Alhamdulillah, sesuatu perkara bila diperlakukan dengan baik, maka baiklah jadinya.
Kini media sosial menjadi penghubung antara insan2 murah hati dengan insan2 yang memerlukan kemurahan hati itu. Saya kira kuasa media sosial ni lebih kuat dan lebih pantas. Maklumlah sekarang ni dunia di hujung jari.
Saya nak sangat compile semua insan2 comel yang memerlukan bantuan kita, tapi disebabkan kekangan yang dihadapi, saya cuba yang terbaik untuk mereka.
Comel kan? Gambar di atas saya dapat dari wall FaceBook. Baby Rayyan, si comel penghidap lukemia peringkat awal yang memerlukan darah baru setiap hari. Saya tak kenal pun Baby Rayyan, mahupun ibu bapanya. Tapi sebagai ibu hati cepat tersentuh bila tengok anak-anak kecil dalam keadaan macam ni.
Lukemia sebenarnya dekat di hati saya, arwah bapa mentua saya meningal dunia setelah disahkan menghidap Lukemia Limproblastik. Dari situlah suami saya menjadi penderma darah tegar… beliau terharu dengan bekalan darah yang sentiasa tak putus untuk arwah.
Jadi bila gambar dan cerita tentang Baby Rayyan disebarkan.. ia dekat di hati kami.
Begitu juga tentang Angah yang sungguh menyayat hati.
Lebih menyedikan bila ada pihak tak bertanggungjawad dikatakan mengambil kesempatan atas penderitaan Angah. Sungguh.. di mana hati perut mereka?
Tatkala melihat wajah comel Baby Rayyan dan Angah, saya memandang satu persatu wajah anak-anak saya. Alhamdulillah syukur anak-anak saya membesar dengan sihat dan sempurna. Meskipun Fahry, namun dia sihat dan tetap sempurna di mata saya.
Ayuhlah kita bantu anak2 ini.. Lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki. Mudah-mudahan doa kita tatkala berpuasa dimakbulkan Allah, dan segala yang terbaik buat mereka, dan juga anak2 lain yang tidak seceria anak-anak kita di rumah.
Derita permata hati ini juga mengingatkan saya.. bahawa anak2 adalah anugerah, ujian, pinjaman, amanah… apa saja yang boleh kita sebutkan. Anak adalah kunci kita ke syurga mahupun neraka, naudzubillah. Semoga apa yang berlaku memberi hikmah yang besar, bukan saja pada keluarga yang terlibat, tapi juga kita yang memandang ni..
Jomlah sesiapa yang punya darah O dan A+, bantulah Rayyan. Yang punya rezeki sedikit sebanyak, hulurkan buat Angah.. Semoga ia mejadi investment yang dipanggil ‘tujahidu nak fi sabillahi bi amwalikum wa anfusikum”.
Aduh, tak tau apa nak cakap. Kita yang biasa2 ni, anak selesema pun dah kalut ribut, bayangkan mereka2 yang anaknya menghidap sakit kronik. Semoga ketabahan mereka menyinggah di hati kita juga.
Leave a Reply