Memilki iPod/iPhone/iPad tanpa Apps adalah seperti mempunyai rumah besar tanpa perabot.
Apps adalah application yang boleh di-install di dalam gadget-gadget di atas. Boleh didapati di Apps Store samada secara percuma atau pembelian (atau jailbreak).
Saya ingin berkongsi iPhone Apps kegemaran saya yang khusus untuk Muslim yang boleh diperolehi secara percuma di Apps Store. Kini iPhone telah memudahkan dan meringkaskan hidup saya, tanpa perlu bawa banyak bahan untuk menghilangkan kebosanan. Di dalamnya ada games, al-Quran, e-book, dan pelbagai apps lagi.
Best free iPhone Apps untuk ibu Muslimah (sesiapa pun boleh~ saja letak Muslimah sebab mak mentua saya adalah Muslimah saya seorang Muslimah) yang boleh anda install sekarang!
Saya menyusun Apps yang saya ada dalam folder-folder mengikut kategori supaya senang nak cari.
1. Quran Reader
Ini memang apps yang menarik. Sekarang di mana-mana boleh buka untuk baca Quran. Dalam lif, sambil beratur, tunggu member nak lunch…
Versi yang sama dengan al-Quran yang biasa kita baca. Boleh zoom lagi. Dan ada translation dalam Bahasa Inggeris.
2. QamarDeen
Sangat berguna buat mereka yang buat mutabaah atau follow up amalan peribadi harian. Boleh catit dalam apps ni saja.
Mutabaah solat
Mutabaah sedekah
Mutabaah mengaji Quran
Mutabaah puasa
Jadi bolehlah selalu semak amalan harian, dan cabar diri untuk tingkatkan amalan peribadi 🙂
3. Holy Quran
Apps ini untuk bacaan al-Quran versi Shaikh al-Ghamidi. Biasanya saya pasang masa tengah masak kat dapur (maklumlah, takda radio). Orang duk jual ‘air yang dibacakan al-Quran’, ‘kismis yang dibacakan al-Quran’… di rumah saya pun ada ‘masakan ibu yang dibacakan al-Quran’ 🙂
Bacaannya bersambung dari satu surah ke surah lain. So tak payah nak play next-next. Macam digital Quran gitu. Yang bestnya bila dah install, semua bacaan surah dah tersedia, tak perlu download lain lagi.
4. Tasbih
Untuk tasbih pun ada! Pasti tak lupa dah berapa round zikir yang kita baca sebab ada counter yang tolong kita kirakan dah berapa ratus kali kita ulang kalimah itu.
Tasbih yang boleh dipilih dalam apps ini.
Menarik kan? Saya rasa dengan adanya iPhone dah membantu saya mengurangkan barang-barang yang nak dibawa bila keluar. Kalau bosan, on saja iPhone.
Memang tak rugilah sesiapa yang memiliki smartphone seumpamanya. Kalau selama ni guna iPhone untuk surfing,update FaceBook, twitter… install la Apps-apps yang menarik macam ni. Barulah berbaloi memiliki gadjet canggih.
Kalau tak, memang boleh berbangga dengan ‘gadjet terkini’ saja lah.. orang yang pakai handphone biasa nak condemn pun kita tak boleh defend kalau kita tahu kegunaan yang asas je kan?
Install lah hari ini, semuanya FREE!
Leave a Reply