Cara Membayar Zakat

By | August 17, 2012

Bila tiba bulan Ramadhan banyak kaunter zakat fitrah dibuka.. di mana2 lokasi ada kan. Sekarang senang nak bayar zakat fitrah, sambil2 shopping, boleh drop by mana2 kaunter  bayar zakat.

Dari Ibnu Umar : “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap Muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Selain dari zakat fitrah yang wajib ke atas setiap Muslim, umah Islam juga wajib mengeluarkan zakat lain contohnya zakat pendapatan, zakat harta, etc. namun ia tertakluk kepada haul (masa) dan nisab (jumlah). Ia cuma wajib ke atas mereka yang melepasi nisab yang ditetapkan yakni bersamaan 85 gram emas selama setahun (haul zakat) dan diambil sebanyak 2.5% atau 1/40 dari pendapatan bersih. Zakat pendapatan ni boleh dibayar bila2 masa dan bukan pada bulan Ramadhan saja.

jenis zakat

Jadi bila masuk bab bayar zakat ni, ramai yang mempersoalkan tentang cara yang paling afdal.

Adakah – BAYAR PADA PUSAT ZAKAT, atau BAYAR SENDIRI KEPADA YANG MEMERLUKAN?

Terdapat 2 pendapat tentang cara membayar zakat:

  1. zakat hanya sah bila dibayar kepada pusat zakat.
  2. zakat boleh diberi terus kepada yang memerlukan.

Menurut Prof Yusof Al-Qadrawi, jika sekiranya kita hidup dalam negara yang mempunyai sistem pengurusan zakat, maka zakat hendaklah diserahkan kepada pusat zakat. MAnakala jika kita hidup dalam negara yang tidak ada sistem zakat, maka zakat boleh diberi terus kepada penerimanya.

Saya telah merujuk ke Pusat Zakat, dan kesimpulan yang saya dapati ialah dengan keadaan kita di Malaysia, menyerahkan urusan zakat kepada pusat zakat adalah lebih utama.

Salah satu sebabnya kerana kekeliruan terhadap golongan asnaf. Ramai yang menyebut tentang “Bayar je zakat ke rumah anak2 yatim” sedangkan anak yatim bukan golongan asnaf, kecuali jika mereka termasuk dalam kategori fakir dan miskin. Dan rumah anak yatim yang mendapat biaya tidak termasuk dalam golongan asnaf.

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan” [At-Taubah:60]

Ramai yang memilih untuk membayar zakat terus kepada penerimanya atas alasan ‘Penyelewengan oleh pusat zakat’. Dan ini jawapan oleh Kapten Hafiz Firdaus dalam Fiqh Harta:

  1. Adakah terdapat bukti penyelewengan oleh pusat zakat? Atau sekadar desas-desus sahaja?
  2. Sekiranya terbukti ketidakcekapan mereka, adalah kita berusaha memperbetulkan atau cuma merungut saja?

Kesimpulannya.

  1. Jika jelas terbukti pusat zakat menyeleweng, maka tidak wajib lagi mengeluarkan zakat kepada pusat zakat. Maka boleh bayar sendiri kepada asnaf yang 8.
  2. Jika penyelewengan pusat zakat cuma diragui, maka zakat tetap dikeluarkan kepada mereka, kerana hukum Islam terbina atas keyakinan, bukan keraguan.

Zakat adalah sedekah yang wajib, jadi haruslah kita nilai betul2 agar ibadah kita diterima Allah. Jika nak juga keluarkan zakat terus kepada asnaf, pastikan mereka benar2 golongan asnaf. Semoga zakat kita sah dan diterima.

Category: Ad-Deen

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge