Bila sebut tentang bercuti, atau travel, atau even staycation pun mesti perkara wajib yang selalu ditanya ialah tentang kos.
Ye lah, kos memang penting sebab ia melibatkan duit. Kalau takde duit macamana kita nak bercuti. Nak beli nasi lemak pun tak dapat.
Kalau travel sendiri mungkin mudah, tapi bagaimana kalau nak rancang percutian sekeluarga. Pasti banyak duit kena keluar.
Sebenarnya kita boleh berjimat banyak dan tidak perlukan kos yang tinggi pun untuk bawa keluarga bercuti.
Cuti-Cuti Malaysia
Jangan ingat bila nak bercuti kena ke luar negara je. Dalam negara kita ada banyak tempat menarik dan bertaraf antarabangsa. Ada banyak destinasi menarik yang boleh menjadi tempat percutian sekeluarga dengan kos yang minima.
Mengunjungi Saudara-Mara
Contohnya dengan mengunjungi saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu di negeri yang jauh. Mungkin ada di antara saudara-mara anda yang tiada kekangan dan menawarkan anda untuk menginap di rumah mereka. Apa lagi kalau mereka tinggal di kawasan yang berbeza misalnya di desa atau di luar negara. Bukan saja anda boleh bercuti dengan jimat malah murah rezeki dengan menjalin silaturrahim.
Bercuti Berkumpulan
Menanggung kos percutian sekeluarga pasti agak besar jumlahnya. Bercutilah bersama-sama keluarga lain kerana anda boleh berkongsi kos untuk kenderaan dan penginapan misalnya.
Ambil Kesempatan Semasa Offer
Syarikat penerbangan sering melakukan tawaran harga runtuh. Dan anda mestilah sentiasa alert dengan subscribe update daripada mereka. Kami pernah terbang dengan MAS dari KL ke Kota Bharu dengan kos hanya RM300 pergi-balik untuk 5 orang.
Bawa Makanan Sendiri
Antara kos termahal bila bercuti ialah makanan. Anda boleh berjimat dengan membawa bahan makanan sendiri dari rumah. Samada anda perlu memasak atau makanan segera yang banyak tersedia sekarang, seperti nasi lemak segera.
Menginap di Homestay Seperti di AirBnB
Hotel di luar negara agak strict dalam bab bilangan ahli dalam satu bilik. Misalnya di Eropah anda mesti mendaftarkan kesemua anggota keluarga termasuk bayi. Bayangkan jika anak anda ada 4 orang, sudah tentu anda perli menyewa 2 bilik. Dalam hal ini, menyewa rumah di AirBnB lebih menjimatkan dan memudahkan. Anda juga boleh memasak di AirBnB. Klik SINI untuk survey rumah-rumah di AirBnB.
Menebus Mata Ganjaran
Kami sendiri telah pun menikmati tiket penerbangan percuma dan penginapan percuma dengan menebus mata ganjaran. Bijaklah berbelanja dan gunakanlah sebaiknya program-program kesetiaan kerana ia amat banyak faedahnya.
Anda ada pengalaman percutian yang jimat? Mari kongsikan dengan kami.
Leave a Reply