Pelbagai spekulasi timbul bila saya bercerita tentang kerja dan keluarga ya.
Sampai ada yang menyangka bos saya bertanya “Nak kerja ke nak keluarga?”
Oh tidak. Dunia tidak sekejam itu. Kalau zaman buruh kena kerah buat jalan keretapi dulu mungkinlah.
Zaman sekarang rasanya tak ada lah kita kena lupakan keluarga sebab nak kerja. Kita kerja pun sebab nak sara keluarga, bukannya jadi hamba abdi orang. Kecualilah kalau ada manusia yang memang prinsip hidupnya ialah berkhidmat untuk negara dan tak kisahlah tak dapat gaji pun dia akan kerja juga. Hehe. Ini memang betul2 gila kerja. (Pekerja sukarela tak dikira la… dah nama pun suka lagi rela)
Pendek kata terpulang pada kehendak individu sendiri.
Bagaimana kehidupan kerjaya dan keluarga yang nak dicorakkan. Dan impian yang ingin direalisasikan.
Kalau kita senang dengan kehidupan sederhana dan stabil sepanjang masa, pekerjaan berbentuk rutin mungkin dah cukup sesuai buat kita. Tapi kalau kita sukakan sesuatu yang mencabar dan menduga fizikal dan minda, mungkin kita akan jadi beku dengan pekerjaan rutin.
Kerana itu mungkin ada ibu yang sanggup berpisah dengan anaknya berbulan-bulan, atau sekadar bertemu di hujung minggu kerana kesan sampingan daripada pembekuan otak itu adalah lebih dahsyat daripada berpisah dengan anak (bagi mereka ni la..).
Kadang2 kita tiada pilihan.
Contohnya bila bos berkata “Kalau awak tak sanggup buat benda ni, saya terpaksa cari orang lain lah. Awak pun carilah kerja lain yang lebih sesuai dengan awak” di kala ekonomi sedang merosot dan syarikat2 sedang giat memecat pekerja secara terhormat (VSS atau MSS) dan secara tidak berapa terhormat (notis 24 jam bebas tol), apa agak2 yang patut kita buat? Masa tu pulak kita ada komitmen loan rumah, kereta, pengajian dan macam2 loan yang berkaitan dengan keperluan asasi.
Nak taknak terpaksa menyembah duli sapa2 untuk sesuap nasi. Tapi kalau economic tengah boom, keadaannya terbaliklah pula. Semua kompeni nak run bisnes aggresively dan nak pakai ramai orang.
Itulah cycle kehidupan secara ekonominya. Tahun2 kemelesetan menyaksikan beribu2 orang hilang pekerjaan, termasuk para profesional. Ada ahli kajibumi (geologist) yang terpaksa jual goreng pisang. Ada akauntan yang jual insurans dan macam2 lagi. (Kisah benar).
Nampak? Bila hilang mata pencarian dari cara makan gaji, kebanyakan orang mula ‘menjual’. Itulah sebenarnya cara untuk keluar dari cycle seorang tikus, iaitu dengan membina pendapatan dari hasil usaha tuaian sendiri, bukan payroll semata2.
Sebenarnya kita ada banyak pilihan, dan tetap ada pilihan. Tapi hakikatnya, selagi makan gaji, pilihan tu tetap juga menjadikan kita tikus yang berlari2 di dalam sangkarnya sendiri saja. Sama ada laju atau slow, tapi tetap juga dipanggil tikus 😀 Kalau glemer sikit, Mickey Mouse, atau Ratatouille la kot.
Tindakan paling mulia dari seorang ibu ialah berhenti dari alam kerjaya di luar dan menumpukan perhatian pada anak2 sama ada menjadi SAHM, WAHM, atau bisneswoman yang mempunyai masa yang fleksibel. Tapi, tak semua orang sanggup terutama bagi yang tak pernah tercapai dek akal tentang perkataan ‘membuat bisnes’ dalam kamus kehidupannya.
Leave a Reply