,

Bagaimana Nak Jimatkan Kos Bawa Keluarga Bercuti

admin Avatar

Bila sebut tentang bercuti, atau travel, atau even staycation pun mesti perkara wajib yang selalu ditanya ialah tentang kos.

Ye lah, kos memang penting sebab ia melibatkan duit. Kalau takde duit macamana kita nak bercuti. Nak beli nasi lemak pun tak dapat.

Kalau travel sendiri mungkin mudah, tapi bagaimana kalau nak rancang percutian sekeluarga. Pasti banyak duit kena keluar.

Sebenarnya kita boleh berjimat banyak dan tidak perlukan kos yang tinggi pun untuk bawa keluarga bercuti.

Cuti-Cuti Malaysia

Jangan ingat bila nak bercuti kena ke luar negara je. Dalam negara kita ada banyak tempat menarik dan bertaraf antarabangsa. Ada banyak destinasi menarik yang boleh menjadi tempat percutian sekeluarga dengan kos yang minima.

Mengunjungi Saudara-Mara

Contohnya dengan mengunjungi saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu di negeri yang jauh. Mungkin ada di antara saudara-mara anda yang tiada kekangan dan menawarkan anda untuk menginap di rumah mereka. Apa lagi kalau mereka tinggal di kawasan yang berbeza misalnya di desa atau di luar negara. Bukan saja anda boleh bercuti dengan jimat malah murah rezeki dengan menjalin silaturrahim.

Bercuti Berkumpulan

Menanggung kos percutian sekeluarga pasti agak besar jumlahnya. Bercutilah bersama-sama keluarga lain kerana anda boleh berkongsi kos untuk kenderaan dan penginapan misalnya.

Ambil Kesempatan Semasa Offer

Syarikat penerbangan sering melakukan tawaran harga runtuh. Dan anda mestilah sentiasa alert dengan subscribe update daripada mereka. Kami pernah terbang dengan MAS dari KL ke Kota Bharu dengan kos hanya RM300 pergi-balik untuk 5 orang.

Bawa Makanan Sendiri

Antara kos termahal bila bercuti ialah makanan. Anda boleh berjimat dengan membawa bahan makanan sendiri dari rumah. Samada anda perlu memasak atau makanan segera yang banyak tersedia sekarang, seperti nasi lemak segera.

Menginap di Homestay Seperti di AirBnB

Hotel di luar negara agak strict dalam bab bilangan ahli dalam satu bilik. Misalnya di Eropah anda mesti mendaftarkan kesemua anggota keluarga termasuk bayi. Bayangkan jika anak anda ada 4 orang, sudah tentu anda perli menyewa 2 bilik. Dalam hal ini, menyewa rumah di AirBnB lebih menjimatkan dan memudahkan. Anda juga boleh memasak di AirBnB. Klik SINI untuk survey rumah-rumah di AirBnB.

Menebus Mata Ganjaran

Kami sendiri telah pun menikmati tiket penerbangan percuma dan penginapan percuma dengan menebus mata ganjaran. Bijaklah berbelanja dan gunakanlah sebaiknya program-program kesetiaan kerana ia amat banyak faedahnya.

Anda ada pengalaman percutian yang jimat? Mari kongsikan dengan kami.

admin Avatar

4 responses to “Bagaimana Nak Jimatkan Kos Bawa Keluarga Bercuti”

  1. Fuzy idris Avatar

    Dalam planning nak vacation, Walaupun nak beli tiket masa offer tetap kena ada duit, tabung travel kena penuh cepat-cepat ni

  2. Ibu Zaid Avatar

    Bagus tips travel di atas ni

    Ibu dah banyak praktikkan sendiri

  3. Ira Avatar

    Bagusnya tips-tips yang ada tu.Kita boleh gunakan kalau nak bercuti dengan keluarga tersayang tau.kita boleh jimat kos juga.kita kenlah simpan duit yang banyak nak mencukupi ye.tapi sambil bercuti jangan membazir pula ye.kita pun bole bercuti dalam malaysia atau melawat rumah saudara mar yang jauh juga dikira sebagai bercuti tau.sama2 kta pratikan tips2 di atas ye semua.

    1. admin Avatar
      admin

      betul tu. lawat saudara mara mengeratkan silaturrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge