,

Beli Rumah vs Menyewa Rumah: Kenapa Menyewa Tak Kurang Bestnya

admin Avatar

Isu beli rumah atau duduk rumah sewa je mmg jadi isu hangat; terutama untuk first timer… Banyak yang prefer duduk rumah sendiri sebab bebas nak buat apa pun dgn rumah tu; nak tebuk dinding ke, tampal kertas mahjong ke, gantung gambar kawin, etc. Ramai juga tak suka duduk rumah sewa sebab lepas bayar bulan2 pun in the end rumah tu takkan jadi milik kita… lebih tak suka sebab secara tak langsung tolong tuan rumah bayar hutang bank.

Tapi.. betul ke persepsi ni? Meh kita tengok satu persatu.

Duduk Rumah Sendiri = Bakal Gatal Berbelanja

Sangat jarang saya dengar kawan-kawan yang saya kenal tak renovate rumah sebelum masuk rumah baru. Mostly akan renovate dapur (top most priority!) sebelum bilik tidur & ruang tamu. Siap je renovate, program mengisi rumah dgn perabot pulak. Belum masuk langsir ropol2.

Disebabkan beli perabot untuk rumah sendiri, tendency untuk beli perabot murahan asal boleh pakai sangat2 lah jarang. Selagi boleh, kita akan cari perabot yang paling unik dan cantik lagi tahan lama (kan lama nak duduk rumah tu….) yg for sure harganya pun tak semurah almari kain masa bujang2 dulu.

Menyewa = Kurang Beban Hutang

Kalau beli rumah, komitmen bulanan kita akan meningkat pada pandangan bank. Bank akan rekod RM1k yang kita bayar bulan2 untuk pinjaman rumah sebagai komitmen, tapi bank tak tengok bayar RM1k sewa rumah dgn persepsi yg sama. Since kebanyakan bank limitkan komitmen bulanan kepada 33%, jumlah pinjaman yang kita boleh buat untuk pelaburan juga ada limit.

So let’s say jumlah hutang kereta, rumah, overdraft, pinjaman peribadi & kad kredit dh reach 33% daripada pendapatan, peluang nak dapat loan untuk beli rumah lain sebagai pelaburan sgt2 tipis. And biasanya, separuh daripada komitmen bulanan tu adalah bayaran untuk pinjaman rumah kan? So kalau lah sewa je rumah, lebihan 15% drpd komitmen tu boleh digunakan untuk beli rumah untuk pelaburan.

Bayaran Sewa Lebih Murah

Sewa untuk rumah landed normally lebih murah drpd bayaran bulanan yang tuan rumah bayar kepada bank. Rumah teres 2 tingkat di Bangsar cost about RM1.5 juta, so bayaran bulanan dalam RM6.5k. Tapi, kalau sewa just RM3.5k je, about separuh! So setahun boleh jimat RM36k or RM1 juta dalam 30 tahun! Tak ke banyak tu.

But not the case kalau menyewa rumah pangsa. But still kalau ada apa-apa yg problem dgn rumah tuh, tuan rumah yg akan tanggung (kalau korang yang tanggung, cek balik tenancy agreement). Tak ke best kalau balik2 je lampu terbakar, call je tuan rumah soh ganti, huhu…

Physically & Financially Flexible

Agak2 bosan sewa rumah tu (atau pun fedap dgn perangai tuan rumah yang cekik darah), pindah je rumah lain. Boleh la try area lain mana-mana lagi best. Or, sewa rumah or tempat lain untuk survey sebelum agak2 nak beli rumah nanti. And since kerja sekarang ni banyak menyebabkan kita hidup nomad (kena kerja kt Sabah/ Sarawak kampung kat Kelantan, etc), so tak payah fikir dah rumah tu nak buat apa.

Financial flexibility ni sgt penting, especially org yg tak bergaji tinggi beriban-riban – mcm saya… Dgn duit yg limited, nak kena bayar bil, food, shopping and investment. Bila monthly komitmen pun tak tight or bank pun tak tahu, senang la nak buat apa-apa pelaburan pun kalau menyewa. If you want to start a business, faktor ni perlu dititikberatkan. Kalau tak, sampai bila2 la alasan takde modal. Sebab pe? Dah terikat dengan pembelian rumah!

I’ll share some case study yang orang buat & share with me in next blog post. Tp sebelum tu, apa komen/ pengalaman korang about this? Korang prefer duduk rumah sendirik or sewa jek?

admin Avatar

34 responses to “Beli Rumah vs Menyewa Rumah: Kenapa Menyewa Tak Kurang Bestnya”

  1. ::munira:: Avatar

    duduk rumah sendiri = gatal berbelanja!
    betul tu!belum masuk rumah lagik pun dah siap2 gi survey barang-barang umah *incik somi hanya mampu menggaru kepala*
    .-= ::munira::´s last blog ..sepetang di kampung halaman =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sekarang survery satu round, nanti betul2 nak masuk survey satu round lg sebab design sekarang dah lapuk hehehe

  2. Wan Anie Avatar

    biar kita menyewa bayar murah dari duduk rumah beli bagi org sewa dgn bayaran mahal… hehe 😛
    .-= Wan Anie´s last blog ..Bila Tak Ada Elektrik =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      adakah ayat ini ambigous atau otak saya terlalu kurang kapasiti hari ini untuk men-digest ayatmu ini Wan Anie huhu.

  3. yoi Avatar

    beli kot … aset untuk anak2 kemudian hari dan tak gelabah bila tuan rumah tetiba bgtahu, rumah nak dijual, kne kosongkan dalam masa sebulan. Nak ngangkut anak2 bagai, barang2 lagi. Dan terpaksa berpuas hati dengan keadaan rumah yang dah disewa, nak tebuk wat lobang aircond pon kne minta izin tuan rumah dan macam2 hal lagi. Kalau mcm saya duk low-cost apartment, tuan rumah bayar maintainance. Pernah sekali tuan rumah lambat bayar, air kitorg kne lock! Tuan rumah bz sgt, asik outstation.

    Tapi atas individu masing-masing..Ada yang lagi suka duk umah mak ayah…tu kira camne tu? sewa?tumpang?hehehehe…
    .-= yoi´s last blog ..😉 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      duk umah parents kira tumpang sambil kongsi2 beli barang dapo, aci tak? hahaha

  4. Putramama Avatar

    sokong ddk kuarters.. hehe.. blum mampu la nak beli rumah idaman.. ;p

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      senang duk kuarters kan. rosak2 bagitau je kat kompeni 😀

  5. kuza Avatar

    dulu,ms bujang,menyewa dgn chinese~sgt bagus,rosak pape je,call pagi,petang trus dtg repair…
    dh kawin setahun lebih,menyewa dgn melayu~ sgt susah nk mtk repair pape…
    so,tahun ni,ade rezeki lebih,decide beli rumah 2nd…owner lama siap renovate dapur+grill etc..w/pon kecik,dh tolak tambah,byr bulan2 kurg dr sewa skang…
    so,rasanya,beli tu bagus sekiranya,sewa=byran bulanan rumah beli.yang jadik byk hutang tu,bila byr bulanan smp beriban2 melebihi kemampuan…ukur baju di badan sendiri 😀
    .-= kuza´s last blog ..BPA free =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mung nok beli banglo ko kuza hehehe

  6. eT Avatar

    i duk umah company..then nk beli umah…tp xtau la bab gatal nk berbelanja tu agak besar juga la kan…huhu
    .-= eT´s last blog ..eP besday =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      then tu dah beli ke belum? hehehe. memang kalo rumah sendiri mesti ada rasa kena cukup semua barang. kalo umah sewa “Ala.. takpe umah sewa je pun”

      ada tak? ada tak?

  7. lydzar Avatar
    lydzar

    kami menyewa rumah walaupon dah beli rumah. lepas tu rumah yg dibeli dah disewakan pada orang. boleh la tampung bayar kt bank. masih bermimpi nk duduk rumah sendiri hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehe
      masih ada banyak tahun lagi, boleh duk umah sendiri yg lebih best 🙂

  8. Aidah Avatar

    Bagi saya, kena ikut kemampuan. Kalau kemampuan untuk beli rumah sendiri blom tercapai, baiklah menyewa. Jangan paksa diri, nanti kendian hari tak mampu bayor pulak utang rumah sebab hutang dah keliling pinggang. Tapi kalau dah memang mampu beli umah, kenapa nk menyewa kan? Rumah sendiri hak kita, apa2 yg kita buat sumer tu milik kita. Rumah sewa, kalau nak ubah @ repair apa2, kena inform tuan rumah dulu. So baik takyah kan… Saya pon masih lagi menyewa, sebab komitment lain banyak. Dah settle sumer, memang lah rasa nak beli umah sendiri. Sebagai harta hari tua..
    .-= Aidah´s last blog ..Geram nyer.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cemana pun kena ada jugak rumah sebijik kan? termasuk dalam keperluan asas = makanan, pakaian & tempat tinggal.

      duk menyewa kalo dah pencen nanti gaji pun takde, larat ke duit pencen nk bayar sewa bulan2? err tapi kalo anak2 dah beli rumah best2 apa salahnya ibu bapak menumpang kasih kan ekekeke

  9. MAH Avatar
    MAH

    kalau mampu d undur balik ai nak pilih menyewa dan rumah sendrik di sewakan

    kadar sewa lepas bulan2 payment kat bank plus sewa umh lama. best giler kan kan kan

    tp tuh laa gatai nak dok umh sndrik,renovate kow2 akhirnya termenyesal skit

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bila ko nak ajak aku datang rumah? hehe.

  10. ida.z Avatar

    sbb duduk rumah sendiri, so of course lah prefer rumah yg dibelikan…mmg masa nak masuk rumah dulu berangan mcm2..tp nasib baik masih waras. I plak terbalik bila dah duduk ni, malas nak tambah2 ape brg hiasan dah..hehehe..
    .-= ida.z´s last blog ..Going Our Separate Ways =-.

  11. sya Avatar

    beli rumah sendiri.
    tapi, cari yang murah je dulu… sebab, untuk masa sekarang, duit diperlukan banyak untuk benda lain. esok2, insyaAllah, boleh tambah rumah lagi ke, atau jual yang ni, beli lain ke…
    untuk saya, beli rumah, tapi tak ada buat banyak perubahan… slow2 laaa….
    tapinya, bila nak beli rumahnya? huhu
    .-= sya´s last blog ..darwisy – karate kid! =-.

  12. farah Avatar

    saya nak tambah point..kalau menyewa,tak puas hati dengan jiran ke leh pindah tempat lain kalau umah sendiri,kena hadap gak jiran tu sampai la ko beli umah lain hahahaha…sebab tu better check sapa jiran2 anda bila membeli umah.
    .-= farah´s last blog ..Bila panggilan daddy bertukar jadi abang =-.

  13. Asiah Abd Jalil Avatar

    Suami saya decided nak beli rumah selepas baru 6 bulan bekerja. Dia terus nak beli rumah besar, semi-D 4 bilik dengan halaman yang luas. Tolak bulan-bulan sampai 1/3 gaji dia waktu tu. Saya memang seriau, dah la saya tak kerja, kami takde sumber pendapatan lain. Saya dok fikir, anak baru 2, buat apa beli rumah besar-besar.

    Rupa-rupanya suami saya ada banyak rasional. Pertama, kalau beli rumah, siap ada insurans, kalau dia umur tak panjang, kurang-kurang dia dah tinggalkan sebuah rumah untuk saya dan anak-anak. Kedua, kami memang dah plan nak ada anak ramai, so beli rumah besar siap-siap, tak payah nak dua tiga kali pindah rumah. Rumah pun harta kita, suka hati nak buat apa, nak renovate tambah lagi 3 bilik tidur pun masih muat tanah lagi. Ketiga, kami memang dah plan nak mastautin kat sini sampai tua, nak bina career kat sini, nak buat kenduri kahwin anak-anak kat sini, nak tunggu cucu-cucu balik kat sini. So beli siap-siap rumah untuk hari tua. Keempat, kami beli rumah ni masa neighbourhood ni masih belum glamour. Walaupun masa kami beli, bayaran bulanan sampai 1/3 gaji, tapi gaji naik tiap-tiap tahun. After 5 years, harga rumah kami dah naik sekali ganda, sebab development kat sekeliling dah rancak.

    Syukur saya tak gatal berbelanja masa beli rumah ni, sebab time tu sedar diri takde duit. Rumah besar kami takde perabot pun. Sampaikan adik bongsu saya yang sekolah menengah tu datang rumah, dia boleh main bola kat ruang tamu.

    Pokok pangkalnya, tengok hala tuju rumah tangga kita sebelum decide nak beli rumah atau menyewa aje. Tengok juga nature kerja kita, kalau macam nomad, tak perlu la beli rumah, dengar nasihat Along tu.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Benchmark =-.

  14. fid Avatar

    saya sewa umah rm450 walaupun area tuh dah kena bayar lebih sbb saya sewa umah kenalan mak cik saya dan depa tak mau dok umah tu nak beli depa tak mau jual dan rasa tak nak beli pun hahaha

    ikutkan hati mmg tak suka sgt dah area situ punya kejiranan tp sewa murah
    nak beli rumah tapiii sat laa…duit baru ada beberapa kupang utk rumah
    kita himpun EMAS dulu naaa
    kakakakkakakakakaa
    .-= fid´s last blog ..Isogashi =-.

  15. LeeN Avatar

    ya. kalau nomad, better hold dulu beli rumah. kalau dah sure fire sangat kita mmg nak bina career kat situ, why not. its a good investment. semua ni terpulang pada keadaan masing-masing. sbb itu selalunya, orang beli rumah bila dah tahu akan terus kerja kat sesuatu tempat tu. tak pindah2 dah.

    orang sekarang kan, memang jarang sekali dengar masuk rumah sebelum renovate kaw-kaw kan? mostly akan renovate baek punya dan dapur mesti kellas. personally, leen rasa utama kan yang utama je lah dulu. beli rumah tu dan duduk lah dulu sebagaimana yang ada. dah ok semula, then baru start fikir untuk renovate. bukan apa, definisi renovate is ‘kalau ada duit lebih’. bukannya suatu kemestian. kan. mmg ada certain rumah kita tak selesa, tapi kalau sampai mencekik kita balik.. better tunggu la allocation untuk renovate. itu je…
    .-= LeeN´s last blog ..masa akan terus berlalu… =-.

  16. maria Avatar

    suami saya ada beli rumah ( beli ms bujang). tp kitorg tak duduk situ. 1. sbb jauh dari office saya.
    2. suami pun kerap outstation.
    jadi, skrg ni duduk rumah kedua kepunyaan mak saya, secara tidak official, heheh ( letak brg2 je) sbb dia asik tiada di rumah, saya pun x brani sorang2 dkt rumah.
    jadi saya pun duk skali dgn mak abah saya.
    mmg teringin nak beli rumah atas nama saya sendiri. tp byk faktor yg dipikirkan..
    1. jenis rumah (teres / apt) : rumah ke2 mak saya tu teres 2 tingkat. saya mcm x gemar je, sbb dah penah duk rumah 2 tingkat.. saya sukakan rumah satu tingkat je..
    kalau rumah apt, mcm best, tp dah merasa rumah suami, nak beangkut anak2, barang2 “turun naik” rumah tu.. leceh sket la..
    pastu anak2 jiran suka ketuk pintu, nak main dlm rumah.. rasa mcm tiada privasi..
    2. kejiranan , risau dpt jiran yg tak best.
    3. keselamatan, skrg ni byk kes pecah rumah etc.. risau kalau nak beli kat kawasan yg tgh develop
    4. kewangan : nak pinjam bank ke tgu loan gomen? nak tgu lama2, karang harga rumah melambung.. pastu kalau beli rumah, sure takleh nak suka2 berbelanja mcm skrg ni.. nak beli apa pun (yg affordable), takde nak pk 2-3 kali..
    6. saya cepat boring kot.. saya rasa kalau dah boring duk satu2 tempat, leh pindah2 tempat lain.. (berangannn) tp kalau dah beli rumah.. nasib tak baik.. camne tu?
    .-= maria´s last blog ..thanks auntie byzura =-.

  17. dbalkis Avatar

    Sum ppl nak beli rumah cepat2 sebab nak settle down lepas bertahun2 menyewa dari bujang sampai phase awal perkahwinan.. Bila dah ada rumah sendiri rasa lain dan sangat puas hati..Esp suami sebagai ketua keluarga. Mungkin dia rasa dia dah dapat memberi yang tempat berlindung yang lebih baik milik keluarganya sendiri.Persediaan juga untuk anak di hari mendatang…For the mam pulak, tiba2 rasa sangat suka pada rumah dan berkobar2 rasa nak buat itu dan ini untuk rumah baru tu..can’t describe the feeling..But seriously, we need to wait until ur $$$$ allow u to buy a new home. Not just the house but segala tok nenek reno+new furniture segala..Not to rush just for the sake to own a house.

  18. mommy danish dan arissa Avatar
    mommy danish dan arissa

    Bak kata pepatah…hujan emas di negeri orang…hujan batu di negeri sendiri..lebih baik duduk umah yang kita beli sendiri…heheh..sesuai tak ek peribahasa tu?

  19. mommy icha Avatar

    i vote for rumah sendiri!

    .. tp tulah, now ni walaupun ada rumah sendiri, dpt tukang jual yang ma***n (~sigh). dia yg tak reti manage duit sampai kena blacklist dgn bank, tak pasal2 nak tarik balik perjanjian. so, terpaksa menyewa rumah. dapat lak lawyer me**y* yg sgt slow buat kerja (~sigh again)

    sekarang rasa nak backoff aje. sayang duit dah renovate rumah. dapur rm5k tersadai kat stor rumah sewa ni. sewa rumah sewa sama dengan bayar rumah sendiri (rm1k). tension tak tension ni? burn ajelah duit bayar kat lawyer. semua ni ujian ALLAH
    .-= mommy icha´s last blog ..*~ Special Offer Sempena Hari Bapa 2010 ~* =-.

  20. salzahari Avatar
    salzahari

    tak pernah dok rumah sewa dari mula kahwin sbb husband dah ada rumah, then skrg pun beli rmh sendiri jgk!

    as for us yg total income tak sampai 10,000 ni..mmg tak bleh psg angan nak beli rumah di kwsn strategik dan glamorous spt Wangsa Maju, TTDI, KD (bkn kris dayanti okey..),Bangsar dll.sbb umur mampu byr bank pun (vs gaji bulanan) dah agak ‘tua’ (dekat 30 time he bought his house and myself,time umur 30).

    sungguh rasa sayang duit nak byr Rm1,000++ utk rumah semata bulan2 sedangkan belanja bulanan pun ada jgk! cukuplah apa yg ada… rumah hubby pula, skrg dia dah sewakan. Kira nasib dan sykurlah,so far tenant berdisiplin membayar (tapi we never spot check rmh tu dah ‘jadi apa’ since diaorg duduk).sewa bulanan lepaslah byr bank! tak buat untung pun tp kira oklah…

    kalau fikir nak rumah besar2/corner lot, fikir jgk saudara bkn dtg everyweek pun dan kenduri kendara (anak kahwin) maybe dlm 20thn lagi which is time tu mana tahu kwsn rumah tu dah besar dan muat khemah di jln dpn (mmg muat pun skrg)…Tapi kalau fikir nak anak2 free bermain, mmg seronok ada rmh atas tanah. Basuh kereta pun sng, kiranya byk quality time dpt spend di luar jgk instead terperuk je dlm rumah (ie.basuh kereta sama2, cabut rumput sama2, siram pokok sama2, camping kat dlm pagar sendiri,buat BBQ kat dlm pagar sendiri dll!) tak semstinya kena spend di luar–>gi jauh2…

    as for renovation, man-man…tak semestinya buat cepat2. byk org advice,kalau nak buat- buat dapur dan plaster ceiling dulu sbb dapur, byk brg nak sumbat dlm cabinet dan plaster ceiling, kalau buat kendian dah masuk rumah nanti nak kena kemas balik rumah dan habuk2 tu mcm masuk rmh baru jgk! penat……

  21. salzahari Avatar
    salzahari

    ohh, conclusionnya saya suka duk rmh sendiri sbb time bujang duk rmh sewa,mslh2 spt tuan rmh nak naikkan sewa,tuan rmh lmbt repair,tuan rmh tak byr maintenance-air potong kita yg kena suffer!

    for tips, utk beli rumah :-
    1) Kalau mampu time itu dan rasa mampu byr bulanannya dlm 5-10thn lagi
    * Beli rumah atas tanah yg bukaannya 2,000kps ke atas.
    * Beli rumah yg luas binaan (bukaannya) besar dan bilik cover semua anak lelaki, perempuan,tetamu dan bilik kerja/ mini library.
    * Beli corner/ end lot bagi saudara yg duduk dekat dan sering dtg!

    2) Kalau ado-ado je,belilah yg sesuai tapi selesa
    * Pentingkan luas binaan ie. 1, 890kbps (eh betul ke, ni mcm speed Internet je :p) bkn 22 x 65 itu sbb kdg2 landskap je luas, dlm cukup2. Dah soh-soh kena renovate skit kat mana2 (dapur selalunya).
    * Beli rumah yg tiang/beam depan (garaj) muat 2 kereta siap2 bukan maksud yg muat 2 kereta (dpn-belakang sbb nanti dpn je berbumbung, blkg basah dah kena buat bumbung tmbhn dan pecah pagar).
    * Perabot, pakai dulu yg lama (kalau ada) dan kalau sok rasa dah tercabut spring segala, baru tukar…Kalau nak njuk kat org pun, 1 hari je bkn org dtg hari2 :p Pedulikan kata org!

  22. fid Avatar

    saya pun nak rumah sendiri
    kalau ada rumah rm50k saya beli esok ahhahahaha
    .-= fid´s last blog ..World Cup sungguh mantap! =-.

  23. aidie Avatar

    beli rumah and sewakan..n sendiri duduk kat rumah sewa yg cheaper 🙂 bley?
    .-= aidie´s last blog ..Appetite for feverish baby =-.

  24. noktah erna Avatar

    setuju dgn aidie.. tapi kekadang tu keinginan untuk decorate rumah membuak2 tetapi terpaksa dilupakan saje bila memikirkan kita duduk kat rumah sewa.. hikhikhik

  25. maz Avatar
    maz

    cita2 kalau bole nk memiliki rumah yg luas, ada tanah (50×80 dh ok), tp memandang kan dgn gaji yg tk seberapa ni, impossible sy nk memiliki rumah idaman itu lebih2 lg area klang valley ni. so plan nk berjinak2 dgn property investment tuk dpt rumah idaman. suka sgt baca entry blog ni esp part hartanah..very the informative, ML tk lokek sharing ilmu. semoga TT dimurahkan rezeki heheh. sy br berjinak2 dgn hartanah thn ni, tup2 BNM announce housing loan 3rd house boleh takat 70% jer huhuh..sib baik gomen loan tk kacau lg..so plan 3rd house pakai gomen loan then stop kumpul duit tuk 4th hse..tk pun refinance umah sewa buat d/p 4th hse..Ml mcm mn ok tk planning sy nie ^-^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge