Rabu lalu PNB mengumumkan kadar pulangan ASW 2020 sebanyak 6.3 sen. Walaupun ramai yang tersenyum gembira (terutamanya kaum bukan bumiputera), pendapatan seunit jatuh 10% daripada tahun sebelumnya (7 sen).
Yang peliknya, pulangan seunit ASW 2020 ini menyusut ketika kadar keuntungan ASW secara keseluruhan meningkat 12.6%! (Daripada RM498 Juta tahun lepas kepada RM592 Juta tahun ini).
Kenapa ini terjadi?
Keratan akhbar The Star Menerangkan segalanya….

Dalam perenggan pertama ada menerangkan “Kadar pulangan tahun ini lebih rendah daripada 7 sen yg dibayar tahun lepas kerana saiz dana terbabit meningkat sebanyak 41% daripada tahun sebelumnya”
Jika anda masih ingat, begitu ramai rakyat Malaysia bukan bumiputera yg beratur panjang bagi merebut peluang melabur dalam ASW 2020 – ketika PNB membuka semula peluang melabur untuk bukan bumi – awal tahun ini. Kesannya, saiz dana tersebut melonjak mendadak.
Justeru, kadar keuntungan yang hampir sama terpaksa dikongsi dengan lebih ramai pemegang saham. Akibatnya, kadar keuntungan seunit sukar berkembang dan paling teruk jika berkurangan.
Untuk pengetahuan anda, ini adalah masalah biasa untuk dana amanah saham yg tiada had (open-ended fund); terutamanya ASB. Jika anda follow semua laporan singkat Mommy Finance, sudah tentu anda tahu bukan?
Cuba anda bayangkan, setiap tahun makin ramai pelabur bumiputera menabung dalam ASB. Pada masa yang sama, pelabur ASB juga menambahkan jumlah pelaburan mereka hasil simpanan gaji bulanan, bonus tahunan mahupun dari lain-lain pelaburan. PNB terpaksa untung lebih 10% jika kadar simpanan pelaburnya meningkat 10% setiap tahun hanya untuk mengekalkan kadar pulangan seperti sekarang (7-9%).
Jika tidak, kadar keuntungannya akan semakin berkurangan!
Kesannya amat ketara dalam ASW 2020 tahun ini, dan pasti memberikan kesan lebih teruk kepada ASB jika PNB gagal mencari peluang pelaburan “berunsurkan bumiputera” yang lebih menguntungkan pada masa depan.
Agak-agak, mampukah kadar pulangan ASB mencecah dua angka (double digit) seperti tahun 90-an?
Dengan konsep 1Malaysia sekarang, saya fikir semakin sukar untuk PNB mendapat keutamaan dalam apa jua pelaburan sebelum dikritik media & suara lantang kaum lain. Tambahan pula, desas-desus untuk memansuhkan bahagian ‘kaum’ dalam borang-borang pendaftaran rasmi kerajaan & swasta membuatkan saya terfikir, apakah mungkin jika peluang pelaburan ASB juga terbuka kepada semua bangsa Malaysia?
Jika ia berlaku, adakah kita (bumi) sudah betul-betul bersedia?
Anda tak perlu menyangka hujah-hujah di atas sebagai ancaman, tetapi biarlah sebagai peluang untuk anda lebih bersedia. Terus terang saya katakan, amat sukar untuk melawan arus liberalisasi di Malaysia hanya untuk mempertahakan hak-hak istimewa sesuatu bangsa berdasarkan kelantangan bersuara kaum-kaum lain akhir-akhir ini.
Namun apa yang penting, biarlah kita bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku. Supaya. Kita tidak menjadi ‘pendatang di negeri sendiri…. ‘





{ 30 comments… read them below or add one }
Lina..
Semua nak dengar ckp depa..nak amik hati depa..tapi depa tak hingin pun nak bersyukur tentang ni semua..huhuhuh..
I pun mcm susah dah nak harap kat ASB.Mmg tak harap sangat pun..huhuh
.-= mamadanish dan arissa´s last blog ..Eumora =-.
what to do… this is the reality we have to face.
kita la yang kena bersedia, kalo masih lalai2 gitu, memang gitula kaedahnya.
tol tak?
org bumi bukannya takde kekuatan ekonomi. bukan diorg sumer tak bley borong PNB punye skim sampai habis. tapi diorg lebih minat kepada benda modal nye rendah dan untung cepat. so, ramai2 lah yg masuk MLM, skim cepat kaya, tampal pengiklanan dan dapat duit, surat berantai, email cari waris harta, sms menang hadiah dan bermacam lagi lah. kita sememangnya kaya sebenarnya.
tapi ape yg saya nampak kesilapan besar adalah bila PNB membuka simpanan kepada non-bumi. silapnya adalah, bumi ketika menyimpan di ASB, tidaklah utk simpanan semata tetapi akan menggunakannya balik. sebaliknya bagi non-bumi mereka mampu menyimpan tanpa mengusik sesen pun dalam dana tersebut menyebabkan PNB terpaksa menanggung pembayaran dividen yg amat tinggi.
dana dari non-bumi ni rendah tahap kecairannya dan seakan hampir beku dalam akaun-akaun tersebut. maka, bayangkanlah dividen yg mereka akan perolehi sekiranya ASW masih lagi 10% keatas seperti dulu-dulu.
jurang ekonomi yang dah sekian lama lebar akan menjadi sayup-sayup mata memandang jadinya. namun kita masih tidak sedar kerana sikap yang kita paling suka, buat kerja sedikit dan suka kaya cepat.
ada betulnya kata saudara.
kalau tak takkan org bumi je yg asik masuk paper tertipu dengan skim SMS
kenapalaa kerajaan x leh defend ‘bumi’?kengkdg akak rasa kita bg muka sgt kt diorg nih..kesian kan kt anak2 kita..
in other hand, kita kena pandai cari lubuk duit yg halal. no more invest+wait & see method. kena baca buku investment bebyk nih..huhuhu..
maybe sebab kita too complacent tapi suka lawan dia, jadi orang dah taknak defend kita dah. pandai2 defend diri sendiri.. bole tak? hehe.
kita kena pandai berdikari skang, dah takleh nak harap bantuan2 segala.
pada saya asb dah nak macam saving account lain walaupun end year return lebih banyak.kena cari duit lain jg.tak boleh harapkan investment itu saja.invest dlm insuran lagi baik.
.-= ida´s last blog ..puasa ke budak ni??? =-.
mungkin bole kata saving yg bagi higher return instead of investment dah skg hehe.
pernah dpt 1emel from SC kata… ASB not according to Islamic way… mcm mana? nak crk baliklaa emel tu… nnt kite forward kt mommy lyna….
.-= nadiea´s last blog ..Sticky Mode : ~Promosi Kueh Raya 2009~ =-.
nadiea, no need. the fact that its own maybank shares pon dh tau status ke-halalam-nya
wrote this just precaution jgn complacent with wht u have…
tak paham….kira halal kerr haram ek?bule ker tak kita melabur kat sini? uhuhuhuhu
.-= nadiea´s last blog ..Sticky Mode : ~Promosi Kueh Raya 2009~ =-.
Hai nadiea, nak mintak opinion u. ok ker melabur kat asb
aqis,
investment wise mmg OK sebab dia sangat stabil. tapi purity wise tu kena check betul2 lah
sori lambat replyyy. dah tertinggal pastu teringat ada soalan belum berjawab
saham-saham yg melabur dalam bank konversional mcm maybenk dihukumkan sebagai haram. tapi kalau ada produk2 dari meybenk yang mengikut syariah i.e. takaful etc. itu tak ape.
Actually aqis kurang paham tentang pelaburan nie.
Makna nyer byk negative dari yang positif ker? Aqis pun baru ingat nak melabur dalam saham nie
Actualy PNB is among the safest place to invest,if nak kata pelaburan la. Reason why, most of the funds, i.e ASB,ASW, harga tak fluctuate, so we are n0t exposed to any risk.
Tp if u read my aticle, lama kelamaan even if untung dia mkn byk tp return mkn sikit. So that’s the thing kita kna tengok2.
Tp melabur cmana2 pun kena paham the c0ncept & kn0w at least basic things. If tak memang u’ll see -ve ajela
for me i still simpan duit in ASB since my mom dah bukak the account masa i skolah. maybe yes the return is slowly decreasing, but from my point of view, its better that i start now rather than later. lagipun ASB ni nk keluar kan susah kena pakai buku..bila dah leceh, maka kadar pengeluaran adalah rendah. But i like to think of diversion of investment. tak solely depend on ASB, maybe masuk tabung haji, insurance. utk yg berani sila lah main share market. so far i masih belum ada ilmu n keberanian ke arah itu
salam, terkejut gak dengan apa yang berlaku skag.. saving dalam insurans?????? ok ke
salam mohdyus,
as saving, OK jer kat mana2 pun tapi peratikanlah return dia boleh overcome inflation tak?
hari ni kalau ada 1juta kita dah jutawan, lagi 30tahun, 1juta tu nilai macam 60 ribu jer. so kena la cari tempat yang boleh kasik kita nilai yg sama or lebih dari 1 juta hari ni. hehe.
so what are the best to place our money, sebab ramai gak kawan2 yang buat loan ASB thru maybank like sijil simpanan..
best place? hmm, kalau prefer amanah saham gk tgk la unit trust lain. if you have knowledge & brave enough, beli saham. bukan susah pun. kalo nk senang, beli je saham2 yg ASB laburkan (except yg non-halal la).
Thanks for the info.
Skrg ni tgh belajar tentang pelaburan Emas (999 / 916). Cam menarik aje. Emas ni kan tak ada inflasi. So tuk pelaburan jangka panjang saya nampak Emas satu alternative yg baik.
mungkin sekarang masanya untuk bertukar arah kepada emas dan property pulak kan
alamak aqis….sorila…citer part investment ni…kite pun kureng jgk….byk benda kene tau….
investment mana yg paling bagus sbnrnyer? ade tak yg according to out syariah principal? or sume sama jer??? hmmm….
.-= nadiea´s last blog ..Sticky Mode : ~Promosi Kueh Raya 2009~ =-.
investment yg paling bagus ialah yang paling high return
kalau private unit trust i.e. public mutual, mana2 yg ikut syariah tu ada la nama ISLAMIC.
itu baru asw 2020…tak sabar nak menunggu announcement tntg dividen asb plak…hope tak turun la mcm apa yang terjadi pada asw 2020…
.-= lynn hamzah´s last blog ..bosan sungguh saya =-.
hehe. sama2lah kita menunggu ketibaan khabar itu
maybe ASB, T Haji boleh digunakan utk simpan rizab kecemasan (6-12 mths punyer gaji). lain invest kat tpt lain….
sedarlah diri dulu. perkataan bumiputera berasal dari sanskrit. disebabkan melayu tak ada banyak perkataan, terpaksalah pinjam bahasa asing. saya x faham kenapa penulis mengungkit perkara kaum dengan saham. you ingat dalam dunia ini, melayu saja miskin?
deja, part mana yg u baca n ertikan ‘melayu miskin’? Mcm xde mention plk melayu miskin.
Btw, bumi, melayu & saham mmg ade kaitan. U tau x untuk Listkn syarikat dlm bursa used to have bumi quota?
{ 1 trackback }