,

Berbuka Puasa di Kidz & Creme Bersama Aaron Aziz

admin Avatar

Kami dah rancang nak reward anak didik Shaklee yang berjaya naik rank pada bulan lepas dengan berbuka puasa bersama Master-Master pada minggu lepas. Saya dah contact Kidz & Creme untuk tempahan tapi kerana masalah teknikal, last minute tak jadi.

Frust jugalah, tapi pujuk hati “Tak apa, kita set minggu depan (semalam), mungkin Aaron Aziz nak turun kot”.

Saya buat tempahan untuk 2 meja di Kidz & Creme milik Aaron Aziz dan Diyana Halik yang terletak di 7th Avenue, Sunsuria, Setia Alam. Sayangnya satu famili tak dapat bersama… Terkilan tapi pasti ada hikmahnya.

 Senang je nak cari tempat ni, tapi sebab tak biasa, kami guna GPS juga. Kawasan baru, tak sibuk… Parking pun merata.

Dalam kafe ni ada satu ruang untuk kanak-kanak. Di situlah kami lepaskan anak-anak… Seronok diorang.


Tak nampak kelibat Aaron Aziz pun, hehe. Bila masuk waktu berbuka, kami makan je lah.

Tengah-tengah makan tiba-tiba ada yang kecoh “Pandang belakang! Yang baju hijau tu!” Rupanya Aaron Aziz tengah servw putu piring! Masing-masing segan nak bangun ambil putu piring. Maklumlah mak-mak orang semuanya.

Tapi lepas tu semua pun jadi tak malu…


Bonus besar ni bila tokei turun (dia kata memang selalu turun pun kalau tak ada shooting. Dapatlah merasa dilayan oleh tokei kedai merangkap artis you.

A very humble person.

Wife beliau, Diyana Halik pun sangat humble, salam semua orang. Sangat cute macam sekolah menengah (jealous tengok wajahnya sangat licin!).


Sini disediakan tempat solat yang luas di tingkat 1. Crew2 semua friendly, puas hati berbuka di sini. Walaupun tak sempat nak jamah semua (biasalah buka puasa…) tapi rasa sangat happy dengan hospitality yang diberi.

Semasa kami sedang berbual, anak dara Aaron, Dwi Ariana merapati, jual gelang yang dibuat sendiri. Bagus betul, kecil-kecil dah diajar berbisnes tanpa rasa segan. Dwi yang baju merah dalam gambar di bawah.


Restoran ni dibuka dari jam 6petang hingga 10 malam. Dan kamilah insan-insan terakhir yang bergerak pulang.


Kalau nak buat reservation untuk buka puasa, boleh call 011-1434 4508.

admin Avatar

5 responses to “Berbuka Puasa di Kidz & Creme Bersama Aaron Aziz”

  1. Amyz Avatar

    Subhanallah cantiknya anak dara Aaron Aziz ni ya.. 😀

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    Aaron sendiri serve tu yang mahal sekali. :p

  3. Khadeejah Hasmad Avatar

    Menarik juga ea. Harus di terjah lepas raya

    Nak terjah Ramadhan tak sempat dah kot

    Eh, ada masa lagi 😛

  4. Fyda Noh Avatar

    Waahhh.. bestnya siap posing dengan AA. Tapi nampak akak2 yang macam retis

  5. Ida Avatar

    Dekat sangat ni dengan bandar bukit raja, nak terjah la !.. Hope di serve oleh tokei @ artis ituuu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge