Ahad lepas (8 Mei 2011, Mother’s Day!) sejarah telah tercatat bila FAMEkids telah dilancarkan secara rasminya. Hari pelancaran FAMEkids ni juga adalah Majlis Ulangtahun pertama Wisma Bling Lustre. Wah, dah setahun nampaknya beroperasi.
Pelancaran FAMEkids disempurnakan dengan pemotongan riben oleh pelakon Salina Saibi, model Nawar Anisah dan bekas pengacara MHI, Najlah Ishak. Meriah sungguh dan memang gamat masa ni. (Sayangnya saya tak dapat nak bersama-sama dalam keriuahan tersebut. Apa nak buat. HoHoHo).
Yang brader bertopi sebelah Kak Najlah tu, kalau sesiapa belum mengenali beliau, itulah abang Jack Dzull, yang sudi turun dan mendendangkan lagu-lagu menghiburkan para tetamu. Terima kasih Abang Jack! Abang Jack memang sporting habis.
Abang Jack juga telah mendermakan setiap RM2 dari penjualan CD-nya kepada FAMEkids! T__T *terharu* terima kasih banyak-banyak!
Saya pun tak tahu nak cerita dari mana. Saya sebenarnya sampai tidaklah awal sangat, sampai2 peserta Bling Bazaar tengah bukak booth masing-masing. Krew Chiki Boom! dari RTM 2 pun dah datang. Awal sungguh mereka datang (aku yang lambat sebenarnya). Maklumlah, nak menguruskan 3 orang yang semuanya perlu saya sendiri yang siapkan semua. Mandikan si abang, si adik nak susu, yang ni kena pukul, yang tu menjerit. Bukanlah suami saya tak menolong, tapi kes semuanya “nak Mommy!”.. itulah yang terjadi semasa hari pelancaran ni pun. Saborrr aje lah.
Majlis pelancaran ni akan masuk dalam rancangan Chiki Boom!, sebuah rancangan kanak-kanak di TV 2. Nanti kita ramai-ramai tengok FAMEkids di rancangan Chiki Boom! ya…
Dalam majlis ni, kami merancang untuk memberikan sepenuh keselesaan kepada FAME families, terutama budak2 FAMEkids ni. Maklumlah, yang datang adalah dari latar belakang yang berbeza-beza. Ada yang memerlukan tempat yang sejuk, agar mereka kekal tenang dan ceria. Jadi kami jadikan pejabat Genius Baby on Board (GBOB) sebagai tempat berehat dan berkumpul, manakala Scriptory Box (SB) sebagai arena perasmian.
FAME families mendapat priority untuk beramah mesra dengan selebriti yang hadir pada hari itu. Walau bagaimanapun, Farah Deeba tak dapat turun kerana kecederaan mata yang dialaminya (kornea terkoyak). Kita doakan kesembuhan beliua, semoga nanti beliau dapat bersama-sama dalam aktiviti FAMEkids yang lain, siapa tahuuu 😉
Kumpulan Mirwana (dulu Faizal Tahir dalam band ni ya!) datang selepas itu, dimulakan dengan dendangan 3 buah lagu dari mereka.
Kemudian, mereka naik ke pejabat GBOB untuk bersama-sama dengan FAME families ni. Yang menarik tentang Mirwana ialah, Akmal Mirwana merupakan seorang tenaga pengajar bagi murid istimewa di sebuah sekolah rendah di Puchong. Jadi perbincangan kami jadi lebih menarik dengan perkongsian pengalaman beliau sendiri, dan tips-tips lain.
Walaupun masanya sekejap, namun bersama-sama dengan FAME families ni menerbitkan rasa kagum di hati saya. Sebelum ni saya memang kagum dengan senyuman mereka, tapi itu sekadar melihat wajah2 mereka di blog dan berhubungan melalui SMS, FaceBook, sahaja… namun bila berdepan dan berlanggar bahu, kata orang… barulah dapat lihat sendiri kekuatan mereka.
Di sana saya rasakan saya tidak layak berada dalam lingkungan FAME families. Saya rasa Fahry saya cuma seorang kanak-kanak normal yang tak perlukan seciput pun pengorbanan sebagaimana yang telah diberikan oleh Ina, Put, Zura, Ayu dan ibu-ibu serta bapa-bapa hebat yang lain. Namun mereka semua tu sangat ceria, dan saya rasa amat bangga untuk beritahu semua orang – lihatlah betapa bahagianya mereka dengan anugerah yang mereka perolehi! Ya, anak-anak FAMEkids inilah anugerah yang paling hebat, hanya diberi kepada ibu bapa yang hebat juga.
Bila bercakap dengan Akmal Mirwana dan sahabatnya, Azrin; kata mereka, usaha membangunkan FAMEkids adalah sesuatu yang amat dialu-alukan. Kerana di negara kita sebenarnya ada banyak persatuan dan pertubuhan serta kumpulan sokongan untuk insan istimewa ni, tapi dalam banyak-banyak itu hanya satu support group ditubuhkan oleh orang Islam. Saya pun tak tahu tentang perkara tu kerana niat kami menubuhkan FAMEkids ialah untuk mengumpulkan keluarga anak istimewa dan saling memberi sokongan antara satu sama lain.
Berada bersama dengan FAMEkids, sebenarnya saya cukup bertuah. Saya rasa semuanya anak-anak saya. Melihatkan anak-anak saya ini, ia menerbitkan rasa syukur yang tak terhingga, dan rasa bangga terhadap sahabat2 saya, ibu bapa kepada anak-anak ini. Berada dalam lingkungan sebegini sebenarnya membuatkan kita berasa lebih kuat dan ‘tak mahu kalah’. Kalau mereka boleh tersenyum, ketawa dan riang ceria; apa lagi kita kan? Fahry cuma tiada anggota dari paras betis ke bawah, tapi dalam FAMEkids ada anak saya yang tiada kedua-dua anggota kaki dari paras punggung ke bawah. Fahry boleh bergerak (walaupun tanpa kaki palsu) dengan menggunakan lututnya, tapi ada anak-anak saya di FAMEkids yang tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri.
Hmm.. saya dah hilang semua yang saya nak tuliskan tadi. Mungkin terlalu excited berjumpa mereka.
Insya-Allah kami akan adakan pertemuan dalam sedikit masa lagi.
Sekarang ni saya tengah membangunkan blog rasmi FAMEkids. Buat masa sekarang, FAMEkids boleh di-surf di facebook, http://www.facebook.com/famekids.
Untuk aktiviti seterusnya saya menjemput semua ibu bapa istimewa untuk mengikuti talk di bawah (kalau tak nampak boleh contact saya untuk saya emailkan gambar yang lebih jelas).
Doakan usaha FAMEkids mendapat keredhaan, serta mendapat sokongan ramai. Agar lebih ramai anggota masyarakat yang sedar bahawa anak-anak istimewa bukan alien, bukan balasan Tuhan, bukan bala, bukan silap sesiapa… mereka adalah sama macam kita. Mereka adalah anak-anak kita…
Leave a Reply