti.

Apa pun…

  • Jangan pernah berhenti berdoa. Walaupun dah doa 10 tahun tapi belum makbul, doalah sampai bila2 pun. Mungkin doa kita termasuk kategori (3) di atas.
  • Jangan tukar doa bila kita rasa susah nak makbul. Allah lebih mengetahui.
  • Doa banyak-banyak, sebanyak-banyaknya.
  • Jangan malu nak minta apa-apa dengan Allah. Lebih malulah nak meminta2 dari manusia.

Di hari Jumaat yang mulia ni marilah kita perbanyakkan doa. Walaupun Allah tahu isi hati kita, dan Allah tahu apa yang Dia nak beri kepada kita, tapi Dia tetap rindu nak dengar suara kita.

Mari berdoa!

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Bila Doa Tak Terjawab… Apa Nak Buat?”

  1. Syazana Jamaludin Avatar

    Terima kasih Kak Lyna.

    Suka part jangan tukar doa dan prasangka tu.

    Kekadang Allah nak tengok kita betul nak atau tak je kan?

    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge